PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Serius Kreatif: Seni gubah sayur

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Senigubahsayur/pix_gal1
Foto

Foto

Foto

Pameran hasil ukiran itu berdasarkan ikon, termasuk Marilyn Monroe dan Lady Gaga. serta wanita pelbagai gaya yang biasanya boleh dilihat di majalah fesyen. Semua ukiran berkenaan dibuat daripada kubis, termasuk topi, beg dan barang kemas. Ju yang berasal dari China, menggunakan pisau untuk mengukir kubis pelbagai jenis dan warna dan mencantumnya dengan pencungkil gigi.

Apabila sudah dibentuk, ia akan dibiarkan untuk satu tempoh lama dan kemudian dimasak dengan pelbagai cara bagi menerbitkan pelbagai warna dan tekstur. Ju sebelum ini menggunakan pelbagai jenis sayur lain untuk menghasilkan semula lukisan beberapa pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Vincent Van Gogh dan Andy Warhol.

“Pelbagai jenis, bentuk dan warna sayur, dengan sedikit usaha untuk menyusunnya semula, boleh menjadi sumber pelbagai imej. “Tidak kira sama ada ia segar, sudah layu, kering, diawet, direbus atau dikeringkan, ia boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran menarik,” katanya.

Dilahirkan di Chongqing pada 1973, Ju menamatkan pengajian di Institut Seni Halus Sichuan pada 1996. Selepas menjadi artis bebas pada 2005, dia menyertai beberapa pameran secara berkumpulan. Dia juga pernah mengadakan pameran solo, khususnya ‘Muzium Sayur’ dan ‘Hi! JuDuoqi,’ kedua-duanya di Beijing.

Selain sayur, Ju juga menggunakan halia, kentang, akar teratai, ketumbar dan tauhu untuk menghasilkan karyanya yang lain.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Serius Kreatif: Seni gubah sayur

Betol-betol Hangat! Jerman, Itali kukuh cengkaman

Oleh Kaki Wayang on

 
Jerman dan Itali mengukuhkan kedudukan masing-masing di dalam saingan peringkat kumpulan kelayakan Euro 2012 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung lewat pagi tadi. Dua gol daripada penjaring terbanyak Bundesliga, Mario Gomez membantu Jerman membenam Austria 2-1 di Stadium Ernst-Happel.
Gol pembukaan hanya muncul dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama yang bermula dari sepakan penjuru Toni Kroos dan kemudiaan berjaya disudahkan dengan bijak Gomez untuk menewaskan penjaga gol Christian Gratzei.

Kegembiraan tersebut tidak kekal lama apabila pemain Austria, David Alaba menjaringkan gol penyamaan seawal lima minit separuh masa kedua sekaligus menghukum kelekaan barisan pertahanan Jerman yang diketuai Phillip Lahm.

Keputusan dilihat akan berkesudahan dengan seri, namun Gomez menyelamatkan maruah pasukannya apabila menyumbat gol kemenangan pada minit akhir permainan menerusi tandukan yang bermula dari hantaran Lahm di bahagian kanan padang.

Hasil kemenangan ini menyaksikan Jerman berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang pusingan kelayakan ini serta mengumpul 12 mata penuh untuk gah berada di tangga pertama Kumpulan A. Di dalam satu lagi perlawanan gergasi Eropah antara Itali dan Estonia menyaksikan anak buah Cesare Prandelli mudah membenam lawan mereka 3-0.

Gol pasukan Azzurri disumbat oleh Giuseppe Rossi, Antonio Cassano dan Giampaolo Pazzini untuk sekaligus mengukuhkan cengkaman di dalam Kumoulan C dengan jumlah 10 mata. Nasib berbeza menimpa juara Euro 2000 iaitu Perancis selepas sekadar seri 1-1 dengan Belarus.

Meskipun seri, skuad Les Bleus tetap masih menguasai Kumpulan D dengan dibezakan hanya satu mata dengan pencabar terdekat iaitu Belarus.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Jerman, Itali kukuh cengkaman

Betol-betol Hangat! Sepanyol mudah belasah AS

Oleh Kaki Wayang on

 
 Dua jaringan penjaring berbisa Villareal Santi Cazorla pada separuh masa pertama membantu juara dunia Sepanyol mudah membelasah Amerika  Syarikat 4-0 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung lewat pagi tadi. Jaringan Cazorla hadir pada minit 28 dan 41 selepas tidak dikawal rapi oleh pertahanan pihak lawan dalam kotak penalti serta turut dibantu dengan hantaran  kemas serta mantap daripada pemain tengah Manchester City David Silva.
Manakala Alvaro Negredo menambah sengsara Amerika apabila turut menyumbangkan gol sebelum tamat separuh masa pertama yang bermula daripada hantaran Xabi  Alonso, Negredo mudah menyepak masuk gol menewaskan Tim Howard pada minit ke-32.

