PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Sukan Olimpik 2012. Show all posts
Showing posts with label Sukan Olimpik 2012. Show all posts
Home » Posts filed under Sukan Olimpik 2012
Edisi Sukan! Terjun sambar dua lagi slot London 2012!
Oleh Kaki Wayang on
Skuad terjun negara menambah dua lagi kuota Olimpik pada Piala Dunia
FINA yang menjadi pentas kelayakan terakhir temasya sukan terbesar dunia
itu di London semalam, kedua-duanya menerusi gandingan Bryan Nickson
Lomas-Huang Qiang dan Traisy Vivien Tukiet.
Lebih manis, Bryan-Huang berjaya merangkul gangsa dalam acara 3m
papan anjal seirama lelaki, iaitu pingat sulung buat negara pada
kejohanan berprestij dwi-tahunan itu yang dianjurkan sejak 1979.
Tambah menggembirakan kejayaan Bryan-Huang adalah yang pertama buat negara mempunyai wakil dalam acara seirama pada Olimpik.
Traisy pula memastikan Malaysia memenuhi dua kuota maksimum dalam
acara 10m platform individu wanita, mengiringi Pandelela Rinong yang
layak lebih awal.
Tambahan dua kuota itu bermakna Malaysia kini memiliki enam
kesemuanya, termasuk 3m papan anjal individu lelaki (dua) dan 10m
platform lelaki (satu).
Jumlah itu dijangka meningkat dengan gandingan Pandelela-Leong Mun
Yee disandarkan harapan dalam 10m platform seirama. Begitu juga dengan
Cheong Jun Hoong (3m papan anjal individu wanita) dan Ooi Tze Liang (10m
platform lelaki).
Kemunculan penerjun yang berasal dari China, Huang, yang mengumumkan
keluar dari persaraan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa,
tepat pada masanya kerana kehadirannya mencerahkan peluang negara untuk
meraih pingat sulung Olimpik dalam sukan tersebut.
Meskipun hanya membuat penampilan sulung kompetitif sejak 2006,
bekas juara kebangsaan China itu membuktikan dia masih merupakan atlet
yang berkualiti dan mampu beraksi pada saingan tahap tertinggi.
“Ketika menerima status kerakyatan pertengahan tahun lalu, saya sedar peluang untuk kembali beraksi memang samar.
“Segala-galanya juga tampak sukar pada masa itu kerana saya juga perlu menunaikan tanggungjawab sebagai jurulatih.
“Tetapi dalam sekelip mata hari ini saya berdiri dengan rasa penuh
bangga di podium Piala Dunia bersama Bryan sebagai rakyat Malaysia. Ia
bagaikan mimpi menjadi kenyataan,” kata Huang Qiang.
Keserasian gandingan Huang-Bryan telah menampakkan keberkesanannya
walaupun baru kali pertama beraksi bersama secara kompetitif, tanpa
mengambil kira sewaktu latihan.
Seminggu sebelum kejohanan, tahap kecergasan Huang masih diragui dan peluang untuknya kembali ke kolam dikatakan hanya 50-50.
Namun mungkin itulah muslihat ketua jurulatih, Yang Zhuliang yang
mungkin awal-awal lagi sudah menaruh keyakinan terhadap Huang, namun
sengaja menyimpan ‘senjata rahsia’ daripada diketahui lawan.
Dalam acara mereka semalam, jumlah mata yang diraih Bryan-Huang
tidaklah jauh ketinggalan berbanding dua pasangan terbaik dunia pada
masa ini, Qin Kai-Luo Yutong (China) dan Evgeny Kuznetsov-Illy.