PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Anugerah Juara Lagu. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Juara Lagu. Show all posts

Edisi Gempak! Adegan Romantik Remy Ishak dan Alyah di AJL 26 Menjadi!

Oleh Kaki Wayang on




Rasanya ramai yang melekat di depan TV malam tadi menyaksikan Anugerah Juara Lagu  Ke-26. Cuma untuk entry ini nak cerita sikit pasal persembahan Alyah yang membawa lagu Kisah Hati. Bila Alyah mula menyanyi aje, terpegun seketika bila Alyah jadi Barbie Doll atas pentas tu.


Tapi yang paling best kemunculan Hero Malaysia, siapa lagi kalau bukan Remy Ishak di akhir persembahan. Sebenarnya tak ada siapa pun tahu yang Remy akan muncul sebagai 'cameo' dalam persembahan Alyah pada AJL 26 yang baru berlangsung semalam tadi.

Menurut Remy, "Orang-orang di Media Prima, 'crew' teknikal TV3 yang menjayakan AJL 26 malam tu pun tak tahu yang dia akan muncul dalam persembahan tu, cuma yang tahu pasal kewujudannya adalah Alyah sendiri, tenaga kerja dan kawan-kawan dia je. Ini semua gara-gara Alyah sendiri, yang minta kami semua merahsiakan perkara ni.., nak buat 'surprise' katanya, dan Tada...Remy keluar masa minit terakhir..

Dan akhirnya Untuk persembahan terbaik AJL26 dirangkul oleh Alyah-Kisah Hati.


Kredit: Berita-Saya.blogspot.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Adegan Romantik Remy Ishak dan Alyah di AJL 26 Menjadi!

Edisi Hangat! Tuah Awan Nano!

Oleh Kaki Wayang on

JUARA...M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan.
Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.
Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi. Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).


Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter. Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Tuah Awan Nano!

Edisi Hangat! Komplot Cinta Muka Buku, Najwa Latif Juara AJL 2012!

Oleh Kaki Wayang on

Wah..agak panas yer tajuk hari ni..cakap-cakap ada mengatakan..terdapat komplot berlaku untuk mengangkat Lagu Cinta Muka Buku yang dinyanyikan Najwa Latif akan menjadi juara Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada malam ini..

Benarkah bagai dikata? Kita tunggu dan lihat je lah malam ni k..jangan sentap-sentap yer wahai peminat Najwa Latif..kalau dah memang rezeki dia..dia tetap akan jadi juara kan..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Komplot Cinta Muka Buku, Najwa Latif Juara AJL 2012!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...