Edisi Terkini! Penjual Kain Didakwa Cabul Jurujual!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang penjual kain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang jurujual, tiga bulan lalu.

Zakeria Kader, 50, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 25 tahun itu di hadapan kaunter pembayaran The Beach Club Cafe, 97 Jalan P Ramlee di sini pada jam 11.55 malam, 24 Disember lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun peguam M Mathavan yang mewakili Zakeria memohon jaminan dikurangkan.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar membenarkan Zakeria diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...