PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Simpati! Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?

Oleh Kaki Wayang on

Dari tadi aku asyik berblogwalking..singgah je kat blog BANGKU KOSONG aku terpandang satu entri mengenai Tabung Kemanusiaan Somalia..masuk je entri kat situ..terpampang gambar-gambar yang sangat menyayat hati..lebih-lebih lagi di bulan puasa dan hari raya yang bakal disambut esok..kalaulah masyarakat SOMALIA itu ada diantara mereka seorang MUSLIM..agak-agaknya bagaimana eh diorang sambut raya? dengan makanan yang tak cukup..masalah air yang tak kesudahan, peperangan yang semakin menjadi-jadi..Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?











Jika anda kasihan melihat mereka..maka bantulah mereka sedaya yang mungkin..sesungguhnya beramal tidak akan menyebabkan kamu miskin dan harta berkurangan..malah ianya akan menambah kesucian dan kebersihan