Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Islam tidak ketepi wanita dalam pembahaguan harta? BAGAIMANAKAH pembahagian harta pusaka mengikut ilmu faraid?
SECARA umum, pembahagian harta pusaka mengikut faraid berbeza dengan undang-undang pusaka masyarakat lain termasuk Yunani, Rom, Yahudi dan Arab Jahiliah.
Ini kerana al-Quran sudah menetapkan ahli waris dan jumlah yang akan diterima mereka (Surah al-Nisa’ : 11, 12, 176). Contohnya termasuk dalam ahli waris ialah isteri dan anak perempuan si mati yang mendapat jumlah tertentu dalam pembahagian pusaka Islam.
Sebelum ini mereka diketepikan masyarakat. Islam meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya dalam pembahagian harta pusaka si mati.
Dengan kata lain, rujukan kepada ayat di atas sebagai asas dalam pembahagian harta pusaka berkenaan. Antara bentuk harta yang boleh dibahagikan secara faraid ialah: (1) tanah (2) bangunan (rumah) (3) barang kemas (emas, perak dan sebagainya) (4) insurans dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak), dan (5) binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta dan kerbau.
Menurut Islam, sebelum pembahagian harta pusaka si mati dibahagikan kepada ahli waris, ada tiga perkara yang perlu dilakukan dengan harta peninggalan si mati iaitu: (1) Perbelanjaan pengurusan jenazah diambil daripada harta peninggalan si mati tanpa berlebih atau berkurang (2) Pembayaran segala hutang si mati dan (3) Penunaian segala wasiat si mati dengan tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati (Abd al-’Ati 2008: 270-71).
Sekarang terdapat laman web yang memberi maklumat secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka dalam Islam dan cara pengiraan berkomputer.
Contohnya laman web Islam USM yang membolehkan kita menggunakan khidmat Sistem Maklumat Faraid. Web itu memberi penerangan ringkas mengenai sistem faraid, dalil, ahli waris, carta waris, kadar dan cara pengiraan.
Cara pengiraan begitu mudah untuk digunakan kerana menggunakan aplikasi komputer dan sesuai dengan perkembangan sekarang (lihat, Faraid).
SAYA gadis berusia 27 tahun. Setiap kali selepas habis haid, saya akan berniat, ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.Namun begitu, setiap kali mandi, saya akan membaca niat berkenaan kerana pernah mendengar ceramah daripada seorang perunding motivasi yang mengatakan ia lebih afdal jika setiap kali mandi dibacakan niat itu kerana tidak tahu bila ajal akan menjemput kita.Adakah sah solat saya selama ini dengan membaca niat yang dilafazkan itu sama dengan mandi lain? Saya beranggapan haid dalam kategori hadas besar jadi saya niatkan begitu.
Sehingga kini saya masih membaca niat hadas besar ketika mandi biasa atau mandi haid.
YATI
Perak
PANDANGAN perunding motivasi itu hanya pandangan peribadi dan tidak bertepatan dengan hukum fiqah.
Menurut hukum fiqah, sebab yang mewajibkan mandi ialah (1) bersetubuh (2) keluar mani (3) mati selain mati syahid (4) keluar darah haid (5) bersalin dan (6) keluar darah nifas.
Berkaitan dengan mati, adalah menjadi fardu kifayah bagi orang yang hidup untuk memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan orang yang mati.
Orang Islam tidak pernah diminta mandi wajib setiap kali mandi.
Mandi wajib hanya dilakukan apabila berlaku sebab di atas.
Bagaimanapun, amalan saudari walaupun salah tidak menyebabkan terbatal solat lima waktu.
Sebenarnya terdapat tiga jenis mandi iaitu mandi wajib, mandi sunat dan mandi harus.
Mandi harus ialah mandi yang dilakukan seharian demi menjaga kesihatan dan kesegaran badan.
RIUH-RENDAH jadinya lokasi fotografi di Restoran Gardens Cafe, 1Utama apabila pelakon, pengacara yang juga pelawak, Ahmad Nabil Ahmad digandingkan dengan dramatis jelita, Nora Danish. Tidak henti-henti pelakon kecil molek itu diusik Nabil, kononnya dirinya kini kembali single tanpa kekasih dan ruang kosong itu tiada masalah untuk wanita bergaya seperti Nora.
Mujur Nora yang sememangnya sinonim dengan sikap ramah, bijak mencantas semula usikan Nabil hingga ada kalanya bintang yang juga juara program realiti Raja Lawak musim kedua itu terdiam mengukir senyuman.
