PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label niat puasa. Show all posts
Showing posts with label niat puasa. Show all posts

Edisi Khas Puasa! Puasa Qada' dan bayar Fidyah

Oleh Kaki Wayang on

http://soleh.net/wp-content/uploads/2008/09/beras.jpg

Saya ingin mengqada'kan puasa saya yang lepas iaitu sebanyak 50 hari untuk 5 tahun yang berturut-turut. Saya ingin tahu bagaimana untuk saya membayar fidyah bagi tahun yang berasingan. Katakan saya ingin memulakan puasa Qada' iaitu dengan membayar fidyah dan mengqada' puasa untuk tahun lepas sahaja iaitu tahun 2005, adakah ia akan dikira fidyah untuk tahun 2004 atau sebelumnya?

Bagaimana cara membayar fidyah? jika saya ingin membayar fidyah kepada fakir miskin, perlukah saya menyebutnya pada si fakir miskin bahawa saya memberinya wang kerana ingin membayar fidyah ataupun saya hanya memberikannya dengan niat untuk membayar fidyah?

Jawapan.

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :

Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :

1. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)

Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Puasa Qada' dan bayar Fidyah

Edisi Khas Puasa! Persoalan Puasa Ganti!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrVe8uE5no3uSbTuCu7vPlvSQ-r-NYebkg0T_I2bIl19t55dRklkIGY36dEMDRjWNDwSPeCR7X7i6egywvPvOjFd4sc_3jzSsd_Yl9zEUW-l-rCwBMq8QjoQ5uZRKllSaSUf030RSob1I/s400/avatar_jogtug_lagi_puasa.jpg

Bagaimana caranya jika saya ingin menggantikan puasa saya 7 tahun yang lepas. Saya pernah menggantikan puasa tetapi tidak penuh dan kini saya sudah lupa berapakah jumlah gantian puasa yang saya lakukan. Apa yang saya pasti , ia tidak pernah lebih dari 8 hari. Bagaimana saya ingin menggantikan puasa itu dan berapakah fidyah yang perlu saya bayar? Bolehkah jika saya ingin membayar fidyah itu dengan duit dan bukan beras. Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya agak keliru. Saya bercadang ingin menggantikan semula semua puasa-puasa saya.

Jawapan : 
  1. Fidyah yang perlu dibayar ialah sebanyak 224 cupak. ( 1 cupak = 600gm)
  2. Fidyah hendaklah diberikan kepada fakir miskin (seorang atau beberapa orang) 
  3. Fidyah beras boleh diganti dengan nilaian wang bergantung kepada harga beras yang dimakan seharian oleh individu tersebut.
  4. Jumlah gantian puasa ambil kiraan maksimum hari yang ditinggalkan. ( hari tidak berpuasa x tahun yang perlu diganti)
  5. Sekiranya puasa yang diganti itu terlebih jumlahnya ia dikira sedekah.  

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Persoalan Puasa Ganti!

Edisi Khas Puasa! Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Oleh Kaki Wayang on

http://www.casavina.com/wp-content/uploads/2011/01/021.jpg

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.
 
1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut? 

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut? 

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib? 

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)? 

Jawapan :
 
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.
 
2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib. Niatnya ialah : " Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".
 
3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.
 
4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada' sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada' sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Edisi Khas Puasa! Memberus Gigi Selepas Azan Subuh

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaezMOff93pVNJ5p3A3coRugdqT2iBMht2Sg1EGJeLOZrTl2Gr3RnJSqBiS97dQlT9J9K1_HSM4MXmyhGarDvFQNf8inbrPIF6UH2sqzuN9C_Wkq53RD1AXL9ml4tv3BTFj8-Eg1T3Bd4Z/s1600/kucing+pun+berus+gigi.jpg

Assalamualaikum,
 
Adakah sah puasa saya sekiranya saya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
 
Sekian Terima Kasih.
 
Jawapan.
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Memberus Gigi Selepas Azan Subuh

Edisi Khas Puasa! Memberi makan minum kepada orang bukan Islam di bulan puasa!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.ibu-anak.com/wp-content/uploads/2011/01/Anak-Jadi-Lebih-Disiplin-Bila-Makan-Sendiri.jpg

Saya ingin bertanya apakah hukum bagi orang islam yang memberi makan/minum pada orang bukan islam dalam bulan ramadan. Saya andaikan kedai makanan dan minuman Islam yang dibuka pada bulan ramadhan.

