PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Terkini. Show all posts
Showing posts with label Edisi Terkini. Show all posts

Edisi Terkini! Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

Oleh Kaki Wayang on



Alhamdulillah. Tanggal 4 Januari 2016 menjadikan satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam dan pesara kerajaan. Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bayaran khas, masing-masing sebanyak RM500 dan RM250. 



Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini, bayaran itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak. Ia termasuk pegawai lantikan sementara, perkhidmatan dalam kontrak, guru interim dan pegawai sambilan harian (PSH), tertakluk kepada syarat. 

Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian RM500 tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari.

Artikel berkaitan dengan Gaji Baru Penjawat Awam:


PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

Edisi Terkini! Diskaun 50% Tambang KTM Dengan KTM i-Card Dan Cara Memohon Kad KTM i-Card!

Oleh Kaki Wayang on


Diskaun 50% Tambang KTM Buat Pelajar

Diskaun KTM Buat Pelajar Kolej dan Universiti. Tahun 2016 bakal memperlihatkan kenaikan harga pelbagai barang mahupun perkhidmatan. Bukan itu sahaja malah kenaikan tambang pengangkutan awam juga bakal dilaksanakan. Namun begitu, dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran pada ketika ini, para pelajar kolej atau universiti bakal menikmati tambang diskaun sebanyak 50% dengan hanya menunjukkan kad diskaun KTMB-i Card di kaunter berkuatkuasa mulai 7 Januari 2016.Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTM i-Card Student. Ini adalah sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian.



Syarat Permohononan KTM i-Card
  1. Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia.
  2. Terbuka untuk semua warga negara.
  3. Yuran tahunan RM30.00.
  4. Surat pengesahan pelajar Kolej/ Universiti mesti disertakan.
  5. Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian. 
Cara Memohon KTM i-Card
  1. Pemohon mesti mengisi Borang
  2. Permohonan KTM i-Card.
  3. Sertakan bersama surat pengesahan Kolej/ Universiti.Yuran dibayar secara tunai.
  4. Proses permohon boleh dilakukan di kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral.
  5. Operasi kaunter adalah dari hari Isnin – Jumaat .
  6. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 0800 sehingga 2030.
  7. Borang permohonan dan surat pengesahan pelajar/borang boleh dimuat naik di www.ktmb.com.my atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Diskaun 50% Tambang KTM Dengan KTM i-Card Dan Cara Memohon Kad KTM i-Card!

Edisi Terkini! Senarai Carian Popular Google Mengikut Kategori 2015!

Oleh Kaki Wayang on

Senarai Carian Popular Google 2015. Tahun 2015 menukilkan pelbagai cerita perit, sedih, gembira dan macam-macam lagi. Bulan Disember sudah tiba, ini bermakna tahun 2015 kini sudah sampai ke penghujungnya. Kini Google, sebuah syarikat yang terkenal di dunia baru sahaja mengeluarkan Senarai Carian Popular Google 2015 mengikut kategori.


HRMIS Mendominasi Enjin Carian Google 2015

Anda pasti terkejut apabila HRMIS merupakan kata kunci paling popular dalam enjin carian Google buat tahun 2015. Ianya kemudian diikuti rapat oleh kata kunci BRIM 2015, How-Old.net, Maharaja Lawak Mega dan juga Fast & Furious 7.




Skandal Najib Razak dan 1MDB Antara Paling Popular

Tahun 2015 merekodkan pelbagai kontroversi berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia. Skandal berkaitan 1MDB, duit derma 2.6b dan perbalahan politik antara beliau dengan Tun Mahathir Mohamad meletakkan kata kunci Najib Razak berada di tangga ketiga selepas Lee Kuan Yew dan Paul Walker.

Nasib baik nama The Kaki Wayang tak tersenarai dalam senarai popular. Kalau tak habis blog kena serbu. Hehehehe. Bertuah lah nak tersenarai dalam senarai carian popular. Abam Najib Razak pun tangga ketiga walaupun terpalit kontroversi terhangat di dunia. Kaki Wayang tak terpalit mana-mana. Of kos lah tak tersenarai.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Senarai Carian Popular Google Mengikut Kategori 2015!

Edisi Terkini! Tarikh Bayaran BR1M 2016 Mengikut Kategori!