Baru saja pulang menunaikan umrah di Makkah bersama keluarga tercinta, membuatkan Nora lebih banyak pengalaman yang ingin dikongsi. Tidak hanya bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di Rumah Allah, bintang berusia 29 tahun yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci itu bagai sebuah doa yang dimakbulkan.
Mengakui rasa perit dan sedih kerana terpaksa meninggalkan anak tunggal kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram sepanjang pemergiannya, pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu yang selesa dengan sandaran ibu tunggal ini memahat jiwa ke Makkah untuk mencari ketenangan paling hakiki buat dirinya.
“Alhamdulillah, sampai juga saya ke sana bersama ayah, mak dan adik-beradik yang lain. Sudah lama saya menyimpan hasrat ini sejak awal pembabitan dalam lapangan seni lagi dan akhirnya terlaksana juga impian itu. Kami ke sana selama 12 hari dan saya berpeluang manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam.
“Awalnya saya sendiri bimbang sama ada cukup persiapan untuk saya menjejakkan kaki ke sana. Namun sebaik berpijak di bumi suci itu, barulah saya sedar apa erti sebuah kenikmatan sebenar.
“Sebelum ini, saya hanya mendengar pengalaman teman yang sudah pergi, tetapi selepas berpeluang sendiri ke sana, saya sedar keindahan yang sering kali diceritakan orang. Jiwa saya tenang dan damai. Segala-galanya indah dan saya seolah-olah diberi nafas baru lengkap dengan semangat dan peribadi yang lebih terpelihara,” katanya.
Tegas Nora, pemergiannya ke sana berlandaskan nawaitu dan rasa ikhlas di hati, bukannya ingin menunjuk atau memasang niat seperti yang pernah disiarkan akhbar sebelum ini. Sebelum ini ada laporan mengatakan Nora akan bertudung atau berubah sebaik pulang. Katanya, semua itu bukan daripada mulutnya sendiri.
“Saya tidak mahu berjanji apa-apa atau meletak satu sasaran jika selamat pulang kerana semua itu adalah ketentuan dan takdir. Jika diberi petunjuk dan cahaya yang menyuluh laluan ini, Insya-Allah saya berubah.
“Namun, usah menjadikan itu sebagai satu kayu pengukur pula kerana tidak mahu terjerumus atau terperangkap dengan persepsi orang yang membaca. “Nanti lain pula ceritanya sedangkan hakikatnya, saya masih aktif berlakon dan kekal seperti saya yang sebelumnya.
“Ibadat itu satu kewajipan dan alhamdulillah, setidak-tidaknya saya sudah menjalankan tanggungjawab itu dengan kemampuan yang ada. Asasnya, saya kembali dengan diri yang baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang.
“Ketika di sana, saya juga berdoa untuk kesejahteraan semua keluarga dan sahabat-handai. Malah, saya juga memasang impian ingin membawa Raykal pula jika diberi keizinan dan rezeki apabila dia besar nanti,” katanya yang terkilan kerana uzur beberapa hari akhir yang membataskan langkah ibadatnya.
Terlanjur menyentuh doa yang dipasang bintang filem Cuti-Cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini ketika di sana, terlintas pula persoalan mengenai hajatnya ingin mencari pengganti selepas hampir dua tahun bersendirian. Tidak berselindung mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang disifatkan serasi bersamanya, Nora bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Bohong jika saya katakan tidak kerana alang-alang sudah menjejakkan kaki ke sana dengan habuan yang dijanjikan, doa itu lebih makbul jika menadah tapak tangan di Tanah Suci itu. Doa untuk dipertemukan jodoh sudah pasti saya lakukan. Saya ingin mencari kebahagiaan dan berharap agar kesilapan lalu tidak berulang. Berkali-kali saya berdoa agar diberi petunjuk yang benar.
“Namun usah lekas menabur spekulasi kerana segala-galanya mengenai hubungan cinta baru saya ini adalah di luar kemampuan saya. Saya hanya terus berdoa dan membiarkan soal itu kepada jodoh saja,” katanya.
Mendengar luahan Nora yang kini sedang bahagia diulit cinta, tangkas wajah Nabil yang juga pengacara program Ewah-Ewah setiap Isnin jam 11 pagi di TV3 ini mencuka pula. Kononnya jiwanya sunyi tanpa kekasih dan tidak punya ruang untuk membenarkan sesiapa datang menghampirinya.
Di sebalik jenaka dan usikan yang tidak henti, masih jelas sinar jujur pada mata anak seni yang pernah dijulang Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ini, dirinya memang sendiri tanpa teman istimewa.
