“Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Tumbukan baca SMS
Oleh Kaki Wayang on
Macam-macam dunia sekarang ni..ada yang pijak isteri lah, tumbuk, sepak terajang isteri lah..gigit itu ini laa (gigit tutttttt)..dan macam-macam lagilah kepelikan yang sangat BBH tak boleh terima dengan akal..contoh lain..seorang ibu mencampak atau membuang bayinya ke dalam tong sampah..ikut rasional dan logik akal..ibu mana yang tak sayangkan anak? masa dia buang bayi tu dia tak rasa apa-apa ke? Lain pula halnya bila menumbuk atau memijak isteri.. sanggup ek?peliklah kepala otak aku ni masih keliru dan tak boleh nak percaya sampai macam tu sekali kekejaman sang suami kepada isterinya..
BBH tak nak cakap panjang..jom kita layan kisahnya..Seorang suami menumbuk isterinya bila mana isterinya membaca SMS telefon bimbit suaminya..
Tindakan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya selepas curiga dengan tingkah laku lelaki itu bertukar pergaduhan besar sebelum wanita itu ditumbuk di muka dalam kejadian di rumah mereka di Pinggiran Lembah Hijau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit yang mengandung dua bulan, tersedar daripada tidur dan pada masa sama melihat telefon bimbit suaminya berada di atas meja manakala suaminya yang berusia 30-an masih tidur nyenyak.
Wanita itu memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu apabila suaminya terjaga dan merampas telefon itu sebelum memarahi mangsa. Menurut sumber, lelaki itu yang marah dengan tindakan mangsa mengambil telefon bimbitnya tanpa kebenaran naik angin.
“Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.
P/s: Tahu laaa handphone tu hak milik masing-masing..tapi jangan lah sampai nak tumbuk menumbuk isteri..kejam dan dayus namanya tu..
Labels:
advertorial,
alexa ranking,
jana pendapatan,
tumbuk isteri,
tumbuk suami
Betol-betol Hangat! Sense VS MeeGo VS Xperia Ray
Oleh Kaki Wayang on
SUKAR dilupakan nama Alexander Graham Bell yang berasal dari Edinburgh kerana kejayaan besarnya mencipta alat komunikasi yang dikenali sebagai telefon pada 10 Mac, 1876. Pada 1878, Bell memasang stesen pertukaran telefon pertama di New Haven, Connecticut dan pada 1884 sekali gus menjadikannya detik bersejarah apabila panggilan jarak jauh pertama dibuat antara Boston, Massachusetts dan New York. Bell pernah membayangkan telefon akan menjadi satu penggunaan yang menyeluruh, namun pada waktu itu mungkin beliau belum terfikirkan talian telefon itu juga boleh berfungsi tanpa wayar dan dipanggil telefon bimbit.
Pada 1956 Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh pertama di dunia, justeru, menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi. Kira-kira 55 tahun sudah berlalu, sejumlah lima bilion penduduk seluruh dunia kini masing-masing memiliki sekurang-kurangnya satu telefon bimbit dan menjadikan inovasi itu sebagai satu keperluan utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
Nampaknya dunia telefon bimbit aka handphone aka mobile kini semakin lama semakin tak terkejar dek peredaran zaman yang tiada penghujungnya..kali ini HTC Sensation, MeeGo dan Xperia Ray mengisi ruang slot untuk entri post BBH..
Bukan apa sehingga kini, NOKIA semakin lama semakin ketinggalan dengan jenama-jenama mobile lain..dengan keluarnya iPhone, HTC, Blackberry nampaknya Nokia yang kini menggunakan Symbian semakin dilupakan kerana tidak banyak pembaharuan dari segi Operating Systemnya..BBH sendiri merupakan pengguna tegar NOKIA..Namun begitu ianya kini dapat ditebus dengan pelancaran smartphone terbaru Nokia iaitu Nokia N9 yang menggunakan OS MeeGo sama seperti Nokia N900 (BBH ngah guna N900)..
HTC juga merupakan satu jenama yang kini semakin berkembang di Malaysia..BBH sekarang ni selain menggunakan Nokia N900, BBH juga menggunakan HTC HD 7 iaitu sebuah smartphone yang menggunakan OS Windows Mobile 7..sangat-sangat best bila HTC HD 7 berada disisiku..dan kini HTC kembali lagi dengan HTC Sense..smartphone jenis ini menggunakan Android yang mana BBH tak suka kalau ianya menggunakan OS Android..tapi HTC tak pernah mengecewakan penggunanya..pelbagai aplikasi menark dicipta khas untuknya.
Xperia Ray juga menggunakan OS Android..smartphone yang tak pernah BBH miliki dan tak nak miliki melainkan Sony Ericsson akan mencipta sebuah smartphone yang memenuhi cita rasa BBH..walauapapun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..jom kita tengok spesifikasi serta harga bagi ketiga-tiga phone ini..