Oleh Kaki Wayang on

Bayaran BR1M Dinaikkan

Tarikh Bayaran BR1M 2016. Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet 2016 yang baru lalu, jumlah BR1M telah dinaikkan bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi khususnya di Malaysia.
Borang Pendaftaran Percuma dan Permohonan Baru Dibuka

Borang pendaftaran telah diedarkan secara percuma bermula 5 Disember lalu. Namun begitu, bagi mereka yang telah memohon sejak permohonan pertam lagi, anda hanya perlu mengemaskini butiran diri anda melalui Portal Rasmi BR1M.

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh bayaran BR1M 2016 adalah seperti dalam gambar di bawah mengikut kepada kategori pendapatan isi rumah. Pembayaran pertama BR1M 2016 adalah pada 28 Januari 2016 bagi semua kategori.

Berikut merupakan kategori-kategori tersebut:-
  • e-Kasih berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.
  • Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.


Untung lah kan bujang pun dapat. Siapa lah tu yang bujang kan? Kena kahwin cepat-cepat, boleh dapat BR1M banyak-banyak. Hehehehe.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tarikh Bayaran BR1M 2016 Mengikut Kategori!

Edisi Terkini! Video Rumah Arwah Pak Yus Kini Viral Di Media, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Oleh Kaki Wayang on


Pak Yus Dalam Kenangan

Kehilangan seorang lagi permata hiburan tanahair menyebabkan namanya kini menjadi sebutan. Pelbagai kebaikan dikongsikan oleh rakan, sahabat mahupun orang yang tidak mengenali arwah menceritakan kebaikan yang dilakukan oleh arwah Pak Yus.

Ramai Yang Tidak Tahu Kehidupan Pak Yus

Perginya seorang seniman, seorang sahabat, saudara seIslam dan pejuang dalam kariernya menyebabkan ramai yang ingin mengenali arwah dengan lebih dekat. Sehinggalah video pendek arwah ketika menjadi peserta final Raja Lawak tiba-tiba menjadi viral di media sosial.
Tetiba Mata Masuk Habuk

Dalam video berkenaan Pak Yus menceritakan semula kehidupan beliau sebelum bergelar artis. Kemudiannya arwah menunjukkan rumah yang didiami bersama ibunya di sebuah kampung bernama Kampung Nesam, Perlis. Terasa akan kepayahan arwah suatu ketika dahulu.


Al-Fatihah buat arwah Pak Yus





Lihat Video Di Sini
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Video Rumah Arwah Pak Yus Kini Viral Di Media, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Edisi Terkini! Ikuti Koleksi Luahan Sayu Sahabat dan Rakan Artis Terhadap Arwah Pak Yus!

Oleh Kaki Wayang on

Nampaknya kisah kehilangan seorang seniman seperti arwah Pak Yus semakin meniti dibibir rakyat Malaysia. Semuanya menceritakan mengenai kebaikan yang ada pada arwah Pak Yus. Alhamdulillah semuanya yang baik. Semoga dengan kebaikan yang arwah berikan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak. Hanya Allah SWT yang tahu segala-galanya.

Pemergian pelawak terkenal tanah air, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, ke rahmatullah kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu, benar-benar mengejutkan dunia seni tempatan.

Baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Dataran Merdeka lewat Ahad lalu, Yus difahamkan mengalami sesak nafas ketika dalam perjalanan pulang dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, anak jati Perlis itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan dan dipercayai akibat serangan sakit jantung.
 
Seluruh rakan-rakan menyatakan betapa istimewa insan bergelar Pak Yus ini, kerana sering hadir dengan lawak dan jenaka, bagi menghiburkan manusia lain.

Meskipun dirinya sarat dengan penderitaan, hidup dalam kesusahan dan hampir terpinggir dan dilupakan, dalam waktu yang sama, dia masih boleh terus menghiburkan orang lain.

Demikianlah kehebatan seorang seniman yang bukan sahaja menjadikan lawak jenaka sebagai sumber pencarian, sebaliknya wadah menghiburkan hati mereka yang sedang kesedihan.

Jenazah allahyarham telah dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman, di Perlis selepas solat Asar pada Isnin lalu.

