PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Dirang. Show all posts
Showing posts with label Dirang. Show all posts

Edisi Terkini! Susulan Kisah Penculik Dirang - Ugut Ibu Dirang Ajak Berperang!

Oleh Kaki Wayang on


Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.

Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Susulan Kisah Penculik Dirang - Ugut Ibu Dirang Ajak Berperang!

Edisi Terkini! Tergamak Bakar Cucuku - Susulan Kes Bunuh Dirang!

Oleh Kaki Wayang on

NENEK mangsa, Minar Jul ditenangkan ahli keluarga sebaik melihat tempat mayat Nurul Nadirah Abdullah dibakar di kawasan perumahan terbangkalai di Nusa Damai Masai, Johor Bahru, semalam. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin 

“Kenapa cucu saya dibakar dan diperlakukan sekejam ini,” rintih Milnah Jul, 52, nenek Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang dibunuh dan dibakar ketika melawat tempat kejadian di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, semalam.

Milnah terduduk dan terus menangis di tepi lubang sedalam satu meter yang mempunyai kesan hitam pada tepi dinding yang digali itu. 
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tergamak Bakar Cucuku - Susulan Kes Bunuh Dirang!

Edisi Terkini! Apa Salah Dirang Diperlaku Kejam, Siapa Pembunuh Dirang? - Kupasannya Di Sini!

Oleh Kaki Wayang on


Sedih mengenangkan apabila membaca kisah ini..Ikuti kisahnya..

“Saya tidak akan maafkan pembunuh Dirang yang kejam itu. Apa salah anak saya hingga dia diperlakukan sedemikian rupa, saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jika mahu wang, saya tidak punyai duit untuk bayar mereka,” luah ibu Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn Alan.

Roselyn, 25, yang ditemui di rumahnya di Flet Sri Delima di sini, berkata beliau reda dengan pemergian anaknya dan menerima kenyataan rangka manusia yang ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, 8 Mac lalu adalah Dirang berdasarkan ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Apa Salah Dirang Diperlaku Kejam, Siapa Pembunuh Dirang? - Kupasannya Di Sini!

Edisi Terkini! Akhirnya Jenazah Dirang Selamat Dikebumikan - Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, 5, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, di sini kira-kira 1.30 tengah hari ini.

Keadaan hujan renyai-renyai dengan cuaca mendung mengiringi pengebumian kanak-kanak itu, seolah-olah turut sama menangisi pemergian Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh manusia berhati haiwan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Akhirnya Jenazah Dirang Selamat Dikebumikan - Al-Fatihah!

Edisi Terkini! Suspek Kes Bunuh Dirang Diberi Peluang Melihat Jenazah Dirang Buat Kali Terakhir!

Oleh Kaki Wayang on

Salah seorang suspek yang dipercayai bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk melihat jenazah anaknya itu.

Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an, dilihat memakai pakaian lokap dan bergari, tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi ini dengan diiringi tiga anggota polis.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Suspek Kes Bunuh Dirang Diberi Peluang Melihat Jenazah Dirang Buat Kali Terakhir!

Edisi Terkini! Penculik Dihina, Dipandang Rendah Menjadi Punca Dia Membakar Dirang - Ikuti Pengakuan Penculik!

Oleh Kaki Wayang on


Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Penculik Dihina, Dipandang Rendah Menjadi Punca Dia Membakar Dirang - Ikuti Pengakuan Penculik!

Edisi Terkini! Pembunuh Dirang Kini Dikenal Pasti!

Oleh Kaki Wayang on


Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pembunuh Dirang Kini Dikenal Pasti!

Edisi Terkini! Susulan Kes Dirang Dibunuh, Dirang Dibunuh Pada Hari Hilang - Kronologi Pembunuhan!

Oleh Kaki Wayang on


Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Susulan Kes Dirang Dibunuh, Dirang Dibunuh Pada Hari Hilang - Kronologi Pembunuhan!

Edisi Terkini! Dendam Peribadi Motif Dirang Dibunuh Dan Dibakar!

Oleh Kaki Wayang on

Bakri Zinin 01

Polis dalam siasatan awal mereka tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang menjadi punca kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 6 petang ini berkata, siasatan sedang dilakukan dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak itu dapat dikenalpasti.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Dendam Peribadi Motif Dirang Dibunuh Dan Dibakar!

Edisi Terkini! Pendedahan Eksklusif SMS Ugutan dan Nombor Telefon Penculik Dirang - Susulan Kes Dirang Dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on


Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk “mencekup” seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini. Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam. Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pendedahan Eksklusif SMS Ugutan dan Nombor Telefon Penculik Dirang - Susulan Kes Dirang Dibunuh!

