PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Segmen Review! Blog cerita - Cer Citor!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum tuan punya blog..wah tahniah anda mempunyai blog yang agak baik pada sudut pandangan saya..Cuma macam biasa..ruangan chatting tu sebenarnya tak perlu..dan pada pandangan saya..anda Cuma perlu ubahkan font blog agar lebih kemas..

Blog anda merupakan salah satu blog yang kurang menggunakan widget dan itu sebenarnya satu kemajuan yang baik..dan dari segi entri blog pula..nampaknya anda begitu suka untuk mengemaskini dan update entri anda..itu bagus..dan anda juga mempelbagaikan tajuk dan judul bacaan anda agar kelihatan lebih pelbagai..

Namun begitu anda sudah seharusnya cuba untuk menulis artikel hasil tulisan sendiri agar kelihatan lebih kreatif dalam menghasilkan entri..kurangkan artikel yang diambil dari surat-suratkhabar tempatan..kalau nak ambil juga..sila olah isinya agar lebih asli dan kreatif..dan susunan kepada widget yang digunakan sangat perlu dilakukan..kerana..pengunjung akan lebih susah sekiranya mereka terus scroll ke bawah kemudian scroll semula ke atas untuk mendapatkan paparan utama..kalau boleh sediakan button..back to top atau apa jua button agar ianya memudahkan pembaca..kalau boleh sila buatkan scroll untuk bahagian ARCHIVE agar memudahkan pembaca jika bahagian itu sangat penting bagi anda..

Walaupun begitu, blog anda saya masih sifatkan sebagai blog yang baik untuk tatapan dan santapan minda pembaca..tahniah terpilih dan saya minta maaf jika sekiranya teguran ini buat anda kecil hati..tahniah sekali lagi..

Alhamdulillah..selesai sudah membuat review 5 buah blog yang rata-ratanya blogger baru..sebarang teguran yang diberikan dibuat berdasarkan kajian yang saya lakukan..dan terdapat juga pandangan peribadi yang kamu semua boleh memilih untuk ikut ataupun tidak..namun begitu, percayalah..dengan teguran inilah akan menyebabkan anda lebih matang bukan sahaja kepada diri anda, cara penulisan anda tetapi juga kepada blog anda sendiri..tahniah sekali lagi kerana terpilih..
Sila baca selanjutnyaEdisi Segmen Review! Blog cerita - Cer Citor!

Edisi Segmen Review! Blogger Kecik-kecik Cili Padi - Afiqah Nabilah!

Oleh Kaki Wayang on


Salam wahai adik Afiqah..aku masih tak percaya lagi sebenarnya..dan masih keliru dengan peserta segmen ni..dah 10 kali aku belek-belek..yang aku nampak tetap seorang blogger berumur 12 tahun.. 

Tak banyak yang dapat saya katakana mengenai blog adik Afiqah ni..semuanya ok..dan rasanya dimaafkan kot sebab dia ni masih lagi muda..Cuma adik Afiqah boleh baca komen-komen dan review dari blog terdahulu supaya adik faham bagaimana nak dapatkan blog yang menarik dan berinformasi.

Aku masih dalam mode tak percaya…ok lupakan..walaupun masih muda..adik kita ni dah mampu menulis macam akak-akak dan abang-abang yang lain..rasa dah macam bukan blogger kecik dah..perbanyakkan artikel yer dik..mungkin adik boleh letakkan artikel seperti tips mengulangkaji pelajaran..sebab tajuk ini menjadi begitu hangat apabila tiba musim peperiksaan..manalah tau blog adik termasuk dalam enjin carian google..

Dari segi layout pula, adik Afiqah juga boleh ikut apa yang abang Kaki Wayang komen kat review blog Silent Thinker..samaada mahu menggunakan platform "Read More" ataupun menetapkan 2,3 post pada main layout..

Terima kasih join segmen abg ni yer..amacam dengan UPSR? Dapat keputusan apa? Harap-harap semuanya baik hendaknya..teruskan berblog..jangan malu-malu..sila baca review blog lain yer dik..Tahniah terpilih dan selamat datang ke Dunia Blogging..
Sila baca selanjutnyaEdisi Segmen Review! Blogger Kecik-kecik Cili Padi - Afiqah Nabilah!

Edisi Segmen Review! Dalam diam aku menulis - Silent Thinker!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum saudari Safiyah..Tahniah terpilih..apa yang saya boleh katakana di sini..wahhhh..blog anda sangat menampakkan yang anda seorang blogger wanita..dengan warna pink memang sesuai dengan jiwa wanita..pertamanya..dari segi widget..anda perlu membaca review blog-blog terdahulu agar anda tahu kenapa dan mengapa widget yang anda gunakan itu tidak sepatutnya digunakan..
Perkara paling asas yang saya perlu tegur adalah..kalau boleh tidak ada lagu dalam blog anda..kenapa? Pengunjung dan pembaca yang datang mempunyai perasaan yang berbeza-beza..tidak semua menyukai apabila mereka datang ke sesebuah blog tetiba pembacaan mereka diganggu gugat akan bunyi-bunyi lagu..sebagai contoh saya sendiri..saya tidak begitu menyukai blog yang mempunyai lagu.. 
Dari segi penulisan pula..alhamdulillah Cik ST kita ni mampu menjadi penulis yang baik..namun begitu anda perlulah mempelbagaikan judul bacaan dan memperbanyakkan artikel..sekurang-kurangnya 2-3 artikel sehari..lebih banyak lagi baik..kenapa? Agar pembaca anda tidak habis-habis akan sentiasa membaca blog anda..sebab anda mempunyai 2,3,4 artikel baru dalam sehari..dah siap baca satu artikel..dia akan terus ke artikel kedua dan seterusnya..dan sediakan button Facebook Share atau apa jua jenis perkongsian agar artikel anda dapat dikongsikan ke laman social yang lain..dengan itu, ianya akan dapat membantu capaian blog anda dengan orang dan pembaca yang lain.

