PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Edisi Sentap! Aliff Aziz Playboy Besar, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?

Oleh Kaki Wayang on



Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca, Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.

Tidak kami pasti apa penipuan yang terlibat tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada ‘malam tersebut’.
 
Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Aliff Aziz Playboy Besar, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?

Edisi Hangat! Gambar Pose Bibir Seksi Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah ala-ala Angelina Jolie!

Oleh Kaki Wayang on



Ada gaya Angelina Jolie tak? tak pun Kilafairy?


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Pose Bibir Seksi Tiz Zaqyah dan Izara Aisyah ala-ala Angelina Jolie!

Edisi Hangat! Janice Man Lesbian?

Oleh Kaki Wayang on

 

PADA sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini, acara tersebut telah dimeriahkan dengan kemunculan tetamu-tetamu istimewa dari kalangan selebriti ternama termasuklah Charlene Choi, Niki Chow, Jennifer Tse, Amanda S., Janice Man dan ramai lagi.

Dalam kalangan selebriti itu, Janice Man telah menjadi buruan wartawan bertugas pada acara itu. Ini kerana Janice sebelum ini dikatakan telah menjalinkan hubungan lesbian dengan salah seorang krew filem Nightfall yang juga seorang perempuan.

Tidak mengelak, Janice mengulas: "Krew filem Nightfall yang dikatakan kekasih lesbian saya itu adalah sahabat baik saya. Tidak lebih daripada itu.

"Saya banyak kawan baik dari kalangan perempuan. Jadi, adakah ia suatu kesalahan? Ini bukan pertama kali saya dituduh menjalinkan hubungan lesbian."

Tambahnya dalam nada tegas: "Apa yang ingin saya tekankah adalah saya bukan antihomoseksual tetapi saya tidak meminati kaum perempuan untuk dijadikan kekasih."

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Janice Man Lesbian?

Edisi Sentap! Gambar Shahir Seksi!

Oleh Kaki Wayang on



Wah..dah tak de citer lain ke nak cari adik, kakak dan having-havang sekalian ooii..rasanya tak kana der kot gambar Shahir SEKSI yang akan terpacul di dada-dada akhbar atau internet..lainlah kalau Shahir amik gambar time dia mandi pastu upload kat FB ke Twitter ke ape ke..btw, Shahir yang ni Shahir AF ke? yelaaa kot lah kawan korang nama Shahir kebetulan sama nama pula ngan penyanyi AF ni..hahahahahaha
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Shahir Seksi!

Edisi Hangat! Susulan Faizal Menghilang Kerana Dikhianati Kawan Rapat!

Oleh Kaki Wayang on

Faizal (AF4) Menghilang Kerana Dikhianati Kawat Rapat
Juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Mohammad Faizal Ramly atau Faizal menjelaskan kehilangannya dalam industri seni tempatan sejak tiga tahun lalu adalah kerana dikhianati oleh kawan rapatnya. Tanpa mahu menjelaskan apakah sebab itu, Faizal memberitahu ujian yang melanda dirinya merupakan satu pengalaman berharga untuk dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Saya menjadi lebih baik kerana kejadian tragis yang menimpa saya itu disebabkan perbuatan kawan rapat. Ia menjadi pelajaran berharga buat saya,” katanya kepada The Star di sini, Rabu.

Penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu, antara faktor lain dia menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sedikit masa dahulu. Walaupun tidak bimbang dengan dakwaan itu namun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

“Saya tidak nafikan sedikit tertekan dengan pelbagai dakwaan serta gosip tidak berasas namun saya mampu menempuhi ujian tersebut,” ujarnya.

Sementara itu Faizal yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia tidak pernah melupakan dunia seni serta peminatnya dan berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Justeru dia sekarang sedang sibuk dengan pembikinan single terbaru bekerjasama dengan komposer Awang BPR.

“Saya akan memilih lagu terbaik yang akan dikeluarkan pada bulan April nanti,” katanya.

