“Saya tidak akan maafkan pembunuh Dirang yang kejam itu. Apa salah
anak saya hingga dia diperlakukan sedemikian rupa, saya tidak pernah
bermusuh dengan sesiapa, jika mahu wang, saya tidak punyai duit untuk
bayar mereka,” luah ibu Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn Alan.
Roselyn, 25, yang ditemui di rumahnya di Flet Sri Delima di sini, berkata beliau reda dengan pemergian anaknya dan menerima kenyataan rangka manusia yang ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, 8 Mac lalu adalah Dirang berdasarkan ujian DNA yang dijalankan Jabatan Kimia.

“Ya itu (rangka mayat) milik Dirang dan saya harap orang yang lakukan
perbuatan kejam terhadap anak saya akan mendapat balasan yang sama.
Saya tidak tahu kenapa mereka lakukan perkara ini. Saya harap orang yang
melakukan perkara ini dapat dihukum seperti mana kesakitan yang dirasai
anak saya.
“Saya seperti dapat merasakan kesakitan yang dialami Dirang dan
perbuatan kejam tidak berperikemanusiaan ini tidak patut dilakukan
terhadap kanak-kanak sekecil Dirang, “ katanya.
Roselyn berkata, beliau masih terkenang ketika sehari sebelum anaknya hilang, Dirang hanya makan sebungkus roti dan air kotak dan sikapnya riang seperti biasa.
“Malah ketika beliau bangun tidur kira-kira jam 11 pagi pada hari kehilangannya, Dirang bertanyakan sama ada saya sayang padanya dan saya menjawab sayang. Dirang kemudian memberitahu lapar sebelum ke kedai untuk membeli mi segera dan telur. Malah selepas saya menyerahkan wang RM4, dia terus memeluk dan mencium saya.
“Sebelum ini, Dirang pernah meminta saya membelikannya buku tulis kerana dia suka melukis, Dirang menyimpan impian untuk menjadi doktor tetapi saya tidak sempat memenuhi permintaannya,” katanya.