Jawapan.

Kedai makan yang dibuka pada bulan Ramadhan iaitu beroperasi untuk menjalankan perniagaan disiang hari adalah tidak menyalahi undang-undang namum begitu, Jabatan Agama Islam Negeri dibawah kuasa Bahagian Penguatkuasaan boleh mengenakan tindakan undang-undang jika didapati terdapat penjual dan pembeli makanan (makan secara terbuka di kedai makan) di dalam bulan Ramadhan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Memberi makan minum kepada orang bukan Islam di bulan puasa!

Betol-betol Hangat! Eh, Puasa dah masuk hari ke-6 dah?

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEha9mTaTe7FLxFjHS_IRnihdCQhhZ6tthYBUTvJZ8ouRghqfc_a-q5mE2UmYItQh7eBstAaKtU6hMclWBM-o-5YoKp3rK6IeRL_WA5EFYJ07_SYZ0kzG9D7HNcYapS48L9jWxIYD7w1wDvb/s1600/puasa.jpg

Alhamdulillah..baru je selesai bersahur kejap tadi..Hari ni hari Sabtu, hari cuti bagi semua kakitangan kerajaan macam aku ni..so, sebab tidur pun satu ibadah nampaknya hari ni dan esok leh lah extra tido kan..hehehe..ni pun kejap lagi pas solat subuh dalam kul 7am kang nak sambung balik tido..hehehe..xleh tido pas subuh..rezeki tak masuk kang..nak TADARUS sat..

Sedar tak sedar, puasa dah masuk hari ke-6 dah kan..kejapnyer masa berlalu..Isnin hari tu hari pertama berpuasa..tapi sekarang dah masuk seminggu dah berpuasa..tak lama lagi bulan yang penuh barakah ni akan berakhir..pastu raya pula..meh baca doa harian puasa pulak..


Doa hari – 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Eh, Puasa dah masuk hari ke-6 dah?

Betol-betol Hangat! Sayang…Abang tak tahan laaa!!!

Oleh Kaki Wayang on

http://my.mustaffa.org/wp-content/uploads/2011/07/kad-ucapan-ramadhan.jpg

Di suatu hari yang damai..pepohon menghijau melambai mesra tatkala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..kedengaran keluhan seorang suami kepada isterinya..inilah sebuah sketsa dongeng dibulan Ramadhan…


Abang: Sayang..lambat lagi ke..cepatlah..abang tak tahan dah ni..

Sayang: Heyyy..mana bolehlah bang..tunggu sampai waktu berbuka dulu baru boleh..

Abang: Alaa..Sayang ni saje la tu nak mendera dan menyeksa abang kan?

Sayang: Ahhh tak kira..sayang dah kata tak boleh, tak boleh lah..kang dosa tau..

Abang: Alaa..bukannya selalu..sekali je..bolehlah, bolehlaa..please..

Sayang: Kan sayang dah kata..tunggu waktu berbuka..tak dengar ke..mana boleh waktu sekarang..tau lah tak tahan..sayang pijak jugak kanga bang ni..

Abang: Hamboi..sampai hati sayang buat abang macam ni..tak tahanlah sayang..tak leh sabar dah ni..

Sayang: Tak boleh..kalau yerr pun tunggulah pas berbuka nanti eh..tinggal sejam je lagi..

Abang: Sayang ni saje je tau..nak makan BISKUT OREO pun tak boleh..laparrrr…

Pada sang suami yang dah tak tahan tu..jangan dok gatai pula yer kang kene pelempang kang..hehehe..sebagai gurauan dibulan puasa..hilangkan muka tak happy tu dengan sketsa dongeng bulan Ramadhan ini yer..Iklan BISKUT OREO!!!

P/s: Jangan marah haaaaa..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sayang…Abang tak tahan laaa!!!

Edisi Khas Puasa! Jadual Harian Seorang Muslim dibulan RAMADHAN

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5dlE0Yx2n6U-D97LCrQbr_WX3Ma00bQ-UsBgmOnlHyVgJSGEv61uDqobET8iFoizempfLC7vH1zwIh89rTpEPLo0uE_Lhwk4ld_z1QVDa-RBECZ3XXsGu_gtr6Im7D_OB0Ho2ksjVHz0/s1600/Berbuka_Puasa.jpg

4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.


7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai  berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Jadual Harian Seorang Muslim dibulan RAMADHAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...