Edisi Sedih! Lagi Gambar Tempat Dirang Dibakar!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Sedih! Lagi Gambar Tempat Dirang Dibakar!

Edisi Terkini! Gambar Tempat Dirang Dibakar - Serius Sedih!

Oleh Kaki Wayang on

Gambar tempat dimana Dirang dibakar

Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Tempat Dirang Dibakar - Serius Sedih!

Edisi Sedih! Ibu Nurin Jazlin sedih nasib Dirang!

Oleh Kaki Wayang on


"Ya ALLAH... mengapa ini perlu berulang lagi? "Bulu roma saya meremang selepas mengetahui nasib Dirang. Air mata saya mengalir laju membasah pipi. Saya seperti nampak Nurin Jazlin Jazimin. Seperti sama-sama menangis mendengar bencana yang menimpa Dirang pula.

"Di hadapan mata, saya seperti sedang ditayangkan peristiwa menimpa anak saya lebih empat tahun lalu." Itulah yang diluahkan Norazian Bistaman, 40, ibu Nurin Jazlin, kanak-kanak yang dibunuh kejam pada September 2007 lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sedih! Ibu Nurin Jazlin sedih nasib Dirang!

Edisi Terkini! Kronologi Kes Kematian Dirang, Tiga Individu Kini Ditahan - Ikuti Kupasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on


Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kronologi Kes Kematian Dirang, Tiga Individu Kini Ditahan - Ikuti Kupasan Penuh!

Edisi Terkini! Susulan Kisah Dirang - Bapa Kandung Ditahan Untuk Membantu Siasatan - Ikuti Kupasannya Di Sini!!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam di sini Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang merupakan bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Susulan Kisah Dirang - Bapa Kandung Ditahan Untuk Membantu Siasatan - Ikuti Kupasannya Di Sini!!

Edisi Terkini! Ibu Bermain Facebook, Dendam, Tiada Pengawasan Punca Dirang Dibunuh? - Ikuti Kupasannya Di Sini!

Oleh Kaki Wayang on

Pelbagai andaian dilakukan segelintir masyarakat terhadap punca kematian Adik Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang. Ada jugak status facebook yang disebarkan , menyatakan ibu kanak kanak malang tersebut sedang leka bermain facebook dan membiarkan anak yang cuma berusia 5 tahun keluar bersendirian membeli mee segera yang diminta  tanpa pengawasan dan menyebabkan masyarakat prihatin berang dengan tindakan ibu tersebut. Tetapi tidak dipastikan kesahihan dan kebenaran berita tersebut.

Kadang-kadang penyebab yang remeh-temeh sahaja pun mampu untuk meninggalkan kesan yang mendalam. Sekiranya perkara itu betul (Ibu bermain Facebook), rasanya perkara itu sangat tidak wajar dilakukan oleh seorang ibu. Tapi itu hanyalah khabar angina yang tidak dapat diputuskan kesahihannya.

Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya tidak perlu dipanjangkan atau dibahaskan pada ketika ini atas sebab-sebab tertentu.

Dan dalam berita yang dilaporkan akhbar:
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ibu Bermain Facebook, Dendam, Tiada Pengawasan Punca Dirang Dibunuh? - Ikuti Kupasannya Di Sini!

Edisi Terkini! Tidak Sangka Hari Ini Kami Menerima Berita Menyedihkan - Susulan Kisah Dirang, Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


“Kenapa kasi mati anak aku.” Itu reaksi Roselyn Alan, 25, selepas menerima panggilan telefon daripada polis yang mengesahkan rangka yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu, adalah mayat anaknya, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.

Difahamkan, Roselyn menerima panggilan telefon itu pada jam 6.40 petang sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Milnah Jul, 56, yang baru pulang selepas keluar mencari Dirang di kawasan berhampiran.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tidak Sangka Hari Ini Kami Menerima Berita Menyedihkan - Susulan Kisah Dirang, Al-Fatihah!

Edisi Terkini! DNA Mayat Rentung Sepadan Ibu, Dirang Dibakar - Serius Sadis!

Oleh Kaki Wayang on

PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.

Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! DNA Mayat Rentung Sepadan Ibu, Dirang Dibakar - Serius Sadis!

Edisi Terkini! Rangka Manusia Rentung Disahkan Nurul Nadirah atau Dirang - Serius Sedih!

Oleh Kaki Wayang on

Nurul Nadirah Abdullah atau panggilan manjanya Dirang.
Nurul Nadirah Abdullah atau panggilan manjanya Dirang.

Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Rangka Manusia Rentung Disahkan Nurul Nadirah atau Dirang - Serius Sedih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...