PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Struktur Gaji Baru SSM 2012. Show all posts
Showing posts with label Struktur Gaji Baru SSM 2012. Show all posts

Edisi Terkini! SBPA tidak berapa sesuai dengan 1Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Langkah kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat responsif terhadap kehendak masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah itu diambil setelah satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai semula SBPA berpendapat ia tidak berapa sesuai dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! SBPA tidak berapa sesuai dengan 1Malaysia!

Edisi Terkini! SSM ganti SBPA Hanya Bersifat Interim - Bersifat Sementara Sehingga Skim Gaji Baru dilaksanakan!

Oleh Kaki Wayang on


Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula sebagai pengganti kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dimansuhkan hari ini, hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya percaya kerajaan akan memperkenalkan satu sistem saraan yang baru memandangkan SSM digunakan semula dengan SBPA yang pembatalannya diumumkan hari ini.

SSM, yang digunakan hampir satu dekad, diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSB dikuatkuasakan pada Januari 1992.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! SSM ganti SBPA Hanya Bersifat Interim - Bersifat Sementara Sehingga Skim Gaji Baru dilaksanakan!

Edisi Terkini! Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Kuatkuasa 1 Januari - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini akan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Omar berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Kuatkuasa 1 Januari - Serius Hangat!

Edisi Terkini! Cuepacs: Batal SBPA tiada kaitan PRU tapi 'perlu'!

Oleh Kaki Wayang on


Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, tidak melihat keputusan kerajaan membatalkan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai "tindakan politik" menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sebaliknya menurut Timbalan Presidennya, Azih Muda, pihaknya menganggap keputusan pembatalan SBPA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai tindakan yang perlu diambil demi masa depan kakitangan awam negara ini.

SBPA yang diumumkan pelaksanaan pada Oktober lalu, sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu tetapi ditangguhkan awal tahun ini ekoran protes kakitangan awam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Cuepacs: Batal SBPA tiada kaitan PRU tapi 'perlu'!

Edisi Terkini! Struktur Gaji Baru SSM 2012 Mengikut Struktur Gaji Minimum - Maksimum!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya terima kasih diucapkan kepada Mat Kedah atas Struktur Gaji SSM yang diberikan ini..berikut merupakan struktur gaji baru SSM selepas kenaikan 13% mengikut Struktur Gaji Minimum - Maksimum.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Struktur Gaji Baru SSM 2012 Mengikut Struktur Gaji Minimum - Maksimum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...