Ekoran perginya seorang lagi bintang yang bakatnya mula digilap menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan (2001) dan merupakan juara sulung Raja Lawak (2007), rata-rata selebriti tempatan menzahirkan rasa hiba mereka di laman sosial sebagai penghormatan terakhir buat Yus.

Ternyata, kehilangan Yus dirasakan begitu mendalam kerana kejujurannya selaku anak seni, menghiburkan sesiapa jua yang berada di sisinya dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan.

Ikuti koleksi luahan hati sahabat dan rakan-rakan artis terhadap arwah Pak Yus.



Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Ikuti Koleksi Luahan Sayu Sahabat dan Rakan Artis Terhadap Arwah Pak Yus!

Edisi Terkini! Kini Rakan Raja Lawak Dedah Sikap Baik Arwah Pak Yus, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas pengakuan seorang wanita akan kebaikan yang pernah dilakukan oleh arwah Pak Yus, kini seorang sahabat Raja Lawak, Ilham Tuah  pula berkongsi kebaikan arwah Pak Yus.Ikuti kisahnya. 

Selama saya dalam kesempitan wang, insan inilah yang datang menghulurkan bantuan. 

"Nah! Ambillah duit ini. Kalau tak ada duit nak hidup, habaq kat aku jangan habaq kat orang lain. Kita geng utara, jangan buat malu kat orang," katanya sambil ketawa.

Di kemudian hari, bila saya nak memulangkan kembali duit yang dipinjamkan, inilah kata-kata arwah:

"Aku tak mahu. Daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim tak pun pergi belanja kawan-kawan. Ramai lagi yang perlukan duit itu," katanya.

"Mulianya hati kamu,"


Ketika mana saya berasa bosan, insan inilah yang akan mengajak lepak bermain PS4 FIFA di rumahnya. Manchester City adalah pasukan kegemaran dia. Sebelum game bermula, dia akan siap berpakaian jersi dan kasut bola, semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak ketawa. 


"Riangnya kamu."

Ketika berada di kampung, insan inilah yang akan call atau WhatsApp ajak main Futsal dan bola sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua guna duit poket dia. Selesai bermain, insan inilah yang akan belanja satu pasukan. Kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu. 

Apabila Raja Lawak United ditubuhkan, insan inilah yang sponsor kami jersi dan bola. Dalam padang, dialah kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pada pesanan insan ini kepada saya,

"Bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan sombong," katanya.

Tetapi apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah meminta saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan tetapi tidak sempat untuk proses rakaman. Katanya, "Aku nak lagu ini, aku nak rap duo dengan Waris,". Tersenyum saya pada ketika itu. 

Saya terkilan, tak sempat membalas segala jasa baik arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa. 

Jam 1 pagi, saya mendapat tahu berita pemergiannya, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya terus ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat juga. Saya kapankan arwah, saya solatkan arwah, saya usungkan jenazah arwah. Sempat juga saya kucup dahi arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum. 

Jika benar di dahinya tertera kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah bahawa dia bukan biasa-biasa. Saya beritahu ini bukan bertujuan untuk riak atau sebagainya tetapi hanya untuk khabarkan. Tiada apa lagi yang mampu saya balas jasa baik arwah melainkan iringan dan kiriman doa.

Saham akhirat insan ini sebagai salah seorang penyumbang kepada sebuah sekolah agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar. 

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih di atas ilmu dan nasihat dari kamu. Al-fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah. - Ilham Tuah Raja Lawak
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kini Rakan Raja Lawak Dedah Sikap Baik Arwah Pak Yus, Tetiba Mata Masuk Habuk!

Edisi Terkini! Wanita Ini Dedah Sikap dan Kebaikan Arwah Pak Yus, Ini Buktinya!

Oleh Kaki Wayang on

Kebaikan Tak Datang Bergolek

Kejayaan tak datang bergolek. Kejayaan akan lebih bermakna dengan usaha sendiri. Begitulah yang boleh di simpulkan dengan kejayaan arwah Pak Yus (Jambu). Al-Fatihah.

Manusia Mati Meninggalkan Nama

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah yang terjadi kepada arwah. Walaupun ada beberapa pihak yang kurang sensitif akan pemergian arwah namun terdapat juga beberapa rakan dan yang mengenali arwah tampil dan berkongsi akan kebaikan arwah Pak Yus semasa hidupnya.

