PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts

Edisi Gempak! Ujian Saintis Bukti Nabi Musa Belah Bumi!

Oleh Kaki Wayang on

Nabi Nuh Belah Laut

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
 
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
 
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
 
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
 
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Ujian Saintis Bukti Nabi Musa Belah Bumi!

Edisi Agama! Sah atau tidak dapat Duduk Antara Dua Sujud dengan betul?

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:
 

Adakah solat sah jika tidak dapat duduk dengan betul di antara dua sujud?

 

Jawapan:
 

Ya, solat itu sah jika hal itu memang tidak disengajakan dan telah diusahakan yang sebaik mungkin.

 
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Sah atau tidak dapat Duduk Antara Dua Sujud dengan betul?

Betol-betol Sengal! Berzina walaupun ada suami!

Oleh Kaki Wayang on

SAHABAT saya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tanpa kerelaannya. Lelaki berkenaan jugalah yang merogol dia satu ketika dulu tetapi enggan bertanggungjawab dan meninggalkan sahabat saya itu begitu saja untuk mencari perempuan lain.

Apabila lelaki berkenaan ditinggalkan kekasihnya, dia kembali kepada sahabat saya kononnya mengaku bertanggungjawab. Keluarga sahabat saya seperti terharu dengan tindakan lelaki terbabit yang mahu bertanggungjawab dan segera memaafkan perbuatan lamanya.

Malangnya, lelaki itu sangatlah lemah apabila di atas ranjang dan tidak pernah memberi nafkah sejak setahun perkahwinan dilangsungkan. Sahabat saya mengalami tekanan perasaan yang amat sangat apabila bersama dengan lelaki itu. Dalam keadaan itu, sahabat saya kembali kepada kekasihnya yang disayangi. 

Mereka bersama sehingga sahabat saya mengandung lima bulan. Rahsia itu kemudian terbongkar dan ibunya enggan mengaku itu adalah anaknya yang sebenar memandangkan ibu sendiri seorang ustazah. Keluarganya melarang sahabat saya daripada keluar rumah dan segala tindak-tanduknya diperhatikan setiap hari. Gaji bulanan diambil dan dia diperlakukan seperti sampah setiap hari oleh ahli keluarganya hingga sahabat saya bimbang keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Bolehkah sahabat saya mengambil tindakan menuntut cerai daripada suaminya yang nyata sekali dayus seperti itu? Bolehkah dia meneruskan kandungannya walaupun benih itu bukan daripada suaminya yang sah? 

Jawapan:

BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan. Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan. Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah. Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan. Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin. Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Berzina walaupun ada suami!

Edisi Soal Jawab Agama! Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki & Perempuan

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1ypizzcAs4narDn14OyLTUhzHetOtk6P9KqDKkVz0iKxCxYdepf5e3WKtBOoxpzaUIkK0nNcZhkuG1Hi4k-OCo9JG1oO1Ct2rl3MVerz4bAt06gKIrKeEqwPemQagJ7njFOK9_tSfTso/s400/inai1.jpg

Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai (henna) ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepada lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.

Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."

Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim).

Sedikit soalan berkaitan:
Soalan 1:

Salam Ustaz,
Saya pernah mendengar ceramah dari Ustaz Abu Hassan Din didalam rancangan Tanyalah Ustaz disiarkan di TV9, mengatakan haram bagi mana2 perempuan yang melukiskan gambar2 pada tubuh badannya termasuk menggunakan inai henna ini melakarkan inai tersebut ditangan mereka. Dengan ini saya pun dah tak berani lagi untuk memakai inai lebih dari yg sepatutnya. Takut pulak Menjadikan perhiasan yg melampau. Harap ustaz boleh tolong komen...
Wallhua'alam.

Jawapan:

Salam kepada shida rahman memang betul apa yang dikatakan oleh dato Abu hassan din, sebab memakai inai jika diukirkan seolahnya nampak macam tatu. Jadi haramlah.. Pakai kalau nak cantik nak menunjuk maka haramlah apa2 bergantung kepada niat. Kalau niat tak baik jadi haramlah. 

Soalan 2:
ustaz, saya ada kemusykilan berkaitan dengan hukum meletakkan inai berukir di tangan. Adakah ianya dilaknat Allah? Mohon penjelasan dari ustaz. Terima kasih ya ustaz.

