PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label jenayah pecah rumah. Show all posts
Showing posts with label jenayah pecah rumah. Show all posts
Home » Posts filed under jenayah pecah rumah
Edisi Ngeri! Disimbah Asid Ketika Sedang Tidur!
Oleh Kaki Wayang on
Dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh
individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan
bola sepak di Kampung Padang Merchang dekat sini semalam.
Kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd. Fazil Hanafi Idrus,
18, melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala rakannya,
Shahrulzaman Salim, 38, melecur di muka dan badan. Mohd. Fazil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
manakala Shahrulzaman, seorang nelayan. Mereka kini dirawat di Unit
Kebakaran, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dekat
sini.
Mengimbau semula kejadian itu, Shahrulzaman berkata, pada mulanya dia
tidak menyedari dirinya telah disimbah asid sehinggalah terdengar
jeritan Mohd. Fazil.
“Dalam keadaan mamai saya tanya dia apa yang terjadi sebelum saya
lihat tangannya melecur. Tidak lama selepas itu, baru saya rasa pedih
dan rupanya saya juga telah disimbah asid,” ceritanya sambil memberitahu
empat lagi rakannya yang turut tidur di situ tidak cedera.
Menurut Shahrulzaman, ketika tidur, tingkap rumah itu dibuka kerana
cuaca panas dan percaya individu berkenaan menyimbah asid melalui ruang
tersebut yang setinggi kira-kira dua meter.
Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hamizi Hussin, 29,
memberitahu, rumahnya sering dijadikan tempat melepak oleh
rakan-rakannya setiap hari sambil menonton perlawanan bola sepak. Katanya, ketika kejadian terdapat enam rakannya bermalam di situ manakala dia keluar menghantar pekerja kilang di Chendering.
“Saya terus pulang sebaik dihubungi rakan dan membawa mereka yang
cedera ke Klinik Kesihatan Merchang. Tilam turut terhakis terkena asid
serta terdapat bau masam di dalam rumah,” katanya. Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu.
P/s: Bahaya kan bila kejadian macam ni boleh berlaku..
Edisi Ngeri! Wartawan suami isteri ditemui mati ditikam dengan kejam!
Oleh Kaki Wayang on
Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai wartawan di dua stesen
televisyen di Bangladesh, ditemui mati ditikam dengan kejam di
apartmen mereka di ibu negara Dhaka, semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis, Imam Hossain, pasangan tersebut
dikenali sebagai Sagar Sarwar, 35 dan isterinya, Meherun Runi, 33,
ditemui mati pada awal pagi semalam dengan beberapa kesan tikaman di
seluruh badan mereka.
Katanya, motif pembunuhan pasangan tersebut masih tidak diketahui.
Runi, 33, merupakan seorang wartawan di stesen televisyen ATN Bangla
manakala Sarwar, 35, bekerja sebagai editor berita bagi televisyen
Maasranga.
Edisi Ngeri! Janda patahkan 4 kaki bayi dipenjara!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu
terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor
media semalam. Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa
terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau
kedai menjual barangan bayi.
Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka. Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit. Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya.
Edisi Jenayah! Nenek Bunuh Cucu, tekup muka dengan bantal!
Oleh Kaki Wayang on
“Aku
sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia,”
kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh
cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi
Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam.
Edisi Sengal! Kerana terpijak kasut, remaja rakyat asing dibunuh!
Oleh Kaki Wayang on
Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di
Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di
persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira
100 kilometer dari sini.
Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.
Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.
"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 29 tahun mati ditikam, disyaki oleh rakan sebiliknya di sebuah rumah pekerja di Kem Luasong, kira-kira 110 kilometer dari sini.
Kejadian pada pukul 6 pagi Ahad lepas itu dikatakan hanya disebabkan lelaki itu membawa masuk sebuah katil usang ke dalam bilik yang dikongsi dengan seorang rakyat Filipina berusia 39 tahun itu, kata Ibrahim.
Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.
Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.
"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 29 tahun mati ditikam, disyaki oleh rakan sebiliknya di sebuah rumah pekerja di Kem Luasong, kira-kira 110 kilometer dari sini.
Kejadian pada pukul 6 pagi Ahad lepas itu dikatakan hanya disebabkan lelaki itu membawa masuk sebuah katil usang ke dalam bilik yang dikongsi dengan seorang rakyat Filipina berusia 39 tahun itu, kata Ibrahim.
Edisi Ngeri! Drama berdarah di Putrajaya!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Sentap! Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah!
Oleh Kaki Wayang on
Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya
di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering,
di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan
mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan
dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut
Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan
denda jika sabit kesalahan.
Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam
sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila
menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia
mengesyaki ia dicuri tertuduh.
Betol-betol Sengal! Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai
Oleh Kaki Wayang on
Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai. Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.
Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.
Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.
“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.
Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.
Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan.
Edisi Jenayah! Ucap Terima Kasih Lepas Samun!
Oleh Kaki Wayang on
RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek berbual dengan mangsa.
Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai
runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang
Lama, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang
sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki
berpakaian serba hitam.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.
Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan
berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap
dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.
Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.
“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.
“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim
prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera
meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10
minit,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.
“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.
“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.
Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.