Sebagai peminat lawak, Kaki Wayang sebenarnya masih lagi terasa akan pemergian yang tidak di sangka-sangka ini. Walau apa pun Allah SWT lebih menyayangi arwah. Sesungguhnya "dari Dia kita datang, dari Dia jua kita akan kembali".


Kebaikan Arwah Pak Yus

Kali ini seorang daripada kenalan arwah menceritakan pengalaman dan kebaikan yang arwah pernah lakukan sepanjang perkenalan mereka. 

Selepas kejayaan beliau, kami hanya berhubung melalui panggilan telefon, SMS dan kemudiannya WhatsApp, terkadang ada rezeki, kami bertemu di majlis dan acara pentas di mana-mana.

Sekadar berkongsi kebaikan beliau; sewaktu saya memerlukan job lakonan yang tidak menentu pada tahun lepas, saya menghantar mesej kepada rakan-rakan artis dan production manager serta pengarah melalui WhatsApp. Dari beratus yang saya tanya khabar seandainya ada watak yang sesuai, hanya dua tiga rakan yang respon. Selalunya begitulah. Yang dua tiga orang reply ‘InshaAllah’ sahaja tetapi tiba-tiba Yus reply dengan cara lain.


Rasanya bukan ini sahaja kebaikan yang pernah dilakukan oleh arwah tetapi banyak lagi. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikannya. Smoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: OhBulan
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Wanita Ini Dedah Sikap dan Kebaikan Arwah Pak Yus, Ini Buktinya!

Edisi Terkini! Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015!

Oleh Kaki Wayang on


Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015. Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Kaki Wayang (tapi tak de review movie pun). Mungkin dah agak terlambat untuk kongsikan mengenai harga terkini petrol dan diesel bagi bulan Disember, tapi terasa nak kongsikan juga. Yela kan blog pelbagai informasi.

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Turun

Alhamdulillah bagi bulan Disember harga petrol jenis RON95 turun RM.010 menjadikannya RM1.95 sebagai harga terkini minyak di Malaysia. Kalau dulu bila minyak naik je, malam sebelum kenaikan itu, banyak kereta akan beratur kat stesen minyak. Macam lah esok-esok dia tak kena isi minyak juga. Tapi sekarang budaya kebiasaan pemandu seperti itu sudah tidak kelihatan lagi. Macam dah lali dah dengan perubahan harga minyak di Malaysia. 

Harga Minyak Turun, Harga Barang Kekal

Sekarang saya dah guna dua kereta, agak terasa dan memang terasa juga sebenarnya dengan penggunaan minyak ni. Kalau boleh nak turun lagi. RM1.50 ke. Kan bagus macam tu. Macam sekarang purata harga minyak RM2.00, agak terbeban juga sebenarnya. Bukan sekadar itu, harga barang juga naik. Tapi bila harga minyak turun tak de pula harga barang tu nak turun. Okeh lah banyak pula KW ni membebel.

Berikut merupakan harga petrol dan diesel untuk bulan Disember 2015:

Harga Petrol RON 95: RM1.95
Harga Petrol RON 97: RM2.45 (Termasuk 6% GST)
Harga Diesel: RM1.90
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Harga Terkini Petrol RON95, RON97 dan Diesel Bagi Bulan Disember 2015!

Edisi Terkini! Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


Juara Raja Lawak Musim Pertama

SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya.
Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk…

Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih… Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.

Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater, katanya. Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.

Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.

Tumpang Makan Di Rumah Jiran

Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan…

Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain, katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah, katanya.

Pernah Hidup Merempat, Mula Dikesan Mempunyai Masalah Jantung

Sebelum ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya, kata Yus.

Al-Fatihah buat arwah Pak Yus.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!

Edisi Terkini! Video Suasana Pengebumian Arwah Pak Yus Jambu - Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]


Perginya Tiada Pengganti

Ramai yang tidak menyangka akan pemergian seorang sahabat (saudara seIslam) apabila Pak Yus (Jambu) sudah pergi meninggalkan kita. Namun, kenangan dan perjuangannya dalam industri hiburan tanahair meninggalkan kesan yang begitu mendalam khususnya kepada kamum keluarga, saudara dan rakan-rakan arwah. 