PRODUK: HTC Sensation
PEMPROSESAN: Qualcomm 1.2 GHz Dual-Core
HARGA: RM2,299
OS: Android dengan HTC Sense
MEMORI: ROM 1GB, RAM 768MB
DIMENSI: 126.1 x 65.4 x 11.3mm
BERAT: 148 gram
SKRIN: 4.3-inci 540 x 960 qHD resolusi
RANGKAIAN:HSPA/WCDMA (900/2100 MHz) GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
Internet 3G: sehingga 14.4 Mbps kelajuan pindah turun, sehingga 5.76 Mbps kelajuan pindah naik
GPRS: sehingga 114 kbps kelajuan pindah turun
Wi-Fi(R): IEEE 802.11 b/g/n
SENSOR: G-sensor, Digital Compass, Proximity Sensor, Ambient Light Sensor
KAMERA: 8.0 MP dengan flash dwi LED 1080p HD, kamera depan VGA
PRODUK: Sony Ericsson Xperia Ray
HARGA: RM1,299 hingga RM1,399
WARNA: Hitam, Emas, Putih, Merah jambu
OS: Google Android 2.3 (Gingerbread)
SAIZ: 111 x 53 x 9.4mm
BERAT: 100 gram
KAMERA: 8.1MP 16x zum digital, Apertur f/2.4, Fokus auto, kamera (VGA), rakaman video HD (720p), Penstabil Imej, Sony Exmor R CMOS
MUZIK: Album art
PENYAMBUNGAN: Bluetooth(TM) stereo (A2DP)
FORMAT MUZIK: MP3/AAC, perkhidmatan PlayNow(TM), SensMe(TM), Sony Ericsson Music Player, aplikasi pengenalan muzik TrackID(TM), xLOUD(TM) Experience
PRODUK: Nokia N9
RANGKAIAN: Pentaband WCDMA 850, 900, 1900, 1700, 2100, Quad band GSM/EDGE 850, 900, 1800, 1900
HARGA: anggaran dari RM2,200
KELAJUAN: HSDPA Cat10: 14.4Mbps, HSUPA: Cat6 5.76Mbps
PAPARAN: 3.9” WVGA (854x480) AMOLED
OS: MeeGo 1.2 Harmattan
MEMORI: 1024MB RAM, 16GB/64GB setoran
KAMERA: 8MP Carl Zeiss, 2 x flash LED, MPEG-4 SP 720p @ 30fps,
SAIZ: 116.45 x 61.2 x 7.6-12.1 mm
BERAT: 135 g
SAMBUNGAN: BT 2.1, GPS, A-GPS, WLAN 802.11abgn, NFC, 3.5mm AV connector, uUSB connector, USB
PEMPROSESAN: ARM Cortex-A8 OMAP3630 1 Ghz, PowerVR SGX530
MASA BERBUAL: sehingga 7 jam untuk WCDMA
PRODUK: HTC Sensation
PEMPROSESAN: Qualcomm 1.2 GHz Dual-Core
HARGA: RM2,299
OS: Android dengan HTC Sense
MEMORI: ROM 1GB, RAM 768MB
DIMENSI: 126.1 x 65.4 x 11.3mm
BERAT: 148 gram
SKRIN: 4.3-inci 540 x 960 qHD resolusi
RANGKAIAN:HSPA/WCDMA (900/2100 MHz) GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
Internet 3G: sehingga 14.4 Mbps kelajuan pindah turun, sehingga 5.76 Mbps kelajuan pindah naik
GPRS: sehingga 114 kbps kelajuan pindah turun
Wi-Fi(R): IEEE 802.11 b/g/n
SENSOR: G-sensor, Digital Compass, Proximity Sensor, Ambient Light Sensor
KAMERA: 8.0 MP dengan flash dwi LED 1080p HD, kamera depan VGA
PRODUK: Sony Ericsson Xperia Ray
HARGA: RM1,299 hingga RM1,399
WARNA: Hitam, Emas, Putih, Merah jambu
OS: Google Android 2.3 (Gingerbread)
SAIZ: 111 x 53 x 9.4mm
BERAT: 100 gram
KAMERA: 8.1MP 16x zum digital, Apertur f/2.4, Fokus auto, kamera (VGA), rakaman video HD (720p), Penstabil Imej, Sony Exmor R CMOS
MUZIK: Album art
PENYAMBUNGAN: Bluetooth(TM) stereo (A2DP)
FORMAT MUZIK: MP3/AAC, perkhidmatan PlayNow(TM), SensMe(TM), Sony Ericsson Music Player, aplikasi pengenalan muzik TrackID(TM), xLOUD(TM) Experience
PRODUK: Nokia N9
RANGKAIAN: Pentaband WCDMA 850, 900, 1900, 1700, 2100, Quad band GSM/EDGE 850, 900, 1800, 1900
HARGA: anggaran dari RM2,200
KELAJUAN: HSDPA Cat10: 14.4Mbps, HSUPA: Cat6 5.76Mbps
PAPARAN: 3.9” WVGA (854x480) AMOLED
OS: MeeGo 1.2 Harmattan
MEMORI: 1024MB RAM, 16GB/64GB setoran
KAMERA: 8MP Carl Zeiss, 2 x flash LED, MPEG-4 SP 720p @ 30fps,
SAIZ: 116.45 x 61.2 x 7.6-12.1 mm
BERAT: 135 g
SAMBUNGAN: BT 2.1, GPS, A-GPS, WLAN 802.11abgn, NFC, 3.5mm AV connector, uUSB connector, USB
PEMPROSESAN: ARM Cortex-A8 OMAP3630 1 Ghz, PowerVR SGX530
MASA BERBUAL: sehingga 7 jam untuk WCDMA
Betol-betol Sengal! Maut dipatuk tedung peliharaan
Oleh Kaki Wayang on
Seorang penternak ular maut dipatuk ular tedung beberapa hari selepas dia menegaskan haiwan berkenaan tidak membahayakannya. Akibat patukan berbisa reptilia itu, Luke Yeomans, 45, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami serangan jantung di Nottinghamshire.
