PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Hitler Pondan?!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA38wmypZ4A0-bAJzEBrY8OowR4M099zyT82xWGb-V5Kh6OEG-Xwf5lxtNefSYRQRj2YDCYeqmltS8S-nx_agYH-_mrLTTHAvrJttRxC3iGV18bFyHYfPwWg3L4YU0lHwx-h0_XbB0KCM/s320/images.jpg 

Perisik Britain merancang memasukkan hormon seks wanita dalam makanan diktator Jerman, Adolf Hitler, ketika Perang Dunia Kedua bagi mengekang sifat agresifnya, dakwa sebuah buku baru.

Tentera Bersekutu berharap rancangan mereka menyeludup beberapa dos oestrogen ke dalam makanan akan menjadikan pemimpin Nazi itu kurang agresif dan lebih bersifat kewanitaan, seperti saudara perempuannya, Paula Wolf. 

Dalam buku bertajuk Secret Weapons: Technology, Science And The Race To Win World War II, tulisan Profesor Brian Ford dari Universiti Cardiff, menjelaskan hormon itu dipilih kerana tidak ada rasa dan memberi kesan lambat, bermakna ia dapat melepasi pengesan makanan Hitler.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Hitler Pondan?!

Betol-betol Sengal! Facebook, YouTube diguna buli guru!

Oleh Kaki Wayang on

http://blogs.corpu.com/wp-content/uploads/2010/02/Youtube-Facebook.png

Satu pertiga guru, kebanyakannya tenaga pengajar wanita, menjadi mangsa buli online dengan 72 peratus dilakukan pelajar tetapi lebih 25 peratus penderaan diilhamkan oleh ibu bapa, menurut tinjauan Universiti Plymouth.

Banyak kes buli itu menggunakan laman web sosial dan kajian mendapati ramai mewujudkan kumpulan Facebook khas untuk mendera guru. Dalam sesetengah kes, pelajar mengirim gambar guru ke laman web YouTube manakala yang lain meletakkan komen pedas di laman web ratemyteacher.com. Secara keseluruhan, 35 peratus guru yang disoal berkata mereka menjadi mangsa buli online dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya wanita. Lebih mengejutkan, 26 peratus kaki buli adalah ibu bapa.

“Ibu bapa yang membuli secara online ialah sesuatu yang tidak pernah kita temui.

Kadang-kadang mereka turut sasar pelajar lain. Sekolah perlu buat sesuatu, jika tidak ia akan merebak,” kata penulis laporan, Profesor Andy Phippen.  Kes pelajar menjadi mangsa buli online diketahui ramai tetapi isu guru menjadi mangsa kurang disedari.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Facebook, YouTube diguna buli guru!

Betol-betol Ngeri! Lagi kes Simbah Asid!

Oleh Kaki Wayang on

Semakin lama semakin menjadi-jadi kes Simbah Asid ni..macam takut pula nak keluar ke mana-mana tempat terbuka..kang tak pasal-pasal disimbah asid..ngerinyerrr..kalau dah duk dalam kereta pun masih leh disimbah asid..kita nak buat apa lagi supaya kita dapat elak benda tu dari berlaku? so, pada kengkawan jangan cari musuh k..cari kawan dan sahabat..bukan cari musuh..bulan baik ni kita kene baik dengan semua orang..kang tak pasal-pasal disimbah asid pula..


KEADAAN mangsa serangan simbahan asid, Mohd Raffie Abdul Latiff, 28 (gambar atas) ketika menerima kunjungan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini. Raffie disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lalu.

P/s: Dah lah tarikh 8 Ogos tu tarikh birthday aku..hehehehe..seramnyerr..hati-hati yer kengkawan sekalian..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Ngeri! Lagi kes Simbah Asid!

Betol-betol Informasi! Tonton TV sebabkan pendek nyawa

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwHZNUbOMlEKS-LaPxin9ArtqxWGLxzIbUhJ6phyoMRF8GyRIvnUSp2mDdoq-pXflM4dzSSqqeDXR4ANOh0m5VOI1MKnzI4sn2XI9T7-p9Z7ctu2GXSBD2PqvT_ZHEyU4F1M3xOC4x7Hc0/s1600/kid-watching-tv.jpg

Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun. Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: 

“Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti. “Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu.
 
P/s: Pas ni nak kurangkan lah tonton tv..tapi cam mane pula kalau berjam-jam depan komputer atau laptop nak update blog? Apapun semuanya Allah SWT yang tentukan..kita hanya merancang Allah SWT yang tentukan..kalau dah takdir mati atas sebab-sebab tonton tv..itu semua kuasa Allah SWT..Selamat bersahur dalam 5 jam lagi yerrr..

