PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! "SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

Oleh Kaki Wayang on


- Nama panggilan Blogger        : Kaki Wayang (Seriously aku memang Kaki Wayang..)
- Tarikh mula berblog               : APRIL 2011
- Rakan blogger terkini             : 330
- Target tambah rakan blogger  : 10 orang (Cukuplah tu..nak ramai kang tak terkejar)

Iklan jap..
Pada kengkawan yang sangat baik hati..ape kata korang tolong like kat sini..tak susah kan..klike like jew..bukan like post ni tau..

SILA KE SINI: THANKS SEBAB LIKE KAT SINI!!!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! "SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

Betol-betol Sengal! Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfsx-G06mbSKO_CeMM-wFzrfpLiPO__x3tjQKBRUS9FghDldqGBhbK2-HR_SzIRCIp69qstbYGVSSJ-IitSbL7wdrKrcuVw9kWnSNC_oKplQxU6fhotpeRzSU2N-Q_o32H9hi7ep447yw/s1600/pukul+isteri+di+tempat+awam_billyinfo1.jpg
Sekadar gambar hiasan

Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin. Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.

Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel.

“Mangsa menangis dan merayu suaminya tidak bertindak demikian, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya di sini, semalam. 

P/s: Suaminya berpuasa..namun tak berjaya mengawal kemarahan di bulan yang penuh barakah ini..sepatutnya bulan puasalah tempat kita nak control kemarahan..tapi cam gini pulak jadinya..its sound stupid occay..sangat dayus..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel!

Betol-betol Sengal! Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara!

Oleh Kaki Wayang on

http://adaakukesah.com/wp-content/uploads/2011/03/perogol.jpg

Anggota tentera Britain yang merogol seorang wanita tujuh kali dalam masa sehari dipecat daripada perkhidmatan dan dipenjara 10 tahun, semalam. Robert Kariuki, warga Britain kelahiran Kenya menyerang wanita berkenaan ketika mangsa berada di atas katil, menyumbat patung beruang ke dalam mulutnya, menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya buat kali pertama.

Kariuki bertindak demikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa tidur bersama rakannya. Dia mengancam membunuh mangsa dan melarangnya menggunakan bilik air ketika memperkosa wanita berkenaan tujuh kali dalam tempoh beberapa jam. Kejadian berlaku Julai tahun lalu.

Mangsa, warga Jerman, mempelawa Kariuki dan seorang rakannya ke kediamannya sebelum kejadian. Mahkamah diberitahu, dia mengadakan seks dengan rakan Kariuki sementara lelaki itu tidur di sofa. Tetapi apabila rakannya meninggalkan kediaman itu, Kariuki memasuki kamar mangsa dan mula merogolnya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara!

Edisi Khas Blogger! Sumbangan Untuk Rara Zikry!

Oleh Kaki Wayang on

Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika mengayuh basikal bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Tak lama lepas tu dia terjaga tapi dah tak boleh cakap dan mengalami beberapa komplikasi lain. 

LAGI CERITA MENGENAI BELIAU!!!

RARA ZIKRY 1


Lepas tu dia pindah ke Hospital Universiti untuk further treatment dan doktor dekat situ diagnose dia mengalami Hypoxic Ischemic Encephalopathy. Sila google apa maksud penyakit tu! Masalah timbul apabila beliau memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi sehingga tidak mampu ditanggung oleh keluarga. 



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ_DFcSjOellLCl0xY14p3CKAXFVlpj55uRDTKvoc_nP3NMq_LNX0TcZt1kzZv7lihwczBx9n37g45LrQcdOym8E6z2XKltf51GGf6jHZLWC5vzzhXpjYgElyvIyHNAi6BmQi7rfIH79rl/s1600/rara.jpg


COPY SEDIKIT CERITA DARI ShareyzaGhazali


On that date, 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Alaaaa, biasala hujung minggu. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for cycling. Diorang pergi kat area Mahkamah Shah Alam tak salah aku. Ada orang cakap tempat tu keras. Tak tahu lah, orang cakap. Semua tempat kat Shah Alam pon keras, nak nak rumah teres kat Seksyen 2 tu. Melayu buat terok sungguh. Eh, tapi Lanie pon pernah cakap tempat tu keras. Okay, back to our topic. Diorang pon enjoy cycling kat situ. Out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah. Imagine how will you handle the situation? Your BFF yang gelak sama-sama masa pagi tadi, now dah koma and the only thing you can do is stare at the weak body......

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut..sila ke LINK INI!!! 

SUMBER: Mangkuk Hayun Piring Terbang dan ShareyzaGhazali

P/s: Sebagai rakan blogger aku terpukul dengan cerita, kisah dan kisah kehidupan macam ni..terdetik untuk berkongsi dengan kengkawan semua..bila mana kita tak mampu membantu dengan wang ringgit..sedekahkan lah sebanyak mungkin doa untuk dirinya dan keluarga..agar segala dugaan dan keperitan yang dialaminya berjaya diharungi dengan tenang.. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Blogger! Sumbangan Untuk Rara Zikry!

Betol-betol Informasi! Jakim sahkan Golden Churn tidak HALAL

Oleh Kaki Wayang on

 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha  berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. "Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Jakim sahkan Golden Churn tidak HALAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...