Namun begitu, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jenazah pelawak serta pelakon terkenal Yussry Edoo, 39 atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong.


|

Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi lagi menantikan ketibaan jenazah.
Kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengebumian itu

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Video Suasana Pengebumian Arwah Pak Yus Jambu - Al-Fatihah!

Edisi Terkini! Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!

Oleh Kaki Wayang on

Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016. Belum pun habis tahun 2015, ramai dah yang tercari-cari jadual dan tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2016. Lebih-lebih lagi kakitangan yang bekerja di sektor awam.


Elaun Rumah Naik, Gaji Naik & Bayaran Khas RM500 Pada 2016

Alhamdulillah, pada bulan November yang baru lalu, Elaun Perumahan Kakitangan Awam dinaikkan. Tidak cukup dengan itu, bermula Januari 2016, semua kakitangan awam akan menerima 2 kali kenaikan gaji. Berita baik juga buat semua penjawat awam, bayaran khas sebanyak RM500.00 juga akan diberikan pada bulan Januari 2016.

Berikut merupakan Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016:


ARTIKEL BERKAITAN:


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!

Edisi Terkini! Gambar Jenazah Arwah Pak Yus dan Suasana Pilu Di Hospital Selayang!

Oleh Kaki Wayang on

Seperti yang sedia maklum, Malaysia hilang seorang permata seni yang pastinya tidak akan ada penggantinya. Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Arwah Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai dan jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.


Berikut merupakan beberapa gambar suasana pilu di Hospital Selayang dan Gambar jenazah arwah Pak Yus. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pak Yus. Semoga tenang di sana saudaraku. Aamiin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Jenazah Arwah Pak Yus dan Suasana Pilu Di Hospital Selayang!

Edisi Terkini! Gambar dan Status Terakhir Pak Yus Jambu Sebelum Menemui Pencipta, Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on

Al-Fatihah

Pak Yus Meninggal Dunia. Pemergian Pak Yus menemui penciptaNya amat mengejutkan pelbagai pihak. Siapa tak kenal Pak Yus. Seorang pelawak yang begitu bersahaja dan spontan dalam mengeluarkan idea-idea kreatif untuk membuatkan para penonton gembira.

 Status dan program terakhir arwah

Siapa tahu program "Raja Band" merupakan program terakhir yang beliau jayakan di samping rancangan Juara Parodi sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir dipercayai sesak nafas.
Difahamkan gambar di bawah merupakan gambar terakhir (gambar di ambil kira-kira pukul 10 malam tadi) Pak Yus bersama peminat. Dikongsikan oleh salah seorang peminat Pak Yus, Jack Casemann di dalam facebooknya.


Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Arwah Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai dan jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!

Innalillahiwainaillahirajiun. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar dan Status Terakhir Pak Yus Jambu Sebelum Menemui Pencipta, Al-Fatihah!

Edisi Terkini! Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!

Oleh Kaki Wayang on


Tarikh Pembayaran BONUS Kakitangan Awam. Dengan pengumuman yang telah di buat oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2016, kerajaan akan memberikan BAYARAN KHAS kepada semua kakitangan awam yang akan dibayar pada 4 Januari 2016.

Pegawai Yang Layak

Pemberian Khas ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2015 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk semua jenis cuti bergaji penuh dan cuti separuh gaji serta Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan  Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015.

Pegawai yang layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut:
  1. Pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
  2. Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji/dipinjamkan ke agensi yang diasingkan  pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2015; 
  4. Pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan 
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.
ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh Bayaran Khas Kakitangan Awam 2015


Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Pemberian Khas sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2015.
Bagi PSH yang berkhidmat melebihi satu kontrak dalam tahun 2015, Pemberian Khas akan dibayar oleh Jabatan terakhir pegawai berkhidmat tertakluk kepada PSH tersebut memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam perenggan ini.
Sekiranya syarat tersebut tidak dipenuhi, Jabatan terdahulu yang mana PSH memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut akan membayar Pemberian Khas tersebut.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dibayar Pemberian Khas Tahun 2015 adalah seperti berikut: 
  1. Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tahun 2015; 
  2. Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2015; 
  3. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2015;
  4. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun 2015; dan 
  5. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tahun 2015. 
RUJUKAN: Pekeliling Bayaran Khas 2015 (Bajet 2016) 

 


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!