 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Tonton TV sebabkan pendek nyawa

Betol-betol Hangat! Contest Raya 2011 untuk para blogger!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum semua..amacam dengan puasa anda? Yang lelaki macam mana? Dah ada yang ponteng ke? Kalau yang pompuan yer aku caya ada yang ponteng* (ponteng bersebab) tapi yang lelaki payah sikitlah nak caya..kekadang alasan gastrik dan macam-macam lagi..ada yang sengaja tak nak puasa dan macam-macam lagi..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs178.snc3/20542_106441352700911_100000051393111_172533_6552165_n.jpg

Tak pelah lupakan sal tu..tepuk dada tanya iman masing-masing..yang penting Selamat Berpuasa..aku bersangka baik dengan mengharapkan korang semua berpuasa dengan penuh keimanan yer..dan Selamat menyambut Aidilfitri tak lama lagi..

Berbalik kepada tajuk utama kita..setelah lama aku tak berkecimpung dalam dunia FORUM..kini aku didedahkan lagi dengan sebuah FORUM 1Kampus.com..dulu sebelum aku sibuk dengan keje..aku merupakan Super Moderator, Moderator dan Admin (merupakan penghargaan tertinggi aku dapat dalam sesebuah forum atas sebab-sebab “mereka” percaya dengan kewibawaan aku)..sehinggakan aku mempunyai sebuah forum sendiri..sebelum ianya mengalami masalah yang tak dapat aku selesaikan..dan setelah lama meninggalkan dunia forum..kini 1Kampus yang bertindak sebagai forum kampus seluruh Malaysia malah mungkin juga seluruh dunia kini muncul..

http://amanz.my/wp-content/uploads/2010/12/1kampus.gif

Apa yang menarik mengenai 1Kampus?

Pertamanya terima kasih diucapkan kepada forum ini dan tahniah kepada Admin serta krew yang berjaya memungkinkan kewujudan forum yang penuh dengan perkongsian ilmu dan pelbagai info menarik terdapat di sini..


Apa yang ada dalam 1Kampus ini?

Selain kategori Suai Kenal yang wajib ada dalam setiap kampus..yang bertindak sebagai satu tempat untuk kenal mengenal antara satu sama lain..sekaligus dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli 1Kampus..korang juga boleh menambah kenalan dari seluruh Negara..dengan syarat mereka menjadi ahli forum ini..selain itu, yang  bestnya ada ruangan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar..dah macam sekolah, politeknik atau university pulak kan..kat kedua-dua kategori ini..korang boleh mengetahui pelbagai maklumat mengenai Majlis Konvokesyen, Permohonan Pinjaman dan Biasiswa, Permohonan Kemasukan ke IPTA/IPTS serta Luar Negara dan macam-macam lagi..

Wah Alumni pun ada jugak..best kan..pas ni mesti ramai yang nak buat reunion kan..tapi dengan syarat kena ramailah ahli dulu barulah leh buat reunion kan..kalau setakat macam sekarang ni..masih tak layak lagi nak buat reunion..

Eh ada Bicara Komuniti jugak?

Sebenarnya isi sesebuah form adalah datangnya dari pelbagai perkhidmatan yang disediakan..dalam Bicara Komuniti ini..ada macam-macam kategori..ada Isu Semasa (Dalaman dan Luar Negara), Teknologi (part yang amat aku minati..banyak application terdapat di sini..part paling best ada Grafik dan Multimedia – bidang aku), ada juga ruangan nak release tension..sebab ada ruangan lawak..Hiburan pun ada (terdiri daripada perkongsian DVD dan Filem-filem menarik..

So, apa lagi yang anda tunggu? Jom sertai 1Kampus sekarang..korang pasti akan dapat pelbagai manfaat darinya..pastu korang leh join CONTEST DUIT RAYA dari 1Kampus..jom join yer..

Please vote for me: Contest Duit Raya 1Kampus

  JOIN KAT SINI: 1Kampus.com

  • Hadiah untuk dimenangi
Tempat Pertama
RM50 CASH + 3 Tahun Hosting Tajaan CoolServer (Tanpa domain) + RM 50 Voucher dari The 7th boutique

Tempat Kedua
RM20 + 3 Tahun Hosting Percuma Tajaan CoolServer (Tanpa domain) + RM 30 Voucher dari The 7th boutique

Tempat ke-3
RM10 + 3 Tahun Hosting Percuma Tajaan CoolServer (Tanpa domain) + RM 15 Voucher dari The 7th boutique

Tempat ke-4
Topup RM5 + 16 muffins (worth RM35 include postage) tajaan The 7th Muffins

Tempat ke-5
Topup RM5 + 9 muffins ( worth RM 25 include postage) tajaan The 7th Muffins

Tempat ke-6
Topup RM5 + 4 muffins (worth RM13 include postage) tajaan The 7th Muffins

Tempat ke-7
Topup RM5
* Hosting tertakhluk kepada terma dan syarat pihak penaja. Term & Condition apply.
(Blog pemenang akan diberi topap extra rm 5 sekiranya di spotted dalam Google bila search 1Kampus)
 
Tarikh Penyertaan

1. Buat entri di blog dan postkan link di Forum - 03/08 hingga 25/08/2011
2. Proses 'Like' entri blog di Facebook - 03/08 hingga 31/08/2011
3. Keputusan akan diumumkan pada 1 Syawal ( 01/09/2011 ) Khamis.

Penaja Contest Raya 2011 1Kampus.com


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Contest Raya 2011 untuk para blogger!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...