Betol-betol Hangat! The Amazing Spider-Man

Oleh Kaki Wayang on

Filem Spider-Man Terbaru Bertajuk The Amazing Spider-Man

Filem Spider-Man terbaru sudah menjadi buah mulut di seluruh dunia semenjak tahun lepas lagi. Pada bulan Julai 2012 pasti menjadi sejarah buat peminat Spider-Man di mana filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia.

Columbia Pictures milik penuh Sony Pictures Entertainment telah mengumumkan tajuk filem yang rasmi untuk siri terbaru Spider-Man iaitu 'The Amazing Spider-Man' pada 14 Februari 2011 di Culver City, California.

Filem ini masih dalam pembikinan dan kesemua proses pengambaran dalam bentuk 3D. Tidak ada sinopsis yang dikeluarkan oleh pihak Columbia Pictures mengenai filem ini, desas-sesus ada mengatakan filem ini akan menceritakan Peter Parker (Spider-Man) di zaman sekolah sama seperti filem pertama 'Spider-Man' pada tahun 2002.

Mungkin cara penceritaan yang berlainan sama seperti komik-komik Spider-Man yang sudah bermula dari tahun 60an lagi, yang paling nyata watak Mary Jane tidak ada dalam filem ini. Watak Peter Parker dibawakan oleh Andrew Garfield, beliau pernah berlakon dalam filem Social Network pada tahun 2012. Kalau dalam filem-filem Spider-Man yan terdahulu watak heroin iaitu Mary Jane menjadi gadis impian Peter Parker tetapi lain pulak si heroin dalam filem terbaru ini.

Heroin terbaru tersebut ialah Gwen Stacy lakonan Emma Stone. Kalau anda peminat komik Spider-Man pasti tahu kisah Gwen Stacy ini, dimana beliau adalah cinta pertama Peter Parker sebelum Mary Jane. Musuh Spider-Man kali ini ialah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Proto-Goblin lakonan dari pelakon Bollywood iaitu Irrfan Khan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...