Pada awalnya, Yeomans bercadang membuka pusat peliharaan ular kepada orang ramai pada hujung minggu ini. Di situ, dia menempatkan 24 ular pelbagai jenis. Walaupun mengundang kebimbangan, Yeomans menegaskan keadaan di situ benar-benar selamat kepada sesiapa saja.
Untuk memberi keyakinan ramai, Yeomans mempamerkan gambarnya mencium kepala ular tedung kepada orang ramai. Katanya, ular itu tahu dia memberi mereka makanan segar dan air mencukupi sehingga ia tidak akan membahayakan sesiapa saja.
“Ada orang menganggap saya gila, tetapi sebaliknya saya rasa ini kerja yang baik.
“Saya membiakkan ular tedung bagi mengelakkan kepupusan,” katanya.
Seorang rakan berkata, Yeomans mungkin terlalu yakin sehingga tidak berhati-hati langsung ketika menangani ularnya. Anggota paramedik menemui mayat Yeomans di pusat peliharaan ular yang terletak di belakang rumahnya. Ular berkenaan pula dikurung bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Betol-betol Kagum! Anak panah terbenam di muka
Oleh Kaki Wayang on
Seorang remaja bernasib baik kerana terselamat walaupun mukanya tertusuk anak panah sepanjang lebih 20 sentimeter, semalam. Sebelum itu, Lewis Tavernier membawa busur panah ke rumah kawannya di Stevenage dan memasang penahan sebelum meletakkan alat itu dengan berhati-hati di atas meja berhampiran.
Bagaimanapun, ketika Tavernier, 17, leka berbual dengan rakannya, secara tiba-tiba anak panah itu meluncur ke arah remaja terbabit. Berada di kedudukan kurang dari satu meter, anak panah itu terus menusuk ke muka dan terbenam hampir lapan sentimeter pada pipinya.
Imbasan x-ray menunjukkan tulang pipi Tavernier retak tetapi anak panah itu tidak merosakkan sebarang saraf serta salur darah penting yang ada kira-kira dua milimeter darinya. Pelajar Sekolah Marriots itu berkata, dia sering menggunakan alat berkenaan sebelum ini dan tidak pernah lupa memasang alat keselamatan sebelum meletakkannya di mana-mana.
“Disebabkan itu, saya tidak berfikir banyak apabila meletakkan panah itu di atas meja,” katanya.
Bagaimanapun, Tavernier mengakui insiden itu aneh kerana tiada sesiapa berada di situ kecuali dia dan temannya. Kata Tavernier, rakannya melihat busur panah berkenaan tiba-tiba melepaskan anak panah ke arahnya.
“Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak perasan ia menusuk ke muka. “Saya cuma ingat ada bertanya kepada rakan: “Ada anak panah di muka saya?” katanya.
Tavernier dikejarkan ke hospital oleh bapa rakannya dan ketika itulah baru dia berasa sakit. Dia kemudian menjalani pembedahan segera di Hospital Lister bagi mengeluarkan anak panah berkenaan.
Betol-betol Sengal! Ibu mengandung ambil Methamphetamine!
Oleh Kaki Wayang on
Korang pernah tengok tak ibu yang jahat pada anaknya? pernah tengok tak ibu yang tak sayangkan anaknya? Kalau jawapan korang tak pernah..maknanya korang salah..sebenarnya ada ibu yang tak sayangkan anaknya..sebagai contoh sejak kebelakangan ini ramai daripada remaja-remaja yang terlanjur dan kemudiannya mengandung..setelah itu, bayi itu dibuang, dicampak dan ditanam..macam-macam hal betul..
Lain pula halnya apabila seorang ibu ditahan kerana disyaki mengambil dadah..walhal dirinya itu sarat mengandung..jom ikuti kisahnya:
Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.
Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000. Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000. Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.
“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.
“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.