Edisi Terkini! Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Oleh Kaki Wayang on


Tarikh Pembayaran BONUS Kakitangan Awam. Alhamdulillah, syukur tatkala kerajaan mengumumkan untuk memberikan BONUS kepada semua kakitangan awam. Bonus atau lebih tepat lagi Bayaran KHAS ini akan di bayar kepada semua pennjawat awam pada 4 Januari 2016. Tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Kerajaan telah membuat keputusan supaya Pemberian Khas Tahun 2015 dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar  Pemberian Khas Tahun 2015 yang ditetapkan adalah sebanyak RM500.00. Bukan itu sahaja malah kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Edisi Terkini! Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Bagi Negeri Terengganu!

Oleh Kaki Wayang on

Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015. Tanggal 17 November 2015 menjadi detik penting buat semua murid-murid sekolah darjah 6 apabila hari ini mereka akan menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh Malaysia. 
Tahniah diucapkan kepada negeri Terengganu kerana telah dinobatkan sebagai negeri terbaik berdasarkan keputusan UPSR 2015. Untuk info, seramai 2,588 calon dapat semua A dalam UPSR 2015 di semua sekolah di Terengganu. Berikut merupakan senarai 10 sekolah terbaik di Negeri Terengganu berdasarkan peratusan semua A dan Gred Purata Sekolah (GPS).


Kedudukan Senarai 10 Sekolah Terengganu.

1. SK Rantau Petronas Kemaman
2. SK Tapu Hulu Terengganuu
3. SK Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu
4. SK Tok Raja Besut
5. SMK Chalok Setiu
6. SK Gong Badak Kuala Terengganu
7. SK Pulau Kerengga Marang
8. SK Tengku Mahmud Besut
9. SK Sultan Ismail Kemaman
10. SK Manir Kuala Terengganu
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Bagi Negeri Terengganu!

Edisi Terkini! Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Bagi Negeri Sabah!

Oleh Kaki Wayang on

Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015. Tanggal 17 November 2015 menjadi detik penting buat semua murid-murid sekolah darjah 6 apabila hari ini mereka akan menerima keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh Malaysia. 
Berikut adalah senarai 10 sekolah terbaik bagi keputusan UPSR 2015 yang telah diumumkan sebentar tadi. Sekolah Kebangsaan Bombalai Tawau diiktiraf sebagai sekolah terbaik bagi keputusan UPSR 2015 diikuti Sekolah Sri Gaya Kota Kinabalu dan Sekolah Pasir Putih Tawau mendudukan tempat ketiga. Perlu diingatkan bahawa kedudukan adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) bagi keputusan UPSR 2015.


Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Bagi Negeri Sabah

1. SK Bombalai Tawau
2. SK Sri Gaya Kota Kinabalu
3. SK Pasir Putih Tawau
4. SK ST Agnes Kota Kinabalu
5. SK Bahagia Tawau
6. SK ST Francis Convent Tawau
7. SK Bukit Lalang, Semporna
8. SK ST Benedict Ranau
9.  SK Tanjung Aru II Kota Kinabalu
10. SK ST Monica Sandakan

Tahniah buat semua sekolah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Senarai Sekolah Terbaik UPSR 2015 Bagi Negeri Sabah!

Edisi Terkini! Mohon Lesen Baru Kenderaan Di Pejabat Pos!

Oleh Kaki Wayang on


Mohon Lesen Baru Kenderaan Di Pejabat Pos. Alhamdulillah dunia semakin maju. Semakin hari semakin mudah. Kehidupan semua di hujung jari. Walaupun tak semua di hujung jari lah kan. Sebenarnya lama dah boleh mohon atau perbaharui lesen kat Pejabat Pos. Tapi sebelum ni, kalau perbaharui lesen kat pejabat pos para pengguna hanya akan dapat lesen yang jenis lama. Ala yang jenis lama tuuu, yang macam kad di"laminate" tu. Tak berapa berkualiti. Nak ciplak pun senang.

So, lepas ni kalau nak perbaharui lesen, bukan kat JPJ je boleh mohon. Tapi boleh juga mohon kat Pejabat Pos. Cuma kena tahan dan tunggu lama sikit lah yer. Sebab biasalah kan, pejabat pos kan ramai orang. Kena lah beratur panjang.

