PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Kagum! Anak panah terbenam di muka

Oleh Kaki Wayang on

BELUM SAMPAI AJAL...Tavernier terbaring di katil hospital sementara menunggu masa dibedah. 

Seorang remaja bernasib baik kerana terselamat walaupun mukanya tertusuk anak panah sepanjang lebih 20 sentimeter, semalam. Sebelum itu, Lewis Tavernier membawa busur panah ke rumah kawannya di Stevenage dan memasang penahan sebelum meletakkan alat itu dengan berhati-hati di atas meja berhampiran.

Bagaimanapun, ketika Tavernier, 17, leka berbual dengan rakannya, secara tiba-tiba anak panah itu meluncur ke arah remaja terbabit. Berada di kedudukan kurang dari satu meter, anak panah itu terus menusuk ke muka dan terbenam hampir lapan sentimeter pada pipinya.

NASIB BAIK...imej x-ray menunjukkan kedudukan anak panah di muka Tavernier. 

Imbasan x-ray menunjukkan tulang pipi Tavernier retak tetapi anak panah itu tidak merosakkan sebarang saraf serta salur darah penting yang ada kira-kira dua milimeter darinya. Pelajar Sekolah Marriots itu berkata, dia sering menggunakan alat berkenaan sebelum ini dan tidak pernah lupa memasang alat keselamatan sebelum meletakkannya di mana-mana.

“Disebabkan itu, saya tidak berfikir banyak apabila meletakkan panah itu di atas meja,” katanya.

Bagaimanapun, Tavernier mengakui insiden itu aneh kerana tiada sesiapa berada di situ kecuali dia dan temannya. Kata Tavernier, rakannya melihat busur panah berkenaan tiba-tiba melepaskan anak panah ke arahnya.

“Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak perasan ia menusuk ke muka. “Saya cuma ingat ada bertanya kepada rakan: “Ada anak panah di muka saya?” katanya.

Tavernier dikejarkan ke hospital oleh bapa rakannya dan ketika itulah baru dia berasa sakit. Dia kemudian menjalani pembedahan segera di Hospital Lister bagi mengeluarkan anak panah berkenaan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Anak panah terbenam di muka

Betol-betol Sengal! Ibu mengandung ambil Methamphetamine!

Oleh Kaki Wayang on

 Noradila  di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Korang pernah tengok tak ibu yang jahat pada anaknya? pernah tengok tak ibu yang tak sayangkan anaknya? Kalau jawapan korang tak pernah..maknanya korang salah..sebenarnya ada ibu yang tak sayangkan anaknya..sebagai contoh sejak kebelakangan ini ramai daripada remaja-remaja yang terlanjur dan kemudiannya mengandung..setelah itu, bayi itu dibuang, dicampak dan ditanam..macam-macam hal betul..

Lain pula halnya apabila seorang ibu ditahan kerana disyaki mengambil dadah..walhal dirinya itu sarat mengandung..jom ikuti kisahnya:

Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000. Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.

“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Ibu mengandung ambil Methamphetamine!

Betol-betol Hangat! Nantilah Bayar!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmTGR2LkC-beDejS40BGcaVS-fJIJ5wTaq1e3OUwiSfKK19x0FOaEpVebPkCxLeyP9_Z-N0mN8es4mq-LDlNeLv1rYfoASEIowxkjVA-kAyT5jpbprwoSIDLs8aZY5odDpCJuEKkXHVN3O/s1600/hutang.gif

Entri pilihan malam ni..Hutang, suka bertangguh..pandai pinjam tapi tak pandai bayar..pinjam sedap, dah pinjam 80 juta alasan diberi..aku ada sorang kawan kalau bab bagi pinjam duit memang sangat baik hati..bukan setakat ratus-ratus tau..ribu riban jugalah..

Masalahnya bila dah bagi pinjam tu tak nak bayar balik..pelbagai alasan yang dia bagi semuanya sebab nak elak dari bayar hutang..bulan ni tak dapat nak bayar hutang lah..bulan ni claim tak masuk..ni jelaa alasannya setiap bulan..ntah la claim tu bila agaknya masuk..kalau dah masuk sekarang tak payah lah bayar dulu tapi kalau dah masuk bayarlah..bukan nak tunggu gaji bulan depan lepas tu alasan yang sama diulang lagi..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrhz_mQKpyJiJNICXoj5RlB6Qa9QeFTDkKHLXiq8qL3JLtta20HVoU6ll367AKTq6XV4ltJnxIUAZBeRBYPrIkpQsrHRkMy1adA6vmm7l-zR5DueI9ycYTeR7M44NOSZ9UZ-FIrX3nXUNC/s1600/hutang.png

Kalau macam tu laa sampai bila-bila pun hutang tak kan habis nak bayar..tak kisahlah nak bayar RM100.00 je dulu ke..dia tak tahu orang bagai nak mati siap ikat perut sebab tak de duit nak makan..aku kalau bab berhutang ni memang sangat takut..takut mati tak dapat bayar hutang..
BBH rasa kengkawan yang lain pown kalau tak semua tapi segelintir daripada kita pasti akan alami benda yang sama..aku yang tak berapa nak ada duit pown masih mampu nak bayar hutang (hutang kad kredit)..aku tak lah kaya sangat pown..masih lagi terkejar-kejar, terikat nak berjimat..tapi orang tu..dah tau gaji tak besar mana..claim tak dapat..merokok bukan main..boleh pula beli sampai berkotak-kotak sehari..sampai hujung bulan..1 sen pun tak bayar..Hangin betol malam ni..

P/s: harap-harap orang yang terlibat dan berkenaan itew baca dan sedar akan kesalahannya
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Nantilah Bayar!

Betol-betol Hangat! 1st Giveaway From Mizayusof.com

Oleh Kaki Wayang on

Scroll ke bawah untuk latest update ok!!!

Wah ni pertama kali aku join peraduan ngan  blogger-blogger yang lain..singgah kat Princess Caramadaries kemudian terbaca satu entri berkenaan dengan peraduan 1st Giveaway From Mizayusof.com


Terma dan syarat:
Miza Yusof kata:-

1. Buat 1 entry yg simple dgn tajuk "1st Giveaway FrOm Mizayusof.com"
2. Copy banner dan paste ke dlm entri dan link kan ke Mizayusof sahaja
3. Tag sekurang-kurangnya 3 org kawan, lagi ramai lagu bagus
iii/ Adamxis 
(Harap-harap korang tahulah peraduan ni yer!)
4. Peraduan selama sebulan, 1 Jun sampai 30 Jun 2011
5. Dah siap tinggalkan link di ruangan komen.. 

NAK CONTEST LAGI? 
 
 
Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! 1st Giveaway From Mizayusof.com

Edisi Comel! Alahai Irma Hasmie!

Oleh Kaki Wayang on

Haaaahaahahaaaa (ketawa ikut suku kata tau)..bukan apa..dari tadi BBH asyik berblogwalking sajorkh..tapi tak update blog pown..walk punya walk..nampak 1 entri yang dah lapuk dan dah basi..semua orang dah post kan benda ni 6 juta tahun dahulu (saja taip camtu nak gambarkan aku ni ketinggalan)..tak pelah dah basi pown tak pe yang penting aku nak jugak post kan benda ni..

Tapi sebelum tu...perut BBH berbunyi-bunyi lah..lapar kowt..tak sarapan lagi..kejap lagi masa dah time..nak g sarapan dengan En. Yazid Yahya owner ThePlainYard.. lupakan pasal makan kejap sebab dalam 10 minit lagi nak keluar g makan...

Ok entri kali ni yang dah basi adalah pasal ex-girlfriend si Nabil Maharaja Lawak tu si Irma Hasmie korang mesti kenal kan?dulu bukan main rapat lagi diorang ni...siap si Nabil terpeluk lagi si Irma ni masa anugerah hari tu..tapi mungkin jodoh tak kekal lama..lagi pun si Nabil ni pernah buat kesilapan "------" dulu kan..so tak payah lah ungkit benda dah lepas tu..

BBH rasa kan macam si Nabil ni tolak tuah lah..cuba korang tengok si Irma Hasmie sekarang ni..bertudung, comel, cute, cantik dan merupakan pengacara TV Al-Hijrah..rasa macam pelik dan keliru..kenapa lah si Nabil tu putuskan hubungan dengan si Irma ni..betol-betol tolak tuah laaaa kan...moh ler kita tengok gambar si Irma Hasmie ni..

http://26.media.tumblr.com/tumblr_lim1y6q62L1qi47k6o1_250.jpg 
Amacam? (tangan ke dada, mata ke atas)

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/gundik/irmabertudung.jpg 
Gambar kenangan dengan Wardina

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVgj91i8iv7qT-8ws603fqisvHlXHSF-Mq4B5SYZ9texSF8f2D63QTeOqHUXNQFJqdwWOBYR7mz86hcTtLbVTnjvpc-MjMZZuhvIv_ZV8nHbwmZn73RMDUGU_48LZYACLDFO74tVd7RGE/s400/irma.jpg 
Uiksss! yang ni bukan baby dia tau..hahahahaha
Sila baca selanjutnyaEdisi Comel! Alahai Irma Hasmie!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...