PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Serius Comel! Anak Kucing Sedih dan Merajuk?

Oleh Kaki Wayang on

Sekali lagi tagline Betol-betol Hangat! ditukar atas sebab-sebab entri yang sangat serius comelnya..Kredit to CISDEL..BBH tertarik sangat ngan gambar-gambar yang di uploadkan ni..pandai ke kucing merajuk?pandai ke kucing wat muka sedih?hahahaha..korang jangan tak caye..tengok gambar kat bawah yerrr...

huh.. majuk.. xnak kawan. 
majuk belah kiri plak la 
wuwuwuwu nak pi cari tempat mengadu nasib
hmmm 
wawawa
ngantuk la plak sedih-sedih ni 
alololo sedih ye kucing
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Serius Comel! Anak Kucing Sedih dan Merajuk?

Betol-betol Hangat! Real Madrid Mahu beli Javier Hernandez

Oleh Kaki Wayang on

Javier Hernandez

Ketika situasi tampak samar-samar, sama ada akan mendapat khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder - Manchester United kini ‘terjerat’ dengan satu lagi situasi terbaru.

Mereka tertekan melihat gelagat Real Madrid yang mahu memancing ayam tambatan mereka, Javier Hernandez sehingga sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500). Lebih menyakitkan Real meminta United meletakkan harga jualan mereka untuk penyerang lincah bergelar ‘Chicharito’ atau Little Pea itu yang kini antara pemain paling terendah bayaran iaitu £25,000 (RM122,500) seminggu. 

Ketika situasi tampak samar-samar, sama ada akan mendapat khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder - Manchester United kini ‘terjerat’ dengan satu lagi situasi terbaru.

Mereka tertekan melihat gelagat Real Madrid yang mahu memancing ayam tambatan mereka, Javier Hernandez sehingga sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500). Lebih menyakitkan Real meminta United meletakkan harga jualan mereka untuk penyerang lincah bergelar ‘Chicharito’ atau Little Pea itu yang kini antara pemain paling terendah bayaran iaitu £25,000 (RM122,500) seminggu. 

Sebelum ini, United dan Manchester City bersaing untuk menandatangani Sneijder, 27, yang menyatakan hasrat untuk berpindah dari Inter musim panas ini dan menjadikan England tempat barunya beraksi. Pengurus United Alex Ferguson sudah memburu untuk mendapatkan khidmatnya setiap tahun dan percaya Sneijder adalah calon terbaik dan sempurna untuk menggantikan Paul Scholes di Old Trafford.

Tetapi tuntutan Sneijder yang mahukan gaji £200,000 seminggu (RM980,000) sukar dipenuhi United, sekali gus menyaksikan Chelsea kini pilihan terbaiknya berbanding City.

Ketika Chelsea yakin dapat memikat Guus Hiddink sebagai bos mereka minggu depan, The Blues menyertai persaingan bernilai 30 juta pounds (RM147 juta) untuk mendapatkan Sneijder - atas nasihat jurulatih itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Real Madrid Mahu beli Javier Hernandez

Betol-betol Hangat! The Amazing Spider-Man

Oleh Kaki Wayang on

Filem Spider-Man Terbaru Bertajuk The Amazing Spider-Man

Filem Spider-Man terbaru sudah menjadi buah mulut di seluruh dunia semenjak tahun lepas lagi. Pada bulan Julai 2012 pasti menjadi sejarah buat peminat Spider-Man di mana filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia.

Columbia Pictures milik penuh Sony Pictures Entertainment telah mengumumkan tajuk filem yang rasmi untuk siri terbaru Spider-Man iaitu 'The Amazing Spider-Man' pada 14 Februari 2011 di Culver City, California.

Filem ini masih dalam pembikinan dan kesemua proses pengambaran dalam bentuk 3D. Tidak ada sinopsis yang dikeluarkan oleh pihak Columbia Pictures mengenai filem ini, desas-sesus ada mengatakan filem ini akan menceritakan Peter Parker (Spider-Man) di zaman sekolah sama seperti filem pertama 'Spider-Man' pada tahun 2002.

Mungkin cara penceritaan yang berlainan sama seperti komik-komik Spider-Man yang sudah bermula dari tahun 60an lagi, yang paling nyata watak Mary Jane tidak ada dalam filem ini. Watak Peter Parker dibawakan oleh Andrew Garfield, beliau pernah berlakon dalam filem Social Network pada tahun 2012. Kalau dalam filem-filem Spider-Man yan terdahulu watak heroin iaitu Mary Jane menjadi gadis impian Peter Parker tetapi lain pulak si heroin dalam filem terbaru ini.

Heroin terbaru tersebut ialah Gwen Stacy lakonan Emma Stone. Kalau anda peminat komik Spider-Man pasti tahu kisah Gwen Stacy ini, dimana beliau adalah cinta pertama Peter Parker sebelum Mary Jane. Musuh Spider-Man kali ini ialah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Proto-Goblin lakonan dari pelakon Bollywood iaitu Irrfan Khan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! The Amazing Spider-Man

Betol-betol Hangat! Maharaja Lawak: Tiada Penyingkiran Di Pulau Pinang

Oleh Kaki Wayang on

Maharaja Lawak: Tiada Penyingkiran Di Pulau Pinang 
 
Seperti yang dijangka, tiada penyingkiran pada Maharaja Lawak yang telah diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini. Jelajah Maharaja Lawak (ML) ke Pulau Pinang nampaknya berakhir dengan tiada penyingkiran peserta Jumaat lalu.

