PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! SEGMEN: SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST KAKI WAYANG!

Oleh Kaki Wayang on

INI ADALAH STICKY POST..Entri terbaru di bawah!!! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgO-gGtMO7lqWiLV7W5Ms_zVgBGvGKPt4A7Mlwv6EiEbuEe7bhry0XHCOhRMbmJKgsM-t_whw-HoKPxcwINdZwur0hW8CxtdzUrLqH081Nojp4XBciqQ56Kdr1wvXBt2CbNwwJs05KaoL5G/s728/D%2527informations+2a.png

Bagi membantu blogger-blogger baru yang masih lagi merangkak dalam dunia blogging..Kaki Wayang nak buat satu segmen khas untuk anda..pada yang rasa-rasa blog dia tu masih tak sampai 10,000 PV dan follower bawah 100 atau ke atas..meh join blog ni..Kaki Wayang tak kisah..apa yang baiknya SEGMEN ni..bukan dapat ape pun..tapi melalui segmen seperti inilah ianya boleh mempromosikan LINK blog anda yang orang lain tak tahu..

Syarat:

1. Letak HEADER Blog Betol-betol Hangat!
2. Terpulanglah pada korang nak jadi follower ataupun tak..
3. Bulat satu entri bertajuk: SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST KAKI WAYANG!
4. Tag kawan anda 2, 3 orang ke..leh support SEGMEN ni..
5. Dah buat entri link kan entri anda ke entri ini dengan komen anda..

Objektif:

Kepada yang berjaya dan join segmen ini..dah tentu korang akan kenal ramai blogger..akan dapat walaupun tak banyak tapi KW pasti korang akan dapat trafik (leh tambah PV dan UV blog korang)..dan Blog korang akan masuk dalam BLOGLIST Favourite dan KHAS Kaki Wayang..so, peluang untuk pembaca lain untuk nampak link anda adalah besar..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEGMEN: SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST KAKI WAYANG!

Betol-betol Simpati! Sekitar Taufan Irene di New York (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Sekitar Taufan Irene di New York (Gambar)

Betol-betol Sengal! Best ke pakai seluar dalam RM13.4 juta!

Oleh Kaki Wayang on

http://1.bp.blogspot.com/_wPXhUnYSKTI/SRMQ4yTUIVI/AAAAAAAAAfo/M-JIks-EX8E/s400/obama_as_superman.jpg
Sekadar gambar hiasan

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan gambar di atas yer..Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta? 

“Menyakitkan,” itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria’s Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).

Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008. Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).

Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu. Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

“Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit,” kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post. “Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya,” kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.

“Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka,” katanya.

P/s: Bagaimana agaknya kalau Obama jadi pelakon Superman? gempak tak? ngeeeeeee..sori yerr mr. Obama

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Best ke pakai seluar dalam RM13.4 juta!

Betol-betol Sengal! Cekik isteri ketika berbuka!

Oleh Kaki Wayang on

http://farhan271094.files.wordpress.com/2011/01/suami-vsa-isteri.jpg?w=540&h=510
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 30 tahun mengugut mahu membunuh isterinya selain memukul dan mencekik wanita itu ketika berbuka puasa selepas ditegur isterinya berikutan tindakannya yang marah-marah di rumah mereka di Kuala Kubu Baru, di sini. Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 30 tahun dicekik suaminya selain memaki hamunnya.

“Mangsa kemudian ditolak ke dalam bilik air. Mangsa terjatuh dan cuba bangun, namun suaminya menyimbahnya dengan air sebelum ditinggalkan bersendirian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mengugut mangsa mahu membunuhnya jika mangsa membuat laporan polis. Atas nasihat keluarga, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Cekik isteri ketika berbuka!

Betol-betol Jenayah! Lelaki diculik di dalam rumah!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3KXdR9N4-gH7v0uZl1QChtq6cQjg1qvFNN2-RQv5EdztR9P6HlC5mSNK5uzwOaK7sAUJL5fRZ9KT0zuQkje0kQcMe0O9n3rH-1E9tS3M9-5B82wnJeMRp3WSqG5Ocm4piuOVZhOzQy3oV/s1600/culik.jpg
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 39 tahun kerugian wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM8,000 apabila ‘ditawan’ empat individu dipercayai menyamar anggota polis sebelum diculik di rumahnya di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, pintu rumah mangsa diketuk seseorang yang memperkenalkan dirinya Ah Heng dan sebaik membuka pintu jeriji rumahnya, seorang wanita dan dua lelaki lain berusia 30-an meluru masuk.

Seorang daripada suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri yang kononnya kuasa polis kepada mangsa sebelum menggari tangannya. Menurut sumber, empat individu itu menuduh mangsa along dan mereka ditugaskan menggeledah rumahnya bagi tujuan siasatan.

“Suspek mengambil komputer riba, dua telefon bimbit dan dompet mengandungi wang tunai,” katanya.

Tidak berpuas hati, suspek menuduh mangsa terbabit dalam satu kes dan memintanya menghubungi seorang rakannya bagi menyelesaikan kes berkenaan. Mangsa dipaksa menyuruh rakannya memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaunnya.

“Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Bukit Bintang dan dikurung dalam bilik terbabit. “Mereka meminta suspek memberikan nombor pin kad ATM miliknya dan membuat pengeluaran wang RM1,000 kira-kira jam 12.05 tengah malam, manakala RM4,000 pada jam 7 pagi keesokan harinya,” katanya.

Sumber berkata, selepas mendapat wang terbabit, suspek mengembalikan dompet mangsa, namun komputer riba serta telefon bimbitnya tidak dikembalikan. Mangsa dibebaskan pada jam 9 pagi dan kerana bimbangkan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Jenayah! Lelaki diculik di dalam rumah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...