Jawapan:

Digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin berhias untuk suaminya**. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya.[1] Menurut ulamak; mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi wanita-wanita yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan beliau (yakni beliau tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi wanita yang belum berkahwin; hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulamak kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah.[2] Namun ada juga ulamak yang berpendapat; diharuskan bagi wanita secara umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali wanita yang kematian suami dan masih dalam eddah.[3] Adapun bagi kaum lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut meniru/menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w.; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.

Itu adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara mengukirnya di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulamak adalah makruh. Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar”; “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya” (2/332).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdussalam Tawilah, hlm. 294-295.

Nota kaki;

[1] Hendaklah dipastikan bahan itu bersih dan tidak menghalang air dari sampai ke kulit semasa mengambil wudhuk.
[2] Hukum makruh ini menjadi pegangan ulamak-ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie.
[3] Antara yang mengharuskannya ialah ulamak-ulamak mazhab Hanbali.

**Bukan untuk Bakal Suami, tunang, boyfriend, girlfriend..tetapi SUAMI SAHAJA!

Sumber: Ustaz Nor Amin, Halaqah (Sila baca kat sini untuk lebih memahami)

 
Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab Agama! Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki & Perempuan

Edisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!

Oleh Kaki Wayang on


Jadikan Insiden 'Suara Dari Langit' Sebagai Satu Iktibar - Harussani

‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…

“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.


“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…

“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan  bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.
 
Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit Iktibar, Pengajaran!

Edisi Khas! Orang Pertama Yang...?

Oleh Kaki Wayang on

Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS

Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Orang Pertama Yang...?

Edisi Agama! Kisah pemuda meninggal dalam husnul khotimah!

Oleh Kaki Wayang on

Definisi husnul khotimah = kematian yang baik

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.

wassalam

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.

ditulis oleh Abu Jihah
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Kisah pemuda meninggal dalam husnul khotimah!

Edisi Agama! Cara Bezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan!

Oleh Kaki Wayang on

(Surah Yassin, Ayat 9)

Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni diambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.


Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:

Berwarna hitam. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.

Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).

Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Cara Bezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan!

Edisi Agama! Ciri-ciri Lelaki Dayus Menurut Islam!

Oleh Kaki Wayang on


Secara mudahnya cuba kita lihat apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout).
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Ciri-ciri Lelaki Dayus Menurut Islam!

Edisi Agama! Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah!

Oleh Kaki Wayang on


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah!

Edisi Agam! Perbalahan Kaab dan Huyyay!

Oleh Kaki Wayang on

SEBAGAI pemimpin kepada kaumnya, Kaab bin Asad telah mengumpulkan semua anak buah dalam satu perjumpaan yang besar. Ia turut dihadiri ketua Kaum Yahudi Bani Nadhir yang terbuang dari Madinah, Huyyay bin Akhtab. 

Dalam suasana yang amat tegang kerana dikepung oleh tentera Islam, Kaab mengajak kaumnya sama-sama mencari jalan keluar daripada kemelut yang mereka hadapi itu.

Dia sendiri turut mengemukakan beberapa cadangan dengan harapan ia akan diterima oleh kaumnya.

"Wahai seluruh kaum Bani Quraizah, kita sebelum ini sudah mengikat perjanjian damai dengan Muhammad dan selama itu keselamatan kita benar-benar terjamin tanpa sebarang gangguan selagi kita patuh dengan perjanjian itu. 

"Tetapi kita sendiri akhirnya yang memutuskan tali perjanjian itu yang menyebabkan kita sendiri terjerat. Akibatnya seperti yang kita tanggung hari ini. Kita dikepung, kita disekat, kita dihalang, kita tidak lagi bebas. Nyawa kita semua bagaikan telur dihujung tanduk. Bila-bila masa sahaja lagi akan melayang atas kebodohan kita sendiri," katanya. 

Kaumnya yang hadir hanya terdiam mendengarkan kata-kata ketua mereka itu dan mengakui dan menelan dengan pahit kebenaran akibat melanggar perjanjian tersebut. 

"Kerana itu demi menyelamatkan diri dan seluruh ahli keluarga maka saya mengusulkan agar kita berdamai semula dengan Muhammad.

"Sementelah beliau seorang yang sangat baik hati, seorang pemaaf dan tidak suka berdendam dengan sesiapa," katanya.

Melihatkan seluruh yang hadir tunduk dan tidak membantah akan kata-katanya, Kaab pun berterus terang.

