PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Kim Kardashian saman firma pakaian Old Navy

Oleh Kaki Wayang on

http://img2.timeinc.net/people/i/2008/database/kimkardashian/kimkardashian300b.jpg

Bintang realiti TV Kim Kardashian menyaman peruncit Old Navy, semalam memaksa rangkaian kedai pakaian itu berhenti menggunakan model yang serupa dengannya dalam iklan yang didakwa selebriti itu menumpang popularitinya. 

Peguam bagi bintang TV ‘Keeping Up with the Kardashians’ di rangkaian kabel E! dalam tuntutan mahkamah berkata, Old Navy tahu apa yang dilakukannya ketika ia melancarkan promosi jualan Februari lalu menggunakan wanita yang hampir serupa dengan bintang realiti itu.

“Iklan berkenaan menimbulkan kekeliruan di khalayak ramai kerana mereka mengaitkan Kim dengan produk dan perkhidmatan ditawarkan defendan,” kata kenyataan itu. Penghibur kelahiran Kanada, Melissa Molinaro yang tampil untuk kempen iklan Old Navy dan diperkatakan dalam beberapa laporan media kerana wajahnya yang serupa dengan Kim, bagaimanapun, tidak dinamakan dalam tuntutan itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kim Kardashian saman firma pakaian Old Navy

Betol-betol Hangat! Anonymous mahu bunuh Facebook

Oleh Kaki Wayang on

http://scm-l3.technorati.com/10/05/19/12997/Will-They-Kill-FB1.jpg

Kumpulan serpihan penggodam terkenal Anonymous mengumpulkan sokongan, semalam dalam rancangan untuk ‘membunuh’ rangkaian laman sesawang sosial, Facebook.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjP7EL5RRjE4XPS8sl46yEh5ETxhJEuUrd4wuRgpp4xHSiLr00pBLuHyeSkaUt_mUkz4l5fpN5GjzqgsR0iGkYmoTA_FwAxWg9HxFZo4QX9QuUrinjSSONCc6QsIfzqwJWXN4IYk_kTB22E/s640/ways+to+kill+facebook.jpg

Rakaman video YouTube dilabel sebagai mesej daripada Anonymous mendakwa ‘Operasi Facebook’ akan berlangsung pada 5 November untuk memusnahkan rangkaian sosial itu kerana mencemari hak peribadi penggunanya. Jurucakap Anonymous berkata, bagaimanapun, ketua kumpulan itu tidak pasti sejauh mana keseriusan ancaman berkenaan kerana kumpulan terbabit tidak mempunyai struktur arahan yang tegas dan anggotanya merahsiakan identiti mereka. Video itu menuduh Facebook menyimpan data yang dihantar pengguna dan malah berkongsinya dengan agensi penguat kuasa. “Sertai kami dan bunuh Facebook demi hak peribadi anda,” kata jurucakap dalam video itu. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Anonymous mahu bunuh Facebook

Betol-betol Hangat! Kami bukan Ah Long, Kami mau tolong!

Oleh Kaki Wayang on


Kami bukan Ah Long, Kami mau tolong! begitulah ungkapan yang seringkali kita dengar di media massa..mari kita ikuti kisah JERAT AIDILFITRI yang dilakukan oleh Geng Along ini..

Golongan ceti haram atau along dikesan mengambil kesempatan memerangkap umat Islam yang kini sibuk membuat persiapan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai pakej pinjaman khas termasuk dinamakan Promosi Hari Raya 2011. Berdasarkan hebahan yang dibuat melalui pelbagai cara termasuk pengedaran risalah, tampalan poster di tepi jalan raya, malah melalui paparan iklan di akhbar, wartawan Harian Metro menghubungi beberapa along dan menyamar sebagai bakal peminjam untuk mendapat maklumat lebih lanjut.

Along pertama yang dihubungi berkata, pihaknya mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang dan mampu memberikan pinjaman sehingga RM10,000 khas untuk umat Islam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Menurutnya, kadar faedah atau bunga dikenakan lima peratus dan menyasarkan pinjaman itu kepada pekerja sektor awam, swasta dan kakitangan serta pesara kerajaan.

Namun, syarat utama ialah semua peminjam dikehendaki membuat pembayaran selepas musim Aidilfitri berakhir.

“Kami hanya mahu tolong, kalau anda sudah buntu, kami sedia bantu,” katanya. Menurutnya, setiap peminjam harus melangsaikan jumlah pinjaman sebanyak RM10,000 secara ansuran selama setahun atau dua tahun dan jumlah faedah dikenakan RM5,677 setahun.