Kemenangan bergaya Sepanyol dilengkapkan dengan jaringan bintang Chelsea Fernando Torres (minit 73) yang merembat cantik ke penjuru gol selepas mendapat  hantaran lintang daripada Borja Valero. Tanpa pemain bintang mereka Landon Donovan, AS nyata tampak tempang dan gagal mendominasi permainan yang keseluruhannya dikawal oleh para pemain Sepanyol  sejak wisel mula lagi.

Disamping itu, jurulatih Bob Bradley juga turut tidak menyenaraikan kesebelasan utamanya dengan lebih banyak menggunakan muka baru sebagai mengutip  pengalaman. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung ialah semasa separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 yang berlangsung di Afrika Selatan, Amerika membenam  Sepanyol 2-0 ketika pertemuan itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sepanyol mudah belasah AS

Betol-betol Sakit Hati! England bergelut hadapi Switzerland

Oleh Kaki Wayang on

 
England terpaksa bergelut dan terpaksa bangkit daripada  ketinggalan untuk mengikat Switzerland seri 2-2 di dalam perlawanan  kelayakan Euro 2012 yang berlangsung lewat pagi tadi di Stadium Wembley,  London.Dua gol oleh pemain tengah Swiss, Tranquillo Barnetta pada separuh masa  pertama hampir memalukan skuad bimbingan Fabio Capello yang bermain di  gelanggang sendiri.
Kedua-dua jaringan Barnetta berpunca daripada kesilapan penjaga gol  England, Joe Hart yang terlalu cuai dihadapan pintu gol. Jaringan oleh pemain tengah Bayern Leverkusen itu kedua-duanya bermula  daripada sepakan percuma di bahagian sebelah kiri padang pada minit ke 32  dan 35. Capello enggan menyalahkan Hart sebaliknya menegaskan ia adalah kesilapan  keseluruhan pertahanan kerana gagal mengeluarkan bola secara cepat dari  kawasan bahaya.

"Ia satu kesilapan, kedua-dua gol tersebut berpunca daripada kegagalan  kami membuang bola keluar dari kawasan bahaya," ujar Capello.

Kebangkitan dipamerkan para pemain England pada separuh masa kedua dengan  menampilkan corak permainan pantas dan tersusun, ia sekaligus membantu  mereka mengejar dan mengikat keputusan seri 2-2 namun masih gagal mencari  gol ketiga kemenangan.

Gol semangat dijaringkan oleh Frank Lampard selepas pengadil perlawanan  menghadiahkan sepakan penalti kepada England kerana Johan Djourou  mengasari Jack Wilshere. Pemain gantian Ashley Young menyelamatkan maruah England apabila  menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran cantik daripada  pemain Chelsea Ashley Cole. Momentum hebat anak buah Capello tidak terhenti setakat itu sahaja apabila  serangan demi serangan dilancarkan ke arah kubu lawan.

Darren Bent terlepas peluang terbaiknya untuk membantu England meraih mata  penuh apabila gagal menyudahkan peluang pada minit ke-71 meskipun pintu  gol sudah terbuka luas. Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat wisel permainan antara England menentang  Switzerland.

Dengan keputusan seri ini menyaksikan England menduduki tangga kedua  Kumpulan G dan dibezakan tiga mata dengan pendahulu Montenegro yang  mengutip 10 mata di dalam empat perlawanan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sakit Hati! England bergelut hadapi Switzerland

Betol-betol Hangat! Simoncelli sambar petak pertama

Oleh Kaki Wayang on

 
Marco Simoncelli akan memulakan perlumbaan MotoGP buat  pertama kali dalam sejarah kariernya di petak pertama pada GP  Catalunya yang akan berlangsung esok.Penunggang San Carlo Honda Gresini berasal dari Itali tersebut mencatat masa terpantas  1 minit 42.413 saat pada sesi kelayakan di litar Montmelo hari ini.
Juara dunia kategori 250cc pada 2008 tersebut mencuri tumpuan pada sesi  kelayakan dengan teknik dan corak tunggangan pantas untuk sekaligus  mengenepikan catatan masa juara MotoGP lain seperti Casey Stoner serta  penyandang juara Jorge Lorenzo.

"Saya tidak jangka dengan keputusan ini, saya sangat gembira sekali," ujar  Simoncelli.

Stoner akan bermula dipetak kedua manakala Lorenzo pula dipetak ketiga,  kelibat Dani Pedrosa tiada pada pusingan kali ini berikutan masih bergelut  dengan kecederaan bahu yang dialaminya. Lagenda MotoGP, Valentino Rossi pula sekadar akan bermula dipetak ke-7  pada perlumbaan esok.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Simoncelli sambar petak pertama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...