PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Carlos Tevez. Show all posts
Showing posts with label Carlos Tevez. Show all posts

Edisi Sukan! Akhirnya Carlos Tevez Mohon Maaf!

Oleh Kaki Wayang on

 TEVEZ (kiri) keluar daripada tempat latihan  di Carrington Manchester City, kelmarin. 

Carlos Tevez akhirnya memohon maaf kepada Manchester City awal pagi semalam, berikutan persengketaan yang berlarutan selama lima bulan hingga mengakibatkan dia kerugian hampir 10 juta pound (RM47.7 juta) dan bersedia kembali beraksi selepas menarik semula rayuan terhadap denda terbaru dikenakan terhadapnya.

Penyerang Argentina itu tidak beraksi untuk City sejak September lalu selepas dia enggan memanaskan badan sewaktu aksi Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich, dan baru saja kembali ke kelab itu minggu lalu selepas tiga bulan bercuti tanpa izin di kampung halamannya. 

Pada awalnya, pengurus City, Roberto Mancini menegaskan Tevez tidak akan lagi beraksi untuk kelab itu selepas melakukan pemberontakan terbuka, namun kemudian mula berlembut dengan menyatakan Tevez hanya perlu memohon maaf. 
 
Akhirnya awal pagi semalam, City mengumumkan Tevez sudah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit berhubung segala tindakannya sebelum ini.

“Saya ingin memohon maaf secara ikhlas dan berterus terang kepada semua individu yang saya kecewakan serta apa juga tindakan saya yang mencetuskan masalah sepanjang beberapa bulan lalu. Harapan saya kini adalah untuk kembali memberi fokus beraksi bersama City,” kata Tevez dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kenyataan City pula menyebut: “Tevez menarik semula rayuannya terhadap dakwaan salah laku yang sepatutnya didengar oleh panel Liga Perdana dalam beberapa hari lagi.

“Dia sudah pun mula menjalani program latihan yang disediakan bagi mencapai semula tahap kecergasan.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Akhirnya Carlos Tevez Mohon Maaf!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...