Untuk menepati citarasa pembaca yang lain, anda juga harus menetapkan ruangan bacaan utama kepada 2 atau 3 post sahaja..kerana ia amat menyusahkan pembaca yang lain untuk scroll sampai ke bawah..ataupun anda boleh menggunakan platform "Read More" seandainya anda mahu juga letakkan lebih dari 5 tajuk perkara utama..penggunaan read more sangat berkesan bagi situasi ini.
Setakat itu sahaja yang boleh saya review..buang yang keruh ambil yang jernih…maafkan saya seandainya terkasar bahasa..keep blogging tau..jangan sedih-sedih dengan teguran saya ini..

Sila baca selanjutnyaEdisi Segmen Review! Dalam diam aku menulis - Silent Thinker!

Edisi Segmen Review! Aku dan Hidup - Eddy Syrol!

Oleh Kaki Wayang on


Pertamanya, tahniah kerana terpilih..saudara Eddy merupakan salah seorang blogger kreatif yang mampu menarik perhatian pembaca melalui penulisan beliau..tak hairanlah beliau pernah memenangi beberapa siri pertandingan esei anjuran Abg Eqbalzack..apa yang menarik mengenai blog beliau adalah ianya simple tetapi padat dengan isi-isi artikel yang menarik..kebanyakan artikel yang beliau utarakan adalah mengenai kehidupan, pandangan peribadi beliau dan yang paling best..kebanyakannya adalah hasil tulisan beliau sendiri..

Sebenarnya saya cuba untuk mengelak dari mengkritik kepada penggunaan widget dalam blog..tetapi nampaknya usaha itu tak berhasil..dari segi widget dalam blog ES..hampir kesemuanya tak de masalah..Cuma widget feedjit tu rasanya tak perlu sebab tak Nampak apa kesan dan kegunaannya disitu..tapi takpela..itu cumalah pandangan peribadi..mungkin beliau ada alasannya tersendiri..dan blog anda perlu susun sedikit widget-widget yang digunakan agar tidak serabut..

Selain itu, widget seperti Facebook Badge, Other Entries sebenarnya tidak begitu menonjol akan penggunaan dan fungsinya..namun itu bergantung kepada si penggunanya..dan satu lagi..saudara ES boleh mengemaskini iklan yang terdapat dalam blog agar ianya tidak terkeluar daripada margin layout blog..kerana nampak tidak berapa kemas di situ.

Sedikit cadangan, cuba untuk mempelbagaikan tajuk artikel dan judul bacaan agar ianya mampu untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pembaca..setup META CONTENT anda agar ianya mesra dengan google search tool..gunakan ruangan tag atau label dengan sebaiknya agar ianya mampu untuk dikesan google search tool..satu lagi, saya sebenarnya amat membenci Shout Mix ataupun apa jua jenis chatting tool..kenapa? sebab ia hanya mengundang kepada spam dan iklan semata-mata..orang yang datang ke blog kita hanya datang untuk memberitahu yang blog kita nice, good blog dan kemudiannya menyuruh kita ke blog dengan iklannya..kadang-kadang terdapat blogger yang menggunakan kesempatan dengan meletakkan iklan affiliate mereka di situ..

Untuk itu, saya ingin memohon maaf seandainya ada tersalah tutur bahasa..review ini adalah dari pandangan peribadi saya sendiri sahaja..mungkin ianya berbeza dengan pandangan anda.
Sila baca selanjutnyaEdisi Segmen Review! Aku dan Hidup - Eddy Syrol!

Edisi Sentap! Cantiknya blog saya..tapi..?

Oleh Kaki Wayang on

Baru kejap tadi masa nak ping kat facebook..dapat status macam ni.."Cantik tak blog saya..."..tapi kan cantik saja tidak mencukupi bilamana ianya tidak diseimbangkan dengan entri-entri yang menarik..memang menjadi salah satu perkara asas untuk menarik pengunjung dan pembaca adalah dengan adanya blog cantik..tapi bagaimana pula dengan situasi seperti ini..blog cantik dan dipenuhi dengan follower tetapi tidak mempunyai artikel dan entri-entri yang menarik?

Ingat nak berblog bukannya mudah..nak tarik pengunjung dan pembaca bukan sekadar dengan blog yang cantik dan kemas..tetapi mempunyai entri-entri yang menarik..


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Cantiknya blog saya..tapi..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...