"Sekarang saya sedar satu-satunya jalan yang paling selamat buat kita semua ialah apabila kita menjadi pengikut Muhammad. Iaitu kita masih bangsa Yahudi tetapi kita mengaku tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah," katanya yang mengejutkan semua yang hadir.

Namun Kaab tidak menghiraukan semua itu. Dengan bersungguh-sungguh dia mengajak kaumnya supaya menerima Islam dan tidak lagi boleh berdolak dalik soal kebenaran kerana dalam kitab Taurat (Perjanjian Lama) ada menyebut tentang Muhammad yang sememangnya nabi dan rasul yang ditunggu-tunggu.

"Jika kita menerima hakikat dan kebenaran ini, pasti nyawa kita akan selamat. Begitu juga nyawa anak-anak dan isteri serta harta benda kita," jelasnya.

Melihatkan semuanya terus diam, Kaab pun meneruskan ucapannya dengan melahirkan rasa kesal kerana memutuskan perjanjian dengan Nabi Muhammad.

"Tetapi ada orang sudah memujuk rayu, menaburkan segala macam janji-janji manis dan kata-kata yang cukup memikat sehingga akhirnya saya sendiri terpedaya dan terjerat. 

"Orang itu menyebabkan kita terpaksa menanggung kesusahan ini. Orang yang saya maksudkan ada disini, dia inilah orangnya," kata Kaab sambil jarinya menuding ke arah Huyyay.

Huyyay begitu terkejut apabila dia dipersalahkan dan segera bangun membela dirinya.

"Memang benar saya yang memujuk Kaab supaya membatalkan perjanjiannya dengan Muhammad. Tetapi ia sama sekali tidak ada kepentingannya kepada saya atau tentera Ahzab tetapi kepada seluruh kaum Bani Quraizah juga. 

"Kami datang untuk membebaskan kamu semua dari kekuasaan Nabi Muhammad. Supaya kita semua dapat memerintah sendiri, kita bebas menentukan haluan nasib kita sendiri, bukan terikat dengan perjanjian yang seperti ini.

"Namun apakan daya, kami anggota tentera Ahzab kalah dan tidak dapat menawan Kota Madinah. Walaupun kalah tetapi saya tetap bersama anda kerana hendak menjaga maruah.

"Maruah bahawa kita tidak akan sesekali tunduk kepada Muhammad. Sekiranya kamu melutut dan meminta maaf kepada Muhammad maka di manakah maruah kamu semua," soal Huyyay yang begitu bijak berkata-kata. 

Mendengarkan kata-kata Huyyay itu ramai pula yang bangun menyokongnya.

Huyyay pun meneruskan kata-katanya supaya beliau mempunyai pengaruh di kalangan kaum tersebut. 

"Kitab Taurat selamanya adalah kitab kita. Milik nenek moyang kita sejak dahulu kala lagi kerana itulah kitab rujukan kita selama ini. Tetapi kenapa hanya kerana Muhammad kita perlu menukarkan kitab Taurat itu kepada kitab lain? Sanggupkah kita menukar hukum Taurat kepada hukum lain," kata Huyyay lagi. 

Akhirnya semua yang hadir menolak cadangan damai Kaab supaya mereka menjadi pengikut Muhammad atau dengan lain perkataan memeluk Islam supaya mereka tidak diperangi. 

Namun Kaab tidak berputus asa lalu terus mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal yang dianggapnya sebagai penyelesaian terbaik.

"Tidak mengapa kalau kamu semua menolak cadangan saya sedangkan ia satu cadangan yang sangat mudah kerana yang penting kita tetap bangsa Yahudi dengan percaya tuhan yang sama dalam Islam. 

"Tetapi kalau kita hendak mengambil pendekatan untuk terus menentang Muhammad dan anggota tentera yang begitu ramai di luar sana, saya cadangkan mari kita bunuh anak-anak dan isteri kita tanpa meninggalkan seorang pun yang hidup.

"Kemudian kita keluar daripada benteng ini untuk kita berperang satu lawan satu dengan Muhammad dan seluruh anggota tenteranya sehinggalah kita semua terkorban.

"Kita tidak perlu bimbang andai kita semua akan mati kerana anak-anak isteri kita pun sudah tiada di muka bumi ini, semuanya sudah mati," kata Kaab. 

