PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Mak Cik dari Kampung!
Oleh Kaki Wayang on
Pada suatu hari, Mak Cik Minah datang ke Kuala Lumpur kali pertama untuk berjumpa dengan anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia ‘check-in’ disebuah hotel mewah semata-matamahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah. Makcik Minah dengan girangnya mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan itu menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.
“Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la,” Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya mahu menutup malu pada Bibah. Lalu pelayan itu pun menjawab, “sabar makcik, ini baru lif...”
Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard
Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Terlupa makan!
Oleh Kaki Wayang on
Pada suatu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang....bangun la cepat.
Udin: Hish! apa ni kejutkan orang tengah-tengah malam ni...
Isteri: Abang lupa makan ubat..cepatlah bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum tidur.
Udin: Ubat apa?
Isteri: Ubat tidur
Udin: @%$#>*$^???
Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard
Betol-betol Sedih! Khidmat Masyarakat: Orang Hilang
Oleh Kaki Wayang on
Kredit pada semua blogger-blogger yang buat entri ini..so, kepada sesiapa jua yang terbaca entri ini dan berjaya menjumpai beliau..sila hubungi nombor seperti yang tertera..sama-samalah kita berdoa semoga dibulan baik ini segala masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah hendaknya..Kredit to Bable Bable Bla-Bla atas entri yang penuh informasi ini..
Sama-samalah kita bantu membantu dan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang mendukacitakan berlaku yer..semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya..
Edisi Khas Lawak Tak Lawak! “Pukul berapa buka?”
Oleh Kaki Wayang on
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
“Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?” seorang pemuda dihujung talian bertanya.
“Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya tengah malam buta ni?”
“Tak boleh buka awal lagi ke?” pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
“Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!” pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi.
“Penting sangat ke sampai encik tak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?”
“Siapa kata saya mahu masuk?” “SAYA MAHU KELUAR!”
Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard
Edisi Khas Lawak Tak Lawak! Tidak suka perang
Oleh Kaki Wayang on
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.
“Ada sesiapa diantara kamu yang boleh berikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?” tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
“saya bencikan perang, sebab perang akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan matapelajaran sejarah,” jawab pelajar itu.
Lukisan : Yazid Yahya @ The Plain Yard









