Edisi Panas! Blogger Pertikai 16 Plat Number Mohd Nizar!

Oleh Kaki Wayang on

SALAH sebuah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran istimewa ketika Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar Perak pada 2009.

Seorang blogger semalam mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai talam dua muka kerana mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran WWW 1 sedangkan kerajaan negeri Perak yang pernah dipimpinnya satu masa dahulu turut banyak menggunakan kenderaan rasmi dengan nombor plat istimewa.

Edisi Panas! Reaksi Rakyat Malaysia Terhadap Kenyataan Nizar Berbaur Hasutan - Serius Panas!



Penulis blog parpukari.blogspot.com menarik perhatian mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu pada tahun 2009 membeli 16 buah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor plat AGS10, AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.



Beliau menimbulkan persoalan sama ada kos pembelian kesemua nombor pendaftaran itu yang didaftarkan pada 9 Januari 2009 ditanggung oleh wakil rakyat Pas itu sendiri atau menggunakan wang kerajaan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

dia ni tak habis-2 nak pertikai ..pelik betul

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...