PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Imbuhan gaji bawah RM3,000

Oleh Kaki Wayang on

http://media1-cdn.malaysiakini.com/290/cf9adfac68f239fcdadf22234ef2d020.jpg

Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan. 

“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012. 

“PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci,” katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.

Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.

Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

“Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.

“Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana,” katanya. 

P/s: Kan best kalau dapat bonus lagi..mesti raya kali ni lagi meriah..ni tak..dapat bonus untuk bayar hutang kad kredit jew..hahahahaha
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Imbuhan gaji bawah RM3,000

Betol-betol Informasi! Penting menamakan waris wang simpanan KWSP!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.abinesh.com/delirium/wp-content/uploads/2008/10/kwsp_1.jpg 
 
MENULIS wasiat mungkin tugas yang sukar bagi sesetengah individu. Ada yang menulis, ada yang tidak dan ada yang berpendapat menulis wasiat akan membawa nasib malang serta tidak penting. Walaupun ia memberi tekanan emosi, menamakan waris ada faedahnya terutama untuk meninggalkan harta pusaka kepada mereka yang tersayang sebagai jaminan untuk meneruskan kehidupan jika anda meninggal dunia.


Sekurang-kurangnya, penamaan akan memberikan ketenangan jiwa dan mengelak simpanan, hartanah dan harta pusaka yang lain daripada menjadi rebutan.  Hakikatnya, pertelingkahan keluarga, permusuhan dan perebutan harta pusaka hing–ga membawa ke mahkamah kerap berlaku dan terdapat waris terdekat tidak memperoleh walau satu sen pun atas sebab teknikal atau kelalaian si mati.


Terdapat juga kes pelik yang berlaku termasuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menamakan teman wanita sebagai penamanya dan lupa mengemaskinikan penamanya selepas mengahwini wanita lain.

Lelaki itu meninggalkan wang simpanan KWSP RM500,000 kepada bekas teman wanita dan yang menjadi mangsa ialah isteri yang dikahwini selama 30 tahun dan enam anak mereka. Anda pasti inginkan semua simpanan dan harta pusaka anda diagihkan kepada mereka yang tersayang dan bukan yang tidak layak.

Perkara ini amat penting jika anda satu-satunya pencari nafkah dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kita tidak perlu ragu kepada siapa hendak ditinggalkan harta kerana walaupun ia nampak remeh, kesannya amat serius.

Membuat penamaan kepada simpanan KWSP anda tidak banyak berbeza dengan amalan biasa ketika mengambil polisi insurans. Bagaimanapun, penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis. Oleh itu, jika anda ingin meninggalkan simpanan KWSP kepada tersayang, ia perlu dilakukan melalui penamaan KWSP dan bukan wasiat.

Walaupun anda mengambil sedikit masa untuk menentukan siapa yang perlu dinamakan dan berapa bahagian untuk diagihkan, membuat penamaan ke atas simpanan KWSP anda adalah mudah. Anda hanya perlu mengisi nama, nombor MyKad dan peratusan yang akan diterima oleh setiap penama.

Bagi bukan beragama Islam, arahan anda akan diikuti mengikut peratusan yang ditentukan. Bagaimanapun, bagi orang Islam, penama hanya bertindak sebagai pentadbir atau wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan simpanan itu mengikut Hukum Faraid.

Untuk membuat penamaan, ahli dikehendaki melengkapi borang KWSP 4(AHL) dan menyerahkan kepada pejabat KWSP yang berhampiran. Jika anda ingin mengemaskini atau menukar penama, isi borang baru dan secara automatik ia membatalkan penamaan sebelum ini. Oleh kerana proses penamaan KWSP amat mudah, anda boleh mengemaskini penamaan sekerap mungkin.

Oleh itu, bilakah kali terakhir anda menyemak penama simpanan KWSP anda? Adakah penama tersebut masih sesuai dan masih hidup? Paling penting, sudahkan anda membuat penamaan?

Untuk maklumat lanjut, sila layari web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi cawangan KWSP berhampiran.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Penting menamakan waris wang simpanan KWSP!

Betol-betol Sengal! Jual anak perempuan!

Oleh Kaki Wayang on

http://alkiram.net/salam/wp-content/uploads/2007/03/baby-girl.jpg
Sekadar gambar hiasan

Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Mexico melancarkan siasatan terhadap laporan berhubung laporan bahawa masih ada masyarakat Orang Asli negara itu meneruskan amalan menjual anak perempuan seperti yang dilakukan nenek moyang mereka. Suruhanjaya itu menamakan masyarakat Tanah Tinggi Mixtec di Oaxaca, negeri di selatan negara itu sebagai antara kumpulan yang menjual kanak-kanak perempuan berusia antara 11 dan 15 tahun.

“Ibu bapa mencari jalan untuk berunding dan menukar anak perempuan mereka dengan wang, sama ada dengan bakal suami mereka atau keluarga yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke bandar untuk membantu dalam kerja domestik,” menurut kenyataan suruhanjaya itu. Ia tidak menyebut sejauh mana amalan itu berleluasa.

