Edisi Panas! Justin Bieber Kini Menjadi Buruan Polis, Menyerang Paparazzi!

Oleh Kaki Wayang on


Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar. Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan. Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba.

 Banner

Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California. Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang.

Paparazi yang diserang Justin Bieber

Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: “Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi.

 Banner

“Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya.”

Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu. Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular. Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: “Saya sering mahu berkata, ‘Cukup setakat in. Saya tidak mahu lakukannya lagi.’”

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Punk said...

bodoh punya paparazi justin bieber tu cuma budak mentah jer tu pun boleh kalah ...hahahha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...