Pelbagai andaian dilakukan segelintir masyarakat
terhadap punca kematian Adik Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai
Dirang. Ada jugak status facebook yang disebarkan , menyatakan ibu kanak kanak
malang tersebut sedang leka bermain facebook dan membiarkan anak yang cuma
berusia 5 tahun keluar bersendirian membeli mee segera yang diminta tanpa
pengawasan dan menyebabkan masyarakat prihatin berang dengan tindakan ibu
tersebut. Tetapi tidak dipastikan kesahihan dan kebenaran berita tersebut.
Kadang-kadang penyebab yang remeh-temeh sahaja
pun mampu untuk meninggalkan kesan yang mendalam. Sekiranya perkara itu betul
(Ibu bermain Facebook), rasanya perkara itu sangat tidak wajar dilakukan oleh
seorang ibu. Tapi itu hanyalah khabar angina yang tidak dapat diputuskan
kesahihannya.
Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya tidak
perlu dipanjangkan atau dibahaskan pada ketika ini atas sebab-sebab tertentu.
Dan dalam
berita yang dilaporkan akhbar:
Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Pernah atau
boleh tak anda bayangkan anak kecil seperti Dirang yang begitu teringin untuk
menjama Mee Segera tetapi anak kecil itu disuruh sendiri untuk ke kedai
membelinya. Kemudian dalam perjalanan pulang, anak kecil ini dibunuh dengan kejam
dan dibakar atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung
tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia bertopengkan syaitan.
Ada yang
mengatakan bahawa Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun
tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Jika benar dakwaan ini, mungkin
seharusnya ibu bapa Dirang perlu diambil tindakan kerana cuai dalam penjagaan
anak. Mungkin ada yang mengatakan “Ini semua kerja penjenayah” atau “Kadar
jenayah di Malaysia memang tinggi” . Tapi kita kena tengok balik pada punca
asal benda benda macam ni terjadi. Takkan la penjenayah tu nak menculik kalau
ibu bapa ada di sekeliling kanak kanak tu kan? Mencegah lebih baik dari
mengubati. Cegahlah dari awal.
Ambil
precaution terbaik untuk melindungi anak anak anda tak kira apa sekalipun. Anak
anak kecil tak tahu apa apa. Kalau dihulurkan sebiji gula gula pun, boleh
diikut orang yang tak dikenali. So sebagai yang dewasa, yang berfikiran , yang
cerdik pandai, kitalah berperanan dan bertanggungjawab melindungi. Tak
terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri.
Diolah dari cerita dan sumber sebenar: http://hazrilhafiz.blogspot.com