Keputusan tiada penyingkiran ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Saiful Apek meskipun nama R2, Nabil dan Jozan disebut antara tiga peserta yang mendapat undian terendah. Selain tiga peserta ini, Maharaja Lawak minggu ke 10 ini turut menyaksikan persembahan dari Jambu dan Sepah.

Maharaja Lawak yang sepatutnya berakhir mingu ini, telah dilanjutkan kepada tiga minggu tambahan bermula dengan malam ini di Penang International Sports Arena (PISA) di Pulau Pinang, diikuti di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 10 Jun dan Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB), Johor pada 17 Jun ini sebelum final pada 24 Jun 2011.

Pengumuman tiga minggu tambahan ini dengan jelajah ini diumumkan oleh hos Maharaja Lawak, AC Mizal pada penghujung minggu ke 9 lalu untuk memberi peluang kepada negeri lain serta orang ramai merasai kehangatan program tersebut.

Selain Saiful Apek, juri tetap Maharaja Lawak lain yang bakal bersama setiap minggu adalah Mamat Khalid dan Ahmad Idham. Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

P/s: BBH kecewa sangat dengan persembahan Nabil yang sepertinya semakin lama semakin hilang serinya..Bila buat lawak macam nak jadi tapi tak jadi..punch line pon tak kene..seakan-akan penonton sudah dapat mengagak punch line yang akan diberikan oleh Nabil..Kumpulan R2 juga mengecewakan..nasib baik ada JOZAN dan kumpulan Sepah disamping kumpulan JAMBU..pastu, sound pula sangat kurang memberangsangkan.. macam jauh je suara tu dari TV..apa pun sangat sukakan persembahan JOZAN..dan wah minggu ni ML akan diadakan di Kuantan..kompom kalau BBH pegi tiket dah habis, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi..so better duk umah jela..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Maharaja Lawak: Tiada Penyingkiran Di Pulau Pinang

Betol-betol Best! Datuk Michelle Yeoh dalam Kung Fu Panda 2

Oleh Kaki Wayang on

Nantikan Datuk Michelle Yeoh dalam Kung Fu Panda 2

RAsanya macam sekejap je kan dulu filem siri pertama ditayangkan pada 2008 dan sekarang pejam celik, pejam celik dah sampai 2011 dan sekuel kedua kini muncul di layar perak..sekali lagi DragonWarror menyelamatkan dunia Kung Fu dari dihapuskan si jahat Shen. Pasti ramai yang setuju filem animasi Kung Fu Panda (2008) adalah filem yang sangat menghiburkan. Filem yang amat lucu serta aksi yang sungguh memukau ditambah pula dengan animasi yang begitu mengagumkan. Watak Po si Panda yang sungguh comel dengan aksi Kung Fu yang pelik, berjuang menyelamatkan gurunya dari musuh.

Pada tahun ini pula, Po si Panda kembali beraksi bersama gurunya serta rakan-rakan seperguruan dalam filem Kung Fu Panda 2. Filem terbitan DreamWorks Animation ini juga ada memiliki watak baru yang diperkenalkan. Antara watak tersebut ialah Soothsayer si Kambing Gunung, di mana watak ini menggunakan khidmat suara Datuk Michelle Yeoh.

Watak Soothsayer mungkin tak sebesar dengan watak-watak yang lain, yang pasti Datuk Michelle Yeoh pasti berbangga kerana diberi peluang membawa watak dalam filem animasi Kung Fu Panda 2 yang hebat serta mahal ini. Watak Soothsayer berjiwa mulia dan tidak mempunyai bakat Kung Fu seperti yang lain. Sifat kasih sayang serta perwatakan lucu menjadikan beliau disenangi.

Watak-watak utama Kung Fu Panda 2 masih menggunakan khidmat suara artis dari filem pertama seperti Jack Black, Angelina Jolie, Jackie Chan dan lain-lain. Filem ini akan ditayangkan pawagam dalam bulan Mei 2011 dan sama-samalah kita nantikan watak Soothsayer dalam filem animasi Kung Fu Panda 2.

Saksikan trailer Kung Fu Panda 2 yang hebat lagi lucu di bawah.


P/s: Pada pengamatan Betol-betol Hangat! filem Kung Fu Panda 2 ini lebih menghiburkan dan lebih aksi dari yang pertama..scene komedi sangat mengesankan walaupun ada ketika scene itu sepatutnya dilakonkan secara serius namun penghasilannya adalah scene yang sangat lucu..yelaaa sape xkenal Jack Black (Watak Po)..sangat2 berpuas hati dengan filem animasi seperti ini..kalau ada Kung Fu Panda 3..dah tentu BBH merupakan peminat setia KF dan akan menonton sekuel nya nanti. Rate filem 9/10 dari BBH.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Best! Datuk Michelle Yeoh dalam Kung Fu Panda 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...