Tak Payah Bawa Gambar Baru

Satu lagi, taok sah lah korang susah-suah sangat nak bawa gambar korang. Konon gambar lama tak "up to date" tak berapa comel, gigi jongang. So sebab dah pakai pendakap gigi dah tak jongang dah. Tu sebab nak tukar gambar. Macam-macam hal. Sistem perbaharui lesen akan terus link pada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan. So, terima jelah kalau gambar korang yang dulu-dulu tu jadi profile pic dalam lesen nanti yer.

Tapi kalau kat JPJ Bandar Muadzam Shah Pahang, korang boleh bawa gambar atau ambil gambar secara langsung dari kaunter perbaharui lesen. So, ada lah peluang korang nak pakai tudung lilit lapanblas kali setinggi Eiffel Tower pun boleh. Sila lah ke Muadzam Shah yer.

1 Tahun atau 2 Tahun

Bagi mereka yang nak perbaharui lesen boleh memilih samaada nak setahun atau 2 tahun jangka hayat lesen tu. Kalau nak setahun, korang kena lah mohon sebelum atau pada tarikh lahir korang. Pastu korang boleh pilih samaada nak 2 tahun atau tak. Tetapi kalau tarikh lahir dah lepas korang nak setahun konfem kena hempuk ngan mak cik kaunter. Tak leh! dan WAJIB 2 tahun. Pehe dok?
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Mohon Lesen Baru Kenderaan Di Pejabat Pos!

Edisi Terkini! Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling November 2015!

Oleh Kaki Wayang on

Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015. Alhamdulillah, itulah ungkapan paling sesuai bagi setiap kakitangan awam apabila Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan telah dinaikkan ke RM300.00 bermula dari gred 1 - 42. Sebagai contoh, pada ketika ini, kadar ITP bagi Gred C17 adalah sebanyak RM180.00. Namun bermula bulan November 2015 ini, kadar baru ITP dinaikkan ke RM300.00.

Manakala kadar ITP bagi Gred 43 dan ke atas kekal seperti dalam jadual di bawah.



PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012


Pemberian ITP kepada Pegawai yang Diperuntukkan Kuarters

Kerajaan turut bersetuju ITP diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk Perkhidmatan Bomba dan Perkhidmatan Penjara yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP pegawai.

Penetapan pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai seperti di perenggan 5 pekeliling perkhidmatan ini tidak terpakai kepada pegawai yang diperuntukkan:
  • Rumah Biasa Kerajaan dan berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan (kecuali Perkhidmatan Bomba, Penjara dan Unit Pencegahan Penyeludupan, Kementerian Dalam Negeri);
  • Rumah Khas Jabatan;
  • Rumah Khas Jawatan;
  • Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan; atau
  • Kemudahan perumahan yang tidak dianggap sebagai kuarters di kawasan pedalaman.

Bagi pegawai yang diperuntukkan kuarters, pegawai itu layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai:

(i) Termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:

(a) Pegawai tersebut mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa dalam keadaan pegawai itu dibenarkan untuk menduduki kuarters; atau

(b) Bagi pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa, pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar 25% daripada kelayakan pegawai atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau melebihi kadar 25% daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya.

(ii) Kecuali jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai itu menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai hanya akan dibayar separuh daripada kadar 25% daripada ITP tersebut.

Pemberian ITP kepada Pegawai yang Tidak Diperuntukkan Kuarters

Bagi pegawai yang tidak diperuntukkan kuarters, layak untuk menerima bayaran ITP pada kadar penuh:

(i) Termasuk dalam keadaan-keadaan berikut:
  • Pegawai yang mendiami kuarters yang diperuntukkan kepada pasangan pegawai;
  • Pegawai mengikuti kursus bergaji penuh tanpa biasiswa; atau
  • Pegawai yang mengikuti kursus bergaji penuh dengan biasiswa dan pegawai itu boleh memilih untuk menerima ITP pada kadar penuh atau unsur bantuan sewa rumah yang sama nilai atau lebih daripada ITP tersebut yang diberi bersekali dengan biasiswanya.
(ii) Kecuali, jika pegawai berkenaan mengikuti suatu kursus yang hanya melayakkan pegawai menerima separuh gaji sepanjang tempoh kursus tersebut, pegawai itu hanya akan dibayar ITP separuh daripada kadar penuh ITP tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling November 2015!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...