Ditanya adakah selama ini beliau lupa diri dan tenggelam dengan populariti dunia glamor, Faizal memberitahu apa yang penting selama bergelar artis dia sudah belajar bagaimana untuk mengendalikan tekanan hidup selain berusaha menjadi lebih matang sebagai seorang penyanyi.

“Yang pasti, saya akan kembali dan terimalah saya seadanya,” katanya.
 
Kali terakhir Faizal muncul menerusi filem Pulau Asmara yang ditayangkan pada 17 Disember 2009.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Susulan Faizal Menghilang Kerana Dikhianati Kawan Rapat!

Edisi Hangat! Mawi dan Ekin Bakal Dapat Junior Mawi Akhir Februari!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah dan tahniah kepada Mawi dan Ekin
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Mawi dan Ekin Bakal Dapat Junior Mawi Akhir Februari!

Edisi Hangat! Gambar dan Kisah Ummi Nazeera dengan Kekasih baru!

Oleh Kaki Wayang on


Dalam kenyataan kepada media baru baru ini, Ummi Nazeera akui yang beliau kini sudah pun punyai kekasih hati yang di’kenali ketika menuntut di RMIT University.

Namun, jejaka yang kami hanya berjaya kami kenal pasti sebagai Aizat ini sudah pun menamatkan pengajian beliau di’sana dan kini sedang menunggu Ummi Nazeera untuk tamat pengajian kerana khabar’nya pasangan ini sudah pun berbicara soal masa hadapan.

Lagi gambar pasangan Ummi Nazeera dan Aizat selepas ini yang kami rompak dari akaun Instagram mereka berdua. Harap mereka tidak keluarkan kenyataan melindungi ‘hasil seni’ mereka ini. Enjoice!



Kredit: Rotikaya
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar dan Kisah Ummi Nazeera dengan Kekasih baru!

Edisi Hangat! Anak Gadis Will Smith Botak Kepala!

Oleh Kaki Wayang on

 
PENYANYI muda, Willow Smith ternyata berani membuat kelainan imej apabila sanggup membotakkan kepalanya pada usia yang begitu muda.

Anak perempuan pelakon Will Smith yang berusia 11 tahun itu telah memasukkan foto menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Ramai yang sedar, penyanyi ini semakin hari semakin memendekkan rambutnya sejak tahun 2010.



Menurut sumber, Willow inginkan perubahan yang matang agar peminat-peminatnya boleh berkembang bukan hanya daripada kalangan golongan remaja sahaja. Ramai yang memuji keberaniannya itu tetapi ada pihak yang mempersoalkan dengan berkata jika pada usia muda dia berani membotakkan kepalanya, apa lagi aksi berani yang akan ditunjukkan apabila dewasa kelak?

Bagaimanapun, dia kelihatan comel dengan imej barunya itu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Anak Gadis Will Smith Botak Kepala!

Edisi Hangat! Apa kejadahnya popularkan Wan Kamaruddin!

Oleh Kaki Wayang on



Raut wajahnya yang serius kelihatan tiada beza dengan penampilannya di kaca televisyen, seolah-olah memberi gambaran insan bernama Wan Kamaruddin Wan Ibrahim ini sememangnya memiliki personaliti sebegitu di luar.

Apatah lagi, mengenangkan kebanyakan program televisyen yang dihoskannya sebelum ini seperti Edisi Siasat, Bongkar dan Talian Hayat memerlukannya bersikap demikian.
 
Namun, tanggapan itu jauh meleset apabila pengacara berbakat besar ini menghulurkan salam perkenalan sewaktu sesi temu bual di Pusat Penyiaran TV Alhijrah, baru-baru ini.
 
Ternyata Wan Kamaruddin rupa-rupanya seorang yang mudah mesra dan cukup peramah walaupun baru kali pertama bersua muka.
 
Kehadirannya adalah kerana mahu memperkenalkan program Khidmat Syariah yang dikendalikannya di stesen televisyen berkonsep Islamik itu.
 
Namun, kesempatan tersebut tidak dilepaskan oleh Zass untuk mencungkil sejarah penglibatan Wan Kamaruddin dalam bidang pengacaraan yang banyak menaikkan namanya.
 
Tambahan pula, agak jarang untuk melihat kelibat anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini muncul di media cetak.
 