“Untuk meminjam kami mahukan penyata gaji terbaru selama tiga bulan, kad ATM, bil air dan elektrik serta penyata bank selama tiga bulan. Kami berjanji tidak mengapa-apakan peminjam sekiranya mereka gagal membayar hutang,” katanya.

Along kedua yang dihubungi pula berkata, pihaknya memberikan pinjaman khas berikutan mahu membantu orang Melayu mendapatkan perabot baru, kuih, pakaian dan juga duit raya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kami mempunyai banyak skim antaranya pinjaman jangka panjang, pinjaman bulanan, pinjaman bayaran bunga dan pinjaman mingguan,” katanya.

Along yang berpangkalan di Shah Alam itu mendakwa mengenakan bunga serendah 1.5 peratus dan proses permohonan hanya memakan masa selama 30 minit.

“Jika anda mahu kami boleh beri pinjaman dari RM5,000 sehingga RM10,000 khas untuk Aidilfitri ini,” katanya.

Katanya, untuk meminjam pelanggan dikehendaki membawa surat pengesahan kerja, buku bank, penyata gaji tiga bulan dan bil air.

Sementara itu, along ketiga yang dihubungi berkata, pihaknya menyediakan pinjaman khas Aidilfitri sehingga RM20,000 tetapi ia terhad untuk kakitangan awam atau pekerja swasta yang bekerja di syarikat besar saja.

“Kami ada tawaran untuk raya, tapi kalau kerja kilang kerja biasa-biasa saja kami tak mahu,” katanya.

Mengulas taktik licik golongan along ini, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, umat Islam perlu sedar sambutan Aidilfitri tidak menuntut mereka berhabis-habisan sehingga berhutang.

“Tindakan berhutang semata-mata membeli kelengkapan raya tidak wajar dilakukan dan hanya menyusahkan diri sendiri kerana mereka ini dibebani beban membayar hutang.

“Sepatutnya puasa mengajar kita erti mengawal nafsu, seelok-eloknya ukur baju di badan sendiri sebelum membuat sesuatu. Kita harus faham bila tibanya waktu perayaan peniaga pasti mengambil kesempatan mempromosikan perniagaan mereka dan ini termasuklah kehadiran ceti haram memberikan pinjaman,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kami bukan Ah Long, Kami mau tolong!

Betol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur

Oleh Kaki Wayang on

TUMPAS...pemilik ayam bersama buaya yang memasuki kawasan rumahnya. 

Bunyi bising ayam dalam sangkar ketika waktu sahur mengejutkan seorang penduduk Kampung Tanjung di tebing Sungai Sarawak, di sini apabila pemeriksaannya membawa kepada penemuan seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter, pagi semalam. Mohammad Ali Jais, 51, berkata dia baru bangun untuk bersahur bersama keluarganya pada kira-kira jam 4 pagi sebelum terdengar ayam diternak dalam sangkar depan rumahnya bising seperti ‘diganggu’ sesuatu.

“Saya terus melakukan pemeriksaan selepas mendapati bunyi itu tidak berhenti, sebaliknya semakin kuat dan bergegas keluar sebelum terkejut mendapati buaya berkenaan cuba menyambar ayam saya. “Buaya itu dilihat sudah berada di tepi sangkar dan menunggu mangsa untuk menerkam ayam itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Mohammad Ali berkata, dia meminta bantuan tiga jiran sebelum menangkap dan mengikat kaki buaya itu dalam tempoh 15 minit walaupun reptilia itu cuba melawan.

Mohammad Ali mengakui sering melihat buaya itu timbul di sekitar tebing Sungai Sarawak, namun kejadian reptilia terbabit naik ke darat adalah pertama berlaku di perkampungan berkenaan. “Sepanjang menetap di perkampungan ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dan saya percaya buaya itu naik ke darat kerana mahu mencari makanan disebabkan kelaparan,” katanya.

Katanya, dia bernasib kerana menyedari kehadiran buaya itu dan tidak menolak berkemungkinan reptilia itu bertindak ganas dan menyerang penduduk yang melalui kawasan berkenaan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Dikejut buaya waktu sahur

Betol-betol Binatang! Perkosa dulu, simbah asid kemudian!

Oleh Kaki Wayang on

 
Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital. Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.

“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya.

P/s: BBH mengutuk sangat perbuatan seperti ini..dah lah bulan puasa pula tu..kesian kat pompuan tu..lelaki dayus..macam dah tahu-tahu pula tu nak berbuka puasa..adoihiah..sangat keji, terkutuk..dah puas simbah asid pula..memang musnah lah hidup pompuan tu (mangsa)..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Binatang! Perkosa dulu, simbah asid kemudian!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...