Kanak-kanak itu dijual dengan harga sehingga 3,000 peso (RM735) atau sama harga dengan barangan seperti lembu, kekacang atau jagung.

Ibu bapa akan menyerahkan semua hak terhadap anak mereka. Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Orang Asli di Oaxaca, Hugo Aguilar Ortiz bagaimanapun berkata, dia tidak pernah mendengar laporan mengenai penjualan kanak-kanak.

Aguilar, anggota masyarakat Tanah Tinggi Mixtec berkata: “Ini bukan amalan masyarakat saya.

“Apabila anggota masyarakat kami berkahwin, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga pengantin lelaki memberi hadiah wang atau lembu dan produk lain untuk majlis perkahwinan dan membantu pasangan itu memulakan hidup baru.” Bagaimanapun, menurutnya, tradisi itu tidak termasuk kanak-kanak bawah umur dan bukan urusan jual beli.

Mixtec ialah masyarakat orang asli kedua terbesar di Oaxaca. Pejabat Hak Asasi di negeri itu berkata, ia tidak terbabit dalam siasatan itu. Siasatan itu dijalankan sendiri oleh suruhanjaya kebangsaan. Jurucakap pejabat Hak Asasi Oaxaca, Juan Pablo Ceja berkata, dia tidak pernah menerima aduan mengenai kegiatan itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Jual anak perempuan!

Betol-betol Hangat! Selena, Bieber berpisah

Oleh Kaki Wayang on

http://www.greatnewmovies.com/wp-content/uploads/Justin-Bieber-denies-break-up-Rumors-with-Selena-Gomez.jpg

PASANGAN kekasih, Justin Bieber dan Selena Gomez dilaporkan telah memutuskan hubungan mereka kerana Selena, bintang filem Disney, memberitahu Bieber yang dia tidak suka rakan-rakan baru Justin yang dari kalangan penyanyi hip-hop.

Bintang ‘The Wizards of Waverley Palace’ yang bercinta dengan Bieber, 17 tahun, sejak awal tahun ini, dikatakan memutuskan hubungan mereka kerana dia bimbang Justin akan terpengaruh dengan kawan-kawan barunya.


Sejak beberapa minggu lalu, Justin lebih banyak menghabiskan masanya dengan Sean Kingston, penyanyi rap Lil Wayne dan penyanyi Chris Brown yang telah merakamkan lagu dengan remaja Kanada itu.

Chris Brown mempunyai dikenali mempunyai perangai buruk selepas dia menyerang bekas kekasihnya Rihanna pada tahun 2009 yang menyebabkan penyanyi “Only Girl In The World” terpaksa dikejarkan ke hospital. Brown telah didakwa kerana menyerang dan membuat ugutan jenayah.


Lil Wayne pula telah dipenjarakan selama lapan bulan pada tahun 2010 setelah mengaku bersalah kerana menyimpan senjata.

Bieber telah berkawan dengan penyanyi dari Jamaica Sean Kingston sejak merakamkan lagu “Eanie Meenie” bersama penyanyi itu pada April 2010. Minggu lepas ketika Bieber dan Sean memandu kereta Rolls Royce dan bersiar-siar di South Beach, mereka telah ditahan polis. Polis merasa ragu melihat dua orang remaja di dalam sebuah kereta mewah.

Walaupun kedua orang remaja itu tidak melakukan apa-apa keselahan dan dibenarkan memandu, Kejadian seperti ini yang buatkan Selena marah. Dia tidak suka Bieber terlibat dalam publisiti yang akan memburukkan namanya.

Yang menyebabkan Selena berang, apabila Bieber membawa Sean untuk menonton persembahannya pada hujung minggu di Florida.

Seorang sahabat Selena memberitahu akhbar Sun. “Selena beritahu Justin supaya tidak bersama dengan mereka. Dia tidak mahu kawan-kawan baru Bieber itu merosakkan persembahannya. Mereka telah bergaduh besar dan Selena rasa masanya tepat untuk mereka berpisah kerana Selena sedang sibuk dengan siri persembahannya.”

Bieber dikatakan sedih dengan keputusan Selena. Dia kelihatan menangis selepas mereka bergaduh besar. Kata kawan Selena lagi. “Sebak apabila melihat seorang lelaki berusia 17 tahun menangis dan berkata yang dia cintakan Selena.”
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Selena, Bieber berpisah

Betol-betol Hangat! Apa itu KEMERDEKAAN?

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah pada tahun ni..pertama kali dalam sejarah kot..sebab sebelum ni tak penah lagi aku Raya dan Sambut Merdeka dalam satu-satu masa..ke sebelum-sebelum ni ada cuma aku yang tak berape nak ingat..hehehe..dan dengar khabarnya pada tahun ini sambutan Hari Merdeka diadakan pada 16 September 2011..Namun begitu, masih ramai lagi yang masih belum faham dengan ERTI KEMERDEKAAN..apa yang anda faham mengenainya? Jom kita baca sedikit maksud dan pengertian KEMERDEKAAN..

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka.  Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Apa itu KEMERDEKAAN?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...