Edisi Terkini! Akhirnya Individu Penghantar SMS Lucah Kepada Wardina Terbongkar - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Terkini:-


Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.


Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.


Lagi Berita MENARIK hari ini:


“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual). “Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

P/s: Arif, Arif..dah tak de keje lain ke nak buat..hehehehe..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
7 Comments

{ 7 Komen Membina!... read them below or add one }

Gadis Kampung said...

pelik betul manusia zamna sekarang nie kan...

yayahnasake said...

TAG ANDA

http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-saya-suka-blog-dia-by-sandra.html

yayahnasake said...

blog anda saya suka... sy x tulis pun blog anda sy x suka... 24 jam sy selalu singgah sini... just jadi silent reader jerk :)

RamRamCute said...

agaknya dah takde kerja orang-orang ni...suka sangat menggangu ketenteraman orang lain...

Kaki Wayang said...

Hahahahahaha..yeke..Alhamdulillah...masukkanlh sekali dalam list SEGMEN Yaya tu..leh dapat trafik..thanks datang ke blog ini...

Kaki Wayang said...

Kan..tak baik betul orang macam tu...dah tak de keje lah tu...

Kang Dadan said...

memang banyak yang suka berbuat seperti itu sekarang ini...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...