“Setakat ini saya masih sendirian dan menunggu jika ada yang sudi. Bukan serik atau berhati-hati, sebaliknya jadual kerja dan rezeki yang datang bertimpa sekarang membuatkan saya sibuk hingga ada kalanya terlupa akan diri sendiri.
“Namun perasaan itu akan datang pada waktu senggang, tapi ia bukanlah satu beban atau masalah besar bagi saya kerana apa yang lebih menjadi keutamaan sekarang adalah kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga.
“Saya juga tidak mahu kesilapan lalu dan segala macam tanggapan negatif pada saya itu kembali lagi. Alhamdulillah, peminat dan keluarga sentiasa setia menyokong dan kepercayaan pihak produksi juga masih ada walaupun apa yang pernah terpalit itu bukan sesuatu perkara remeh. “Namun itulah pengalaman yang mengajar saya dan membentuk keperibadian agar lebih kuat dan kental,” katanya.
Lakonan Nabil akan dapat disaksikan melalui drama You Saka...Pergi Jauh-Jauh arahan Jamal Khan untuk slot Seram di TV3. Dalam drama 13 episod itu, Nabil memegang watak Adrus yang bekerja sebagai pemburu hantu.
Kata Nabil, dia mengharapkan diberi watak yang menguji kemampuannya dan tidak hanya bersandar pada komedi sebaliknya lebih serius dan mencerminkan sisinya yang berbeza.
“Saya inginkan watak seperti penjahat dan seorang yang kejam. Ini membolehkan saya beraksi dan melakonkan babak lasak. Insya-Allah jika ada peluang itu, saya tidak akan persiakan,” katanya.
You Saka...Pergi Jauh-Jauh yang turut dibintangi Eira Syazirah, Fauzi Nawawi, Dynas Mokhtar dan Amyza Adnan, bakal menemui penonton setia TV3 bermula 2 Jun depan, jam 9.30 malam.
Nora pula membawakan watak Ana dalam drama arahan Pierre Andre, Ana Lulu sebanyak 13 episod yang akan mula disiarkan pada 7 Jun depan, jam 9 malam menerusi slot Lestary di TV3.
Membariskan pelakon popular lain seperti Kamal Adli, Adey Syafrien, Sharifah Sakinah, Zarina Zainuddin dan Mustapha Kamal, Ana Lulu mengangkat genre komedi yang punya sedikit persamaan konsepnya dengan drama siri Hollywood popular, Ugly Betty.
PROFIL
NAMA PENUH: Ahmad Nabil Ahmad NAMA KOMERSIAL: Nabil TARIKH LAHIR: 26 September 1983 UMUR: 28 tahun KELAHIRAN: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Musim 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008) FILEM: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee...Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein, Bangladesh dan Cicak-Man
PROGRAM: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua...Hua...Hua Pondok Pondok, Studio Nabil, Ewah-Ewah dan Hartamania. DRAMA: Sonata Labu Labi.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Nora Danish Mohd Hanif TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982 UMUR: 29 tahun TEMPAT LAHIR: Kuala Terengganu, Terengganu PENDIDIKAN: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang) ANAK: Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita dan Cuti-Cuti Cinta DRAMA TV: Puteri, Pendekar 5, Arjuna dan Ejen 016
Mesti ramai yang terkejut bila baca tajuk kat atas ni kan? Akim AF7 yang juga duta Wall's Cornetto sekarang ni memang minat dan sukakan gadis yang tembam..ala sebenarnya aku pun suka yang tembam-tembam gehtooo..kenapa?mmm tak tahula..tu kenelah tanya Akim AF7..
Tapi kan macam mana pula ngan Stacey AF6? Kan dorg ni rapat giler-giler?ala biasa lah kan artis..selalu bertukar-tukar pasangan..tak gitu? Cumanya yang Betol-betol Hangat nak tahu ni, sape la agaknya si Chubby-chubby tu..makin berbunga-bunga dan kembang lah hidung sape yang tembam-tembam kat luar sana tu kan..
Tapi satu hal lagi..semua tu hanya akan berlaku dalam sebuah filem Muzikal yang akan ditayangkan tak lama lagi..heronya dah tentu Akim AF7..dan heroinnya adalah pelakon tembam yang menjadi kegilaan Akim dalam filem tu..khabarnya Akim sanggup korbankan apa saja untuk dapatkan cinta si Chubby yang comel dalam filem tu nanti..sama-sama kita tunggu yer..