Betol-betol Sengal! Ibu mengandung ambil Methamphetamine!

Oleh Kaki Wayang on

 Noradila  di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Korang pernah tengok tak ibu yang jahat pada anaknya? pernah tengok tak ibu yang tak sayangkan anaknya? Kalau jawapan korang tak pernah..maknanya korang salah..sebenarnya ada ibu yang tak sayangkan anaknya..sebagai contoh sejak kebelakangan ini ramai daripada remaja-remaja yang terlanjur dan kemudiannya mengandung..setelah itu, bayi itu dibuang, dicampak dan ditanam..macam-macam hal betul..

Lain pula halnya apabila seorang ibu ditahan kerana disyaki mengambil dadah..walhal dirinya itu sarat mengandung..jom ikuti kisahnya:

Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000. Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.

“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Kaki Wayang said...

Good info.. Nice Blog.. please visit my blog back.. TQ.. ;-)

http://fatimahvitashop.wordpress.com

http://umminiena.wordpress.com

http://kebaikanvitamin.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...