Tentu sahaja cadangan itu ditentang hebat oleh para pengikutnya. Suatu cadangan yang dianggap gila dan andainya mereka menang dan berjaya mengalahkan Nabi Muhammad tetapi seluruh keluarga sudah tiada, maka apa gunanya lagi?

Ekoran ituApabila itu Kaab mengemukakan cadangannya yang ketiga. 

"Baiklah, kebetulan hari ini adalah hari Jumaat dan malam ini merupakan malam Sabtu. Muhammad tentu menyangka bahawa kita sesekali tidak akan keluar untuk berperang melainkan kita akan beramal ibadat sempena kedatangan hari Sabtu.

"Sedangkan kita akan keluar memerangi mereka pada malam ini tanpa mereka sedari dan saya sangat yakin dengan serangan mengejut itu kita akan beroleh kemenangan," kata Kaab. 

Huyyay akhirnya bersetuju dengan cadangan Kaab untuk melakukan serangan itu kerana menyangka Nabi Muhammad dan anggota tenteranya tidak berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur lena ketika serangan dilakukan. 

Tetapi sudah pastinya cadangan itu ditentang hebat oleh kalangan ahli-ahli ibadat dan pendeta-pendeta Yahudi dari kaum tersebut.

"Wahai Kaab dan Huyyay, tidakkah kamu tahu bahawa hari Sabtu adalah hari kita beramal ibadat. Kita dilarang kerana pantang kita berperang mahupun keluar bekerja mencari rezeki pada hari tersebut. 

"Sekiranya kita melanggarnya, pasti kita akan ditimpa bencana. Nenek moyang kita dahulu disumpah menjadi kera kerana melanggar sumpah itu kerana keluar juga menangkap ikan di laut pada hari Sabtu," kata salah seorang pendeta Yahudi dengan begitu marah sekali.

Sila baca selanjutnyaEdisi Agam! Perbalahan Kaab dan Huyyay!

Edisi Agama! Nafkah isteri nusyuz!

Oleh Kaki Wayang on

BAGAIMANAKAH seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam?

Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Bolehkah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian?

Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan atas nama isterinya, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami? 
 
JAWAPAN:
NUSYUZ bermaksud derhaka iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain:

1) Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya.

2) Meninggalkan rumah suaminya.

3) Enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.” (Ahmad Ibrahim, 1999: 75)

Sekiranya perkara itu berlaku, suami hendaklah terlebih dulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul dengan berpada. (Surah n-Nisa’, ayat 34).

Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah. Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan.

Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti mutaah, pembahagian harta sepencarian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak.

Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Nafkah isteri nusyuz!

Edisi Agama! Mandi wajib bersalin!

Oleh Kaki Wayang on

SELEPAS berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau saya perlu menunggu sehingga selesai berpantang? 

JAWAPAN:
ANTARA sebab mandi wajib bagi wanita ialah keluar haid, bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).

Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati oleh semua di mana syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi apabila melahirkan anak. Mazhab Hanbali berpendapat tak wajib apabila tidak keluar darah.

Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak. Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi perlu mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Mandi wajib bersalin!

Edisi Agama! Kesalahan berat menyerupai zina!

Oleh Kaki Wayang on

SAYA seorang wanita dan pernah melakukan perbuatan tidak bermoral bersama dengan pasangan iaitu seorang wanita juga. Adakah ia tergolong sebagai perbuatan zina sedangkan dia bukan seorang lelaki. 

Definisi zina merujuk kepada perlakuan seorang lelaki dan perempuan yang melakukan hubungan seksual. Namun sekarang, alhamdulillah saya sudah meninggalkan perbuatan terkutuk saya pernah lakukan dulu dan ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya. 
 
JAWAPAN:
 
ANTARA definisi zina ialah ‘menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah.’ Menurut Dr Faizah Haji Ismail (1996: 175), perhubungan jenis sesama lelaki atau sesama perempuan tidak dikategorikan sebagai zina.

Bagaimanapun, kedua-dua perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar dan boleh dihukum takzir. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka keduanya sudah berzina.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).

Perbuatan itu adalah kesalahan berat sehingga menyerupai perbuatan zina. Tiada pilihan lain selain bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran yang pernah dilakukan itu.

Bertaubat di sini ialah kembali taat kepada perintah Allah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Anda boleh menunaikan solat sunat taubat dengan niat: “Sengaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Kesalahan berat menyerupai zina!

