PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ally Iskandar dan Farah Lee sudah berkahwin. Show all posts
Showing posts with label Ally Iskandar dan Farah Lee sudah berkahwin. Show all posts

Edisi Hangat! Nur Aisyah Zainal, Bekas Tunang Allay Iskandar Masih Ingatkan Ally Iskandar!

Oleh Kaki Wayang on


Sebenarnya telah ramai yang mengetahui bahawa Ally Iskandar telah berkahwin dengan Farah Lee. Sebelum berkahwin dengan isterinya itu, Ally dahulunya telah bertunang dengan seorang gadis bernama Nur Aisyah Zainal. Namun, ikatan pertunangan Aisyah dan Ally berakhir dengan perpisahan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Nur Aisyah Zainal, Bekas Tunang Allay Iskandar Masih Ingatkan Ally Iskandar!

Edisi Hangat! Gambar Sempoi Farah Lee dan Ally Iskandar!

Oleh Kaki Wayang on




Tahniah atas perkahwinan yang gilang gemilang ini..perkahwinan mereka agak sempoi..tengoklah gambar mereka..terutama Ally Iskandar..siap sinsing baju lagi walaupun bergambar untuk tatapan media..paling best mereka tak pernah lari dari senyuman yang manis..dan senyuman Farah Lee memang manis kan..

Tahniah semoga sampai ke akhir hayat..semoga sampai ke anak cucu..amin..walau apapun tahniah sekali lagi..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Sempoi Farah Lee dan Ally Iskandar!

Edisi Hangat! Saya Terima Abang Ally Sebab Dia Matang - Farah Lee!

Oleh Kaki Wayang on



“Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka,” kata Nurfarahin Romli, 23, bakal isteri pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36.

Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.

“Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

“Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Saya Terima Abang Ally Sebab Dia Matang - Farah Lee!

Edisi Hangat! Saya Suka Farah Lee sebab dia bertudung!

Oleh Kaki Wayang on

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.

“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Saya Suka Farah Lee sebab dia bertudung!

Edisi Hangat! Ally Iskandar Sahut Cabaran Farah Lee!

Oleh Kaki Wayang on

PERANCANGAN pengacara popular TV3, Ally Iskandar untuk memasuki gerbang perkahwinan bersama seorang gadis Terengganu, Farah Lee, 22, yang masih menuntut di Korea Selatan menjadi berita sensasi sejak dua minggu lalu.


Beberapa keping gambar Ally bersama Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mula menjadi tatapan pengguna Internet sekali gus membuatkan Ally tampil membuka cerita. Dia akhirnya mengaku akan bernikah pada 20 Januari nanti, sebagai mana yang digembar-gemburkan dalam portal-portal hiburan.
Kepada Sensasi Bintang, Ally mengulas lanjut, katanya: "Ada beberapa fakta yang dikeluarkan dalam Internet tentang perkahwinan saya nanti tidak begitu tepat. Pertamanya, majlis pernikahan saya tidak akan berlangsung di rumah keluarga bakal isteri saya, di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

"Kami sudah ada lokasi lain, tapi biarlah buat masa ini tidak begitu dihebahkan. Lagipun ia dibuat secara sederhana dan hanya kenalan serta keluarga terdekat sahaja akan dijemput. Lagi satu, memanglah keluarga saya berasal dari Terengganu, tapi saya tidak dilahirkan di sana sebagai mana yang ditulis oleh satu portal hiburan, sebaliknya di Kuala Lumpur," katanya dalam nada mesra.

Berkongsi debar bergelar suami tatkala usia genap 36 tahun, Jumaat lalu, Ally mengucap syukur kerana Allah menemukannya dengan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap hidupnya.

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?

ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.

Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?

Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.

Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?

Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?

Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.

Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?

Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.

Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?

Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.

Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?

Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ally Iskandar Sahut Cabaran Farah Lee!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...