“Alaa ko memang laa blogger lama dan dah terror
selok belok dan cilok mencilok dalam dunia blog ni”..Hello, aku baru setahun
berblog ok..baru 4,000 post yang mampu aku buat setakat ni..follower pun tak
sampai seribu lagi..
Bukan senang nak capai sepertimana yang telah aku
gapai sekarang..nak kata aku femes..ramai lagi yang tak kenal aku..aku tidak
mengejar kepopularan mahupun keretisan tahap gaban..tetapi aku mahu sampaikan
informasi untuk para pembaca dalam apa jua bidang dan judul yang aku rasakan perlu
untuk dikongsikan.
Blog ini bermula pada April 2011 dan sekarang dah
Mei 2012..kira dah setahun sebulan dah aku berblog..apa yang aku capai?
Kepuasan dalam diri yang menyebabkan aku begitu ketagih untuk berblog..bila
kita melihat berpuluh-puluh orang ONLINE dalam blog kita sudah tentu kita
merasa bangga akan pencapaian itu..pertama kali ketika mana blog ini mula
mendapat tempat dihati pembaca seramai 28 orang online untuk membaca artikel
diblog ini..
Hati hanya Allah SWT dan aku sahaja yang tahu akan kegembiraan
itu..rasa macam menang piala dunia tahap 7 petala langit..agaknya begitulah
kegembiraan aku..dari 28 orang online kadang-kadang menjengah sampai 295 orang
yang online dalam satu-satu masa..hati berbunga-bunga apabila melihat statistic
sebanyak 400,000-500,000 pageviews dicapai dalam masa sebulan..hevat kan?? Sila
muntahijo ok..dan baru kejap tadi dapat khabar berita yang blog Kaki Wayang
dimasukkan dalam pilihan blog dalam Majalah In-Trend Edisi Mei 2012..hevattt
tak? Sila lempang Kaki Wayang laju-laju k..
Kalau dulu, post artikel pun main bedal
je..sekarang dah tahu apa yang perlu dan tidak untuk dijadikan entri..so, apa
yang korang dah capai setakat ini? Sila kongsikan..
Bersambung...!