Edisi Terkini! Susulan Kes Ibu Dera Bayi - Ikuti Kupasan Penuh Berita Terkini Mengenainya!

Oleh Kaki Wayang on


Maklumat terbaru yang saya dapati adalah, perakam yang merakam video tersebut dikatakan merakam perbuatan mendera itu sebagai salah satu usaha beliau untuk mendapatkan bukti untuk diserahkan kepada polis.

Ikuti KUPASAN menyeluruh DI SINI!

Edisi Sentap! Gambar Wajah Perakam Video Ibu Dera Bayi Tersebar dan Pengakuan 'Saya Rakam Untuk Dedah'!

BERITA BERKAITAN:

Edisi Simpati! Gambar Terkini Bayi Yang Didera dan Wanita Tersebut Kini Ditahan - Susulan Kes Dera!

Ketika suasana sambutan Hari Ibu masih dirasai, pengguna Internet khususnya laman sosial Facebook hari ini dikejutkan dengan penyebaran satu rakaman klip video yang meruntun jiwa apabila seorang bayi dipercayai berusia hampir setahun didera ibunya dengan kejam.

Entah apa dosa sikecil itu, ibunya sanggup memukul bayi tersebut bertalu-talu dengan bantal malah turut ditendang, dicubit dan ditampar tanpa belas kasihan dalam rakaman yang berdurasi selama empat minit dan 19 saat itu.

Lebih malang, ada individu lain yang merakam perlakuan itu dan turut membiarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa meskipun bayi itu meraung-raung seolah-olah meminta simpati.

Untuk berita terkini, difahamkan Polis sudah mengambil tindakan ke atas wanita (gambar) yang didapati menumbuk, menampar serta menendang bayinya yang mula dimuatnaik di laman sosial facebook, twitter selain disiarkan pengendali blog, tengah hari semalam.

Rakaman empat minit 19 saat itu memaparkan tindakan kejam wanita berusia 20-an, memukul bayi perempuan yang sedang menangis di katil sambil dirakam seorang wanita lain. Rakaman itu turut memaparkan tindakan wanita berkenaan yang menyepak kepala bayinya di depan beberapa kanak-kanak lain.


Polis Bukit Aman menerima lebih 500 aduan orang ramai yang kebanyakannya kesal dengan tindakan wanita terbabit, selain prihatin dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman facebooknya semalam, menjelaskan hasil pemeriksaan yang dijalankan, kes itu berlaku di Petaling Jaya pada 29 Mei tahun lalu dan wanita terbabit sudah ditahan polis pada hari yang sama.

Wanita terbabit kini menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, laman sosial YouTube sudah menarik balik rakaman video kes penderaan itu kira-kira jam 6 petang semalam. Difahamkan, polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...