Edisi Sentap! Datuk “minta” nenek 5 kali sehari untuk hubungan seks!

Oleh Kaki Wayang on


Wahhh..tak padan dengan taraf Datuk..sekeh juga kepala kang..Mahukan seks 5 kali sehari, sudah berkahwin tetapi masih dara dan mengadakan hubungan kelamin ketika isteri masih dalam haid antara aduan pasangan bermasalah yang diterima Pejabat Kadi Daerah Segamat..perghhh, memang sentap laju-laju ok..bila mengetahui ada juga pasangan macam ni..

Kes pertama menyaksikan seorang isteri yang berusia 60 tahun mengadu suaminya yang berumur 70 tahun (mak aihhhh), melakukan hubungan kelamin dengannya lima kali sehari sejak bernikah dan dia tidak tahan dengan tabiat lelaki itu..erkkk..kuatnya Datuk itew..kao mampoooo?!!!

Kes kedua pula berkenaan dengan seorang isteri yang sudah berkahwin selama 8 tahun tetapi masih dara lagi kerana suaminya yang mati pucuk..mati pucuk pulak dahhhh..ok tak pe kita teruskan bacaan..

Kes ketiga ni memang aku rasa macam nak lempang laju-laju je muka suami dia ni..dalam Islam tak boleh melakukan hubungan “itew” kalau isteri dalam haid..tapi kes ni si suami memaksa isterinya mengadakan hubungan itew ketika haid dan merelakannya walaupun kesakitan..mak aihhh..sangat sengal dan tak berpengatahuan agama kot suami ni..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Datuk “minta” nenek 5 kali sehari untuk hubungan seks!

Edisi Agama! Apakah ada orang kini berada Syurga?

Oleh Kaki Wayang on

Soalan :

Apakah sekarang ada orang di syurga selain para nabi dan malaikat atau kita semua harus menunggu hari kiamat sebelum kita masuk syurga atau neraka ? Saya mendengar bahwa beberapa oarang telah melihat syurga, atau mereka sekarang di syurga, atau mereka telah pergi ke syurga dan telah melihat apa-apa yang ada di dalamnya, padahal mereka bukanlah para nabi atau malaikat.

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Syurga telah diciptakan Allah dan telah selesai proses penciptaannya berdasarkan firman-Nya di dalam Hadith Qudsi:

"Aku telah sediakan untuk hamba-hambaku yang shalih (syurga) yang tak pernah terlihat oleh mata …"
Juga kerana Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam telah melihatnya pada malam Isra dan Mi'raj serta dalil dalil lainnya.

Apakah ada orang yang memasukinya sebelum kiamat ?

Yang jelas hal itu ada dua macam.

Pertama : masuknya orang itu hanya rohnya saja sebagaimana keadaan orang-orang yang sudah mati. Dan ini adalah pasti bagi para nabi dan para syuhada yang roh-roh mereka berupa burung-burung hijau yang beterbangan di syurga. Sebagaimana keadaan yang digambarkan di dalam hadits-hadits yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam, bahwa beliau masuk ke syurga di dalam mimpi, maka keadaannya adalah keadaan arwah. Kedua : Adapun masuk syurga dengan jasad dan roh sekaligus maka hal itu akan terjadi pada hari kiamat untuk manusia dan jin. 

Dikecualikan dari hal itu apa-apa yang dijelaskan oleh Allah bahwa Adam 'alaihi salam dulu berada di syurga sebelum diturunkan ke bumi sebagaimana yang diterangkan oleh Ibnul Qoyyim rahimahullah dan yang lainnya Wallahu 'alam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Apakah ada orang kini berada Syurga?

Edisi Agama! Mizan, Penimbang Amal!

Oleh Kaki Wayang on


(Piring sebelah kiri dipanggil Piring Gelap manakala piring sebelah kanan dipanggil Piring Cerah)

Perkara paling berat ditimbang atas neraca adalah akhlak yang baik.

Bagus dan beratnya 5 perkara atas neraca:-

  1. Kalimah Laa Ilaa Ha Illallah;
  2. Kalimah Allahu Akbar;
  3. Kalimah Subhanallah;
  4. Kalimah Alhamdulillah; dan
  5. Anak soleh yang meninggal dunia sehingga bapanya kehilangan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Mizan, Penimbang Amal!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...