Betol-betol Hangat! Jerman, Itali kukuh cengkaman

Oleh Kaki Wayang on

 
Jerman dan Itali mengukuhkan kedudukan masing-masing di dalam saingan peringkat kumpulan kelayakan Euro 2012 selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan yang berlangsung lewat pagi tadi. Dua gol daripada penjaring terbanyak Bundesliga, Mario Gomez membantu Jerman membenam Austria 2-1 di Stadium Ernst-Happel.
Gol pembukaan hanya muncul dua minit sebelum berakhir separuh masa pertama yang bermula dari sepakan penjuru Toni Kroos dan kemudiaan berjaya disudahkan dengan bijak Gomez untuk menewaskan penjaga gol Christian Gratzei.

Kegembiraan tersebut tidak kekal lama apabila pemain Austria, David Alaba menjaringkan gol penyamaan seawal lima minit separuh masa kedua sekaligus menghukum kelekaan barisan pertahanan Jerman yang diketuai Phillip Lahm.

Keputusan dilihat akan berkesudahan dengan seri, namun Gomez menyelamatkan maruah pasukannya apabila menyumbat gol kemenangan pada minit akhir permainan menerusi tandukan yang bermula dari hantaran Lahm di bahagian kanan padang.

Hasil kemenangan ini menyaksikan Jerman berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang pusingan kelayakan ini serta mengumpul 12 mata penuh untuk gah berada di tangga pertama Kumpulan A. Di dalam satu lagi perlawanan gergasi Eropah antara Itali dan Estonia menyaksikan anak buah Cesare Prandelli mudah membenam lawan mereka 3-0.

Gol pasukan Azzurri disumbat oleh Giuseppe Rossi, Antonio Cassano dan Giampaolo Pazzini untuk sekaligus mengukuhkan cengkaman di dalam Kumoulan C dengan jumlah 10 mata. Nasib berbeza menimpa juara Euro 2000 iaitu Perancis selepas sekadar seri 1-1 dengan Belarus.

Meskipun seri, skuad Les Bleus tetap masih menguasai Kumpulan D dengan dibezakan hanya satu mata dengan pencabar terdekat iaitu Belarus.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...