Tidak lokek berkongsi cerita, menurut Wan Kamaruddin, sebuah panggilan telefon sewaktu berkhidmat di stesen televisyen ntv7 pada 1998 telah membuka jalannya untuk terlibat dalam bidang penyiaran.
 
“Ketika itu saya bertugas di bahagian penyelidikan dan sering menerima panggilan telefon. Namun, ada seorang penonton menelefon dan memuji suara saya sedap.
 
“Setelah perkara itu diketahui pihak atasan, mereka memaksa saya menghadiri uji bakat jawatan pembaca berita yang sedang kekosongan,” katanya yang memiliki ijazah bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
 
Jelas Wan Kamaruddin, pada mulanya dia sekadar mencuba nasib dan atas niat suka-suka, namun tanpa disangka permohonannya diterima.
 
“Sejak itu, bermulalah kerjaya saya dalam bidang penyiaran dan sedikit demi sedikit saya mula jatuh cinta dengan dunia baru ini.
 
“Walaupun jauh menyimpang daripada pengajian di universiti, tetapi kerjaya ini sangat berkait rapat dengan minat saya dari kecil yang suka membantu masyarakat,” katanya.

 
Pernah dilabel jahat
 
Bersama ntv7, Wan Kamaruddin terus mengorak langkah sebagai antara pengacara yang mempunyai identiti sendiri.
 
Cukup terkenal dengan program Edisi Siasat yang membongkar isu-isu kemasyarakatan dan masalah sosial, gaya pengacaraan dengan tagline Apa Kejadahnya mula menjadi ikutan.
 
Paling diingati tentunya isu mat rempit yang pernah menggemparkan seluruh negara gara-gara keberanian Wan Kamaruddin yang juga bertindak sebagai wartawan membongkar gejala ini.
 
Dalam pada ramai yang memuji tindakan lelaki ini, tidak kurang juga ada yang mencemuh. Malah, sebahagiannya benci melihat wajah Wan Kamaruddin di kaca televisyen.
 
Hal ini diakui sendiri oleh Wan Kamaruddin yang tidak dapat melupakan suatu insiden yang masih terpahat di kotak memorinya.
 
“Beberapa tahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan mendekati ketika saya sedang membeli barang di sebuah kedai.
 
“Tiba-tiba, ibu kanak-kanak itu dengan pantas menarik tangan anaknya dan berlalu pergi dengan wajah kerisauan.
 
“Saya merasa amat sedih kerana tindakan wanita itu seolah-olah saya orang jahat dan akan memberi pengaruh buruk terhadap anaknya,” katanya.
 
Selain peristiwa itu, anak ketujuh daripada 10 beradik ini juga pernah kecut perut apabila dia perlu berhadapan dengan sekumpulan mat rempit.
 
“Ketika itu, saya memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat dan tidak lama kemudian, sekumpulan mat rempit berhenti di sebelah saya.
 
“Pada mulanya risau juga jika mereka kenal muka saya dan melakukan sesuatu yang buruk, namun mujur hanya salah seorang daripada mereka perasan dan hanya mengangkat tangan,” katanya.
 
Berkongsi bagaimana timbulnya idea untuk tampil dengan tagline Apa Kejadahnya, jelas Wan Kamaruddin, ia mengikut kesesuaian program dikendalikannya.
 
“Ketika Edisi Siasat muncul sekitar awal 2000, isu sosial sedang hangat diperkatakan. Maka, saya perlu tampil dengan gaya pengacaraan sesuai dengan situasi.
 
“Semuanya bergantung kepada kesesuaian program, namun secara kebetulan kebanyakan program saya berkonsep kemasyarakatan dan kemanusiaan.
 
“Mungkin sebab itu, masyarakat juga lebih mengenali saya dengan program sebegini,” katanya.

 
Tak kejar populariti
 
Sepanjang 14 tahun pembabitannya dalam bidang pengacaraan, kata Wan Kamaruddin, terlalu banyak catatan pengalaman sudah dilaluinya.
 
Malah, kakinya juga sudah menjejak ke banyak destinasi termasuk luar negara demi memenuhi tuntutan tugasan.
 
Biar pahit atau manis situasi dihadapinya, tiada kata yang dapat menggambarkan kepuasan diperolehinya.
 
“Apabila hasil kerja saya mendedahkan sesuatu isu itu dapat mengubah kehidupan masyarakat, saya seolah-olah mendapat kepuasan yang tidak terhingga.
 
“Lebih-lebih lagi saya memang suka membantu orang, jadi saya anggap ini sebagai sumbangan kecil saya kepada masyarakat,” katanya.
 
Mengakui akan terus bergiat dalam bidang pengacaraan selagi khidmatnya masih diperlukan, ada pesanan yang ingin dititipkan buat generasi baru yang mahu mengikut jejak langkahnya.
 
“Keghairahan luar biasa itu penting kerana tanpanya mungkin seseorang itu tidak memiliki semangat untuk meneruskan karier ini.
 
“Selain itu, jadilah diri sendiri. Tidak salah untuk mempunyai idola dalam bidang ini, tetapi jangan terikut-ikut gaya mereka, sebaliknya bentuk acuan pengacaraan sendiri,” katanya.
 
Mengakui agak mengehadkan kemunculannya di media cetak, Wan Kamaruddin memegang prinsip biarlah populariti itu datang dengan sendirinya.
 
“Tidak dinafikan, populariti memang memudahkan kerja dan membuatkan saya rasa dihargai. Malah, saya tidak menolak sekiranya populariti itu ada nilai tambah dalam kerjaya.
 
“Tetapi, biarlah setakat itu saja kerana saya tidak mahu populariti yang melalaikan. Lagipun, saya lebih senang menjalani kehidupan sebagai orang biasa berbanding selebriti,” katanya.
 
Dengan jadual kerja yang tidak menentu, Wan Kamaruddin bersyukur kerana isterinya, Wan Nur Saleza Mazuin Datuk Wan Abdul Muttalib yang dinikahinya Julai tahun lalu, cukup memahami.
 
“Pada peringkat awal, isteri agak susah menerima cara kerja yang tidak tentu masa, namun lama-kelamaan dia faham.
 
“Malah, kehidupan saya juga kini lebih terurus kerana sudah ada orang rumah,” katanya yang masih menanti kehadiran cahaya mata sendiri.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Apa kejadahnya popularkan Wan Kamaruddin!

Edisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Oleh Kaki Wayang on

PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan  Noor Laila  tampil memberi penjelasan   berhubung isu putus tunang yang dikaitkan dengan Apek, semalam. 

Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.

“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.

Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.

Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.

Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.

Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.

Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Edisi Hangat! Amir Khan bertunang!

Oleh Kaki Wayang on

NAMPAKNY Amir Khan menang dengan satu lagi “knockout.” Peninju itu tersenyum lebar dan dari wajah tunangnya yang jelita itu, tahulah kenapa.

Amir Khan, 25 dan Faryal Makhdoom, 20, mendedahkan rancangan mereka untuk berkahwin dan hujung minggu lalu, mereka merasmikan pertunangan mereka dengan bertukar cincin di hadapan 1,000 ahli keluarga dan rakan taulan dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Pasangan itu meraikannya dan membelanjakan 150,000 pound (RM718,000) dalam satu majlis mewah di Stadium Reebok, Kelab Bola Sepak Bolton Wanderers.

Rakan-rakan, termasuk Ricky Hatton, melihat Amir menghadiahkan bakal isterinya sebentuk cincin platinum berhias tiga biji berlian berharga RM479,000.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Amir Khan bertunang!

Edisi Hangat! Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit!

Oleh Kaki Wayang on

Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit
Seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi perempuan simpanan kepada Presiden John F Kennedy (JFK) telah menulis sebuah memoir yang menceritakan bagaimana mereka bertemu dan penderaan yang dialaminya sepanjang 18 bulan menjalinkan hubungan.

Mimi Alford, 69, berkata, ketika bertemu dengan JFK, dia berusia 19 tahun dan mengadakan latihan praktikal di White House apabila Kennedy menggodanya selepas mengadakan parti bersama dua pembantu rapatnya dan seorang lagi wanita muda.

“Saya amat terkejut,” katanya dalam buku berkenaan.

Mereka meneruskan hubungan itu sehingga Alford meninggalkan Washington untuk kembali semula ke kolej.
Dia turut menceritakan bagaimana Kennedy berterusan merayu untuk menciumnya dan turut mengarahkannya mengadakan hubungan seks dengan bekas Presiden itu.

Malah ada masanya, Alford diminta menjaga adik bongsu Kennedy iaitu Teddy, namun dia menolak permintaan berkenaan.

Bagaimanapun di sebalik semua permintaan berkenaan, Alford berkata, hubungan mereka rapat dan dia menjadi tempat Kennedy mencurahkan perasaan selepas kematian bayinya, Patrick.

Memoir bertajuk Once Upon a Secret: My Affair with President John F. Kennedy and Its Aftermath itu turut menceritakan bagaimana dia menghabiskan masa siang dan malam bersama Presiden yang ketagihan seks itu.

Alford kini menetap di New York dan telah bersara daripada menjadi pentadbir di sebuah gereja.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wanita Simpanan JFK Tulis Memoir Hubungan Sulit!

Edisi Hangat! Ibu Tidak Kisah Shila Amzah Kahwin Awal!

Oleh Kaki Wayang on

Ibu Tidak Kasi Shila Amzah Kahwin Awal
Ibu penyanyi Shila Amzah yang lebih dikenali sebagai Kak Zie tidak menghalang hubungan cinta anak daranya itu dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad yang dikatakan telah terjalin sejak lebih enam bulan lalu.

Pada pertemuan baru-baru ini, isteri kepada penyanyi N.D. Lala itu berkata, Shila masih muda dan biarlah anaknya itu berkawan dengan Sharnaaz terlebih dahulu di mana katanya soal kahwin itu difikirkan lima tahun yang akan datang.

“Sekarang ini umur Shila baru 22 tahun dan kalau dia mahu berkahwin pun biarlah umurnya 25 tahun. Tunggulah tiga tahun dan ke atas kerana biarlah Shila tumpukan pada bidang nyanyian yang diceburinya itu,” ujarnya sambil dipersetujui oleh Shila yang berada di sisinya.

Hubungan intim Shila dan Sharnaaz bukan asing lagi apabila penyanyi kelahiran pertandingan one In A Million itu pernah berterus terang mengatakan suka dengan Sharnaaz sehingga menjemputnya sebagai model dan pelakon dalam klip lagu persembahannya tahun lalu.

Malah, Shila juga dikatakan berjalan berpegangan tangan dengan pelakon Juvana The Movie itu sewaktu hadir pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ibu Tidak Kisah Shila Amzah Kahwin Awal!

Edisi Hangat! Gambar Pierre Andre dan Kekasih Baru?

Oleh Kaki Wayang on



Gambar Pierre Andre dan Nurul Ekasari sempena filem terbaru, CHANTEK!

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Pierre Andre dan Kekasih Baru?

Edisi Sentap! Hantu Kak Limah disamun 2 HANTU!

Oleh Kaki Wayang on

LOPONG...Dalimawati menunjukkan cermin kiri keretanya yang dipecahkan. 

Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin. 

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.

“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Hantu Kak Limah disamun 2 HANTU!

Ediisi Hangat! Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh Part 2!

Oleh Kaki Wayang on

Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh!
Seorang peminat yang menggunakan nama samaran @kami_anti (kami anti Shilaamzah) menimbulkan kekecohan di lama sosial twitter apabila menuduh penyanyi jelita, Shila Amzah sebagai pembunuh. Menurut pemilik akaun Twitter tersebut, dia membuka akaun itu semata-mata mahu meluahkan perasaannya dan serta merta menuduh Shila Amzah sebagai penyebab kematian rakannya.

“Aku buat Twitter niw c0z nak luahkan apa yang aku rasa!
“Shila Amzah pembunuh!
“Sbb kaw kawan aku mati!!
“LW kwn aq mati, bergaduh c0z Shila! Walaupun dulu aq mnat dia,” kata peminat tersebut di laman Twitter itu.

Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh!

Bagaimanapun, Shila Amzah yang sedih dengan tuduhan itu hanya menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi golongan artis dan tidak mahu mengambil serius terhadap kenyataan yang cuba mencalarkan imejnya.
“I wonder banyak betul masa nak create accounts haters for me :).

“I’m feeling so down,” kata Shila yang juga merupakan anak kepada penyanyi, ND Lala.




Kesedihan penyanyi yang diminati ramai itu bagaimanapun mendapar perhatian para peminatnya yang tidak putus-putus memberi semangat dan memujuk penyanyi lagu popular ‘Patah Seribu’ itu.
“Don’t be like that dear. U can face dis. U r very talented artist =),” komen peminat @nora_cougar.

“Why? Just ignore je haters tu… Always pray 4 ur succes…,” kata mr_ikhwaan pula kepada penyanyi pujaannya itu.

Shila Amzah merupakan antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) dan berjaya memukau ramai peminat dengan persembahannya membawakan lagu Beribu Sesalan bersama Ning Baizura serta Jaclyn Victor yang mempersonakan baru-baru ini.

Sila baca selanjutnyaEdiisi Hangat! Peminat Tuduh Shila Amzah Pembunuh Part 2!

Edisi Hangat! Jom Belajar Lagu Awan Nano Bersama Johan Raja Lawak!

Oleh Kaki Wayang on

M. Nasir berterima kasih kepada Johan


Lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz telah diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam dengan menewaskan 11 buah lagu lain yang tercalon.

Komposer lagu "Awan Nano", Dato' M. Nasir ketika sidang media selepas berakhirnya AJL26 sempat bergurau dengan mengucapkan terima kasih kepada Johan Raja Lawak.

"Kami ingin berterima kasih kepada Johan yang begitu sinonim dengan lagu "Awan Nano" yang dijadikan bahan ketika mereka bertanding untuk pertandingan "Maharaja Lawak". Sekaligus ia mempromosikan lagu ini kepada umum," ujar M. Nasir dalam nada berjenaka.

Sebelum ini, Johan dan Zizan Razak telah menggunakan lagu "Awan Nano" ketika persembahannya dalam "Maharaja Lawak" pada minggu ke-11 yang berjaya membuat penonton terhibur dengan jenaka mereka.

Selepas itu Johan yang muncul dalam rancangan "Elly & Epit" terbitan Astro Ceria, sekali lagi telah menggunakan tajuk lagu tersebut iaitu "Jom Belajar Lagu Awan Nano Bersama Johan Raja Lawak".

Lagu ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Budi Hikayat yang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan AJL26 ini membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000. Manakala Hafiz pula memenangi Vokal Terbaik untuk lagu yang sama dan diberikan hadiah trofi serta wang tunai RM10,000.




Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Jom Belajar Lagu Awan Nano Bersama Johan Raja Lawak!

Edisi Hangat! Maksud disebalik Awan Nano di hati Buddhi Hekayat!

Oleh Kaki Wayang on

begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu

begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu


Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.

Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

Dengarkan lagu ketiga Hafez bertajuk Awan Nano ciptaan M Nasir dan lirik sulung nukilan Buddhi Hekayat (gambar). Tuan Buddhi, sebetulnya maksud awan nano itu apa ya? Kata seorang teman kepada Buddhi di tansrikudu.blogspot, Awan Nano bukan sekadar lagu, ia adalah sejarah. Buddhi Hekayat pula kata awan nano kalau diceritakan, takutnya akan berkolah air mata. Wah!

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Maksud disebalik Awan Nano di hati Buddhi Hekayat!

Edisi Hangat! Maksud "Awan Nano"!

Oleh Kaki Wayang on

Semasa berblogwalking kejap tadi singgah di sebuah blog..menyatakan mengenai maksud Awan Nano dalam istilah politik dan Parti Keadilan Rakyat..


Orang-orang PKR tweet kata maksud Awan Nano tu adalah:

Awan Nano = Awnar No Umno


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Maksud "Awan Nano"!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...