PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH

Oleh Kaki Wayang on



Kenapa WANITA curang?

  1. Wanita yang tak pernah cukup dengan satu (Contoh pertama - Bila dia tau bf/ suami dia curang..dia pun nak pasang lagi satu..dan nak balas dendam, Contoh kedua - Memang jenis wanita yang tak pernah cukup dengan satu..BF dia dah hensem dah..bila dia nampak lagi seorang lelaki yang hensem, cute atau yang sewaktu dengannya..dia nak juga..pasang lagi satu).
  2. Wanita yang tak dapat belaian kasih sayang dari BF/ Suami..bab yang BF tu bukan belaian apa..tapi kalau GF dia nak ini, BF tak bagi..nak romantik sikit..lelaki tu tak pandai nak romantik..nak bagi bunga pun tak pernah..kalau merajok tak pernah nak pujuk..so, wanita akan jadi bosan..tu sebab dia cari yang lain yang boleh dia dapatkan apa yang dia nak..bab SUAMI pula..kalau suami jenis yang payah nak bagi nafkah zahir dan batin..biasanya wanita akan cari yang lain sebab bosan dengan suaminya..apatah lagi kalau suaminya jenis yang boros, kaki judi, kaki perempuan..kira semua kaki lah..sebut kaki je memang suami dia lah punyer keje..hehehehe..dan begitulah sebaliknya....tu sebab wanita curang..
  3. Wanita yang nak sangat anak..dia tak dapat dari suami dia..dia g cari lelaki lain..tapi jarang kot kes macam ni..kan..lupakan..
  4. Wanita akan curang bilamana dia sudah mempunyai pengalaman dipermainkan oleh lelaki..dah berkawan dengan seorang lelaki..dia akan cari yang lain..dan tinggalkan lelaki itu dan begitulah seterusnya..semuanya atas sebab-sebab dendam..
  5. Wanita akan curang bila mana dia sudah tidak sefahaman dengan BF/ suaminya..semuanya serba tak kena..buat salah pelempang jawabnya..bila sudah disakiti..wanita dengan mudah akan cuba untuk mencari yang lain yang lebih penyayang..

P/s: Mintak maaf eh kepada kaum wanita..ini sekadar pendapat je k..bagi memenuhi syarat segmen Abg Ben Ashaari..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH

Betol-betol Hangat! Wordless Wednesday #1

Oleh Kaki Wayang on

http://img690.imageshack.us/img690/2164/facefishart43399197.jpg 

Wordless Wednesday tapi aku nak jugak taip sesuatu..Kreatif kan gambar ni..tapi bulan puasa jangan pulak korang buat aksi seperti ini yer..kang batal puasa pula..hahahahaha..

P/s: Percaya atau tidak..ini adalah Wordless Wednesday pertama aku..setelah 4 bulan berkecimpung dalam dunia blog.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wordless Wednesday #1

Edisi Khas Puasa! 12 Aurat Wanita Dalam Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyZbZzQ16ScNcDJhUDi8nhrt1Cf1kYlCGMLotl3vSvg5IAXcyY-YpAV9E4SLunvR9sC5C83_dOx22Vfc0ubMp_Y20APmBbt1299FJRMmggMPJwVjz4Ww_PxXGnbdB5rTXdUdUK0csa__0/s1600/Cara-Berpakaian-Bagi-Wanita-Muslim.jpg

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Kredit: UKIRANCINTA 
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! 12 Aurat Wanita Dalam Islam!

Betol-betol Hangat! Oh My Goodness!

Oleh Kaki Wayang on


Sudah banyak kali aku menjadi imam untuk solat fardhu..namu semalam merupakan pengalaman pertama aku menjadi imam dengan ber"makmum"kan MUALLAF..yang bestnya dia ni merupakan seorang GURU didatangkan khas dari Toronto, Kanada..ditugaskan ke Muadzam Shah bagi tujuan untuk membantu guru-guru Bahasa Inggeris memperbaiki dan memantau mutu pengajaran mereka..

Dipendekkan cerita..selepas berbuka puasa sama-sama..tibalah masanya untuk Solat Maghrib..so, aku ni sangat curious..dia ni tahu ke macam mana nak solat..dah belajar ke, sape yang ajar dia..dan macam-macam lagi..mula-mula aku nak suh dia solat sorang-sorang..tapi tetiba tergerak hati nak berjemaah dengan dia..so, takkanlah aku nak suh dia jadi imam pula kan..So, sebagai muslim sejati..dari kecik sampai sekarang walaupun ilmu masih belum cukup..aku gagahkan diriku untuk menjadi imam (walaupun sebelum-sebelum ini dah berjuta kali jadi imam)..

Macam biasa bila part Al-Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua..biasanya aku akan mengalunkan kedua-dua surah tersebut sebaik mungkin..dengan bacaan tertib dan bertaranum aku cuba selitkan dalam bacaan itu..semuanya atas sebab-sebab aku sangat sukakan taranum..suka dengan ayat-ayat suci Al-Quran..tidak ada benda lain yang paling sedap didengar melainkan bait-bait Al-Quran..

Dipendekkan cerita..dah siap solat..dah wirid dan baca doa..aku bertanyakan sesuatu (dalam Bahasa Inggeris tau) lebih kurang maksudnya..Macam mana dengan Solat? Susah ke? Bacaan macam mana?Siapa yang ajar dan macam-macam lagi..lebih kurang 15-20 minit aku luangkan masa bertanyakan soal agama kepadanya..macam-macam dia jawab..salah satunya..WOW..!!!Amazing..Oh My Goodness (perkataan selalu dia sebut untuk gambarkan sesuatu dan kagum akan sesuatu)..beautiful voice katanyer..pastu dia cakap mungkin saya perlukan 20 tahun untuk dapatkan suara seperti itu untuk mengalunkan lagu-lagu taranum Al-Quran..(dalam hati aku..kembangnye hidong akooo)..hahahahahaha..

So, aku tawarkan untuk membantu dia dalam bab agama..dan dia cakap..memang itu yang dia harapkan..dia nak belajar taranum dengan aku..walaupun pada hakikatnya aku masih belum dapat kuasai semua jenis taranum seperti Soba, Jiharkah, Hijaz dan macam-macam lagi..lupa pula nak cakap MUALLAF itu bernama Ryan Harb..

Selamat Berpuasa..dan selamat berbuka puasa petang nanti...sekarang tak leh lagi k!!!Nanti aku buat berbuka puasa..kengkawan blogger leh lah datang memeriahkan majlis..leh aku imamkan Solat Maghrib dan dengar aku bertaranum (tak sedap mana pun)..kang sedap sangat korang tertidur pula masa SOLAT!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Oh My Goodness!

Betol-betol Hangat! Cara hasilkan susu pada usia 17 tahun

Oleh Kaki Wayang on


Hahahahaha..rasa nak tergelak pula bila tengok keyword ni..aku pernah ke buat entri sal nak hasilkan susu pada usia 17 tahun ek? atau buat keyword sal tu? pelik jugak kan..ke aku memang ada letak..aah..mungkin dalam Edisi Khas Pa & Ma kot..tu sebab keluar keyword ini..

Kepada sesiapa yang mencari entri atau tutorial mengenai Cara hasilkan susu pada usia 17 tahun ni..harap-harap korang berjaya la eh..ngeeeee..tapi minta maaf cara tu tak de kat sini kot...

By the way, ramai jugak kan yang cari maklumat sal Rara Zikry..meh baca kat sini yerrr..SIAPA RARA ZIKRY?

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Cara hasilkan susu pada usia 17 tahun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...