Betol-betol Hangat! Kisah Malam Pertama: Jangan Sentuuh Saya!

Oleh Kaki Wayang on

SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka. 

“Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!” Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu. Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.


“Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai,” katanya.

Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.

Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.

P/s: Sadisnya kisah malam pertama kalau macam ni..hahahaha..tapi kan..sampai keluar paper pulak tu..patowt tak? hal-hal rumahtangga seperti ini dikeluarkan dalam surat khabar..memang panas betol Harian Metro ni kan..yelaaa nak jadi paper No. 1 negara lah katakan..kenelah wat citer-citer hot..

Sumber: HARIAN METRO

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...