PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Pengajaran! Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya!

Oleh Kaki Wayang on

Kubur Bercahaya

Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya. Sungguh terkesan dan tersentuh hati ini tatkala membaca kisah seorang tidak tahu baca Al-Quran tapi kuburnya bercahaya. Banyak pengajaran yang kita dapat dari kisah benar ini. Bagaimana seorang yang tidak tahu membaca ayat suci Al-Quran tetapi dimuliakan oleh Allah.

Kita hanya manusia biasa dan menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka bukanlah tugas kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan destinasi syurga atau neraka bagi seseorang. Jadi, janganlah kita menghukum seseorang itu atas kebodohan dan kejahilannya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.

3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.

12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.


13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Kisah Seorang Tidak Tahu Baca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya!

Edisi Hangat! N17 Bakal Naik Gaji dan Menerima Kenaikan Pangkat Kepada Gred Bersepadu N42 - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


TERBARU:

CUEPACS mencadangkan gred minimum N17 pembantu tadbir dikaji semula selain membuka ruang kenaikan pangkat golongan itu daripada gred maksimum N26 kepada gred bersepadu N42. Cadangan itu bagi membolehkan kenaikan kerjaya dan pangkat lebih luas kepada 80,000 pembantu tadbir yang dikelompokkan dalam kumpulan sokongan kerajaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! N17 Bakal Naik Gaji dan Menerima Kenaikan Pangkat Kepada Gred Bersepadu N42 - Ikuti Kupasannya!

Edisi Kesihatan! Ayam Goreng Punca Jerawat Menjengkelkan!

Oleh Kaki Wayang on


Ayam Goreng Punca Jerawat. Ayam goreng KFC, Ayam goreng kat McDonald, Ayam Goreng kat pasar malam. Ayam goreng Uptown. Semuanya kita suka. Tak kisah lah ayam goreng mana pun. Ayam goreng mak lagi lah kita suka. Dari yang kecik hinggalah yang dewasa, semuanya suka makan ayam goreng. Tapi tahukah anda, ayam goreng merupakan salah satu punca jerawat paling "annoying" muncul di wajah anda. Bukan jerawat je, tapi masalah berat badan dan kegemukan bakal memberi masalah kepada badan anda. Kalau gemuk comel-comel je takpe. Paling teruk kalau ada jerawat batu setompok kat pipi atau kat hidung. Perghhhhh sakitnya tuh di sini tak de sape yang tahu.


Sebenarnya bukan daging ayam yang digoreng itu adalah penyebab utama tumbuhnya jerawat di muka. Tetapi punca utamanya adalah minyak yang berlebihan dalam badan. Minyak masak yang digunakan ketika menggoreng ayam. Minyak yang terperangkap dalam makanan terutamanya ayam merupakan punca utamanya. MInyak yang kita makan itu lah yang akan menyebabkan kelenjar kulit terhalang dapada mengeluarkan sebum dari dalam kulit badan kita. Sebum ini lah yang sebenarnya mengandungi bakteria yang menyebabkan jerawat yang bukan sahaja tumbuh di muka tetapi di bahagian lain.

http://synad3.nuffnang.com.my/track/click?s=5697243f&urlid=8094252&ref=informations-the.blogspot.my&id=1148591&bid=679182&ad_type=leaderboard&goto=http%3A%2F%2Fwww.marigold.com.my%2Fuht.html

Saya suka makan ayam goreng, bagaimana nak elak jerawat?

Caranya sangat mudah. Kurangkan penggunaan minyak. Pendek kata kurangkan mengambil makanan berasaskan minyak. Bukan kata tak leh makan ayam goreng dah. Kang merajuk pula kang, ngadu kat mak. Kaki Wayang kata tak leh makan ayam goreng sebab nanti tumbuh jerawat. Kena jaga pemakanan dan sentiasa membersihkan muka. Antara lain tips yang boleh diamalkan adalah minum teh tanpa gula. Paling mujarab jika ianya dicampur dengan jus lemon segar. Bukan saja menambah kesihatan kulit malah ia juga mampu membantu mengurangkan berat badan.

Tak salah pun kalau korang suka makan ayam goreng tapi nak makan tu agak-agak lah. Biar berpada-pada. Ni tak beli kat KFC satu bucket, ngko sorang je makan. Mana tak tumbuh jerawat batu, jerawat ayam, jerawat batu bata, jerawat papan kat muka. Hikhik. Kerana apa? Kerana minyak yang tersejat dan terkumpul dalam ayam goreng menyumbang kepada pertumbuhan jerawat di muka. Selain ayam goreng, makanan lain seperti burger, sosej, dan steak daging atau ape-ape jelah masakan berasaskan minyak harus diambil dalam kuantiti yang  sedikit. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.


Sila baca selanjutnyaEdisi Kesihatan! Ayam Goreng Punca Jerawat Menjengkelkan!

Edisi Kesihatan! 3 Cara Pantas Untuk Menghilangkan Jerawat!

Oleh Kaki Wayang on


Cara hilangkan jerawat. Jerawat, jerawat, jerawat. Satu perkara yang amat menjengkelkan. Terutamanya apabila terjadi kepada anda. Kadang-kadang setompok kat pipi. Setompok kat hidung, bertompok-tompok kat dahi dan dagu. Paling "annoying" bila jerawat dalam lubang hidung. Muka comel, cantik dan ensem tapi ada jerawat. Boleh mendatangkan kemarahan yang sangat-sangat super.
Namun begitu, anda sudah seharusnya tidak lagi perlu risau dengan kehadiran jerawat di muka anda. Hanya perlu melakukan 3 tips ini sudah pastinya dapat mencegah jerawat dari muncul dan timbul di muka anda.

http://synad3.nuffnang.com.my/track/click?s=5697243f&urlid=8094252&ref=informations-the.blogspot.my&id=1148591&bid=679182&ad_type=leaderboard&goto=http%3A%2F%2Fwww.marigold.com.my%2Fuht.html

1. Penghidratan Kulit

Penghidratan kulit merupakan salah satu cara yang amat penting dan berkesan. Caranya mudah je, anda hanya perlu meminum banyak air kosong untuk menghidrasi kulit.
2. Penggunaan Minyak

Penggunaan minyak secara rutin dan konsisten juga pastinya akan dapat membantu mengurangkan jerawat. Antara minyak yang boleh digunakan adalah seperti minyak kelapa atau zaitun. Jangan pula guna minyak petrol atau minyak masak yer. Huhu.

3. Exfoliation 

Cara ini biasanya digunakan oleh sang wanita. Sesekali manjakan diri, hargai diri dan wajah dengan mengunjungi klinik kecantikan untuk melakukan rawatan exfolition. Rawatan tersebut akan membantu anda untuk membuang sel-sel mati di wajah anda.
Sila baca selanjutnyaEdisi Kesihatan! 3 Cara Pantas Untuk Menghilangkan Jerawat!

Edisi Tips! Hilang 18Kg Dengan Hanya Diet Air Kosong dan Pisang - Serius Berjaya!

Oleh Kaki Wayang on


Hilang 18Kg Dengan Hanya Diet Air Kosong dan Pisang. Badan kurus dan sihat menjadi idaman bagi semua orang. Tak kira lelaki mahupun wanita. Pelbagai cara dan tips telah dicuba. Namun kesan dan hasilnya agak mendukacitakan. Ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu dan ada juga yang sanggup ke gimnasium setiap hari untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Begitulah lumrah manusia apabila sudah mula dikategorikan sebagai gemuk atau berat badan naik atau berat badan berlebihan (tak sesuai dengan ketinggian).

Kadang-kadang ada yang gunakan produk ini, produk itu, cucuk tang sini, cucuk tang situ. Puh kanan, puh kiri. Akhirnya tak jadi apa. Namun begitu, ramai juga yang berjaya menurunkan berat badan mereka. Tapi tahukah anda, seorang lelaki di Jepun, Hitoshi Watanabe berumur 31 tahun akhirnya berjaya menurunkan 18kg berat badan selepas menerima dan mengikut tips yang diberikan oleh isterinya.

Apa yang Hitoshi Watanabe ini buat adalah dengan hanya mengamalkan minum air kosong dan makan pisang sahaja. Selepas berjaya dalam dietnya, beliau mula menulis dan menceritakan pengalamannya dan kini menjadi bualan dan viral di Jepun. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya memakan pisang dan minum air kosong untuk sarapan pagi. Pisang haruslah yang segar dan tidak terlalu matang (tidak terlalu masak). Untuk makan tengahari pula, boleh lah mengambil menu biasa anda. Biarlah menu anda itu seimbang dan berkhasiat. Untuk makan malam pula, pastikan makan sebelum atau pada pukul 6. Paling lewat pun pukul 7. Kalau tengah malam dah lapar semula. Makan buah-buahan atau yogurt sahaja. Jangan nak bedal nasi pula. Tak jadi lah diet macam tu.
 
Tapi kalau makan pisang dan air kosong setiap masa tak tau lah macam mana kan. Tak taulah perut dan badan boleh terima ke tak. Tapi diet Hitoshi Watanabe ni memang boleh diketengahkan ni. Hasilnya memang gempak dan serius aku pun nak buat dan amalkan juga. 18 kilogram tuuuuuu. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Hilang 18Kg Dengan Hanya Diet Air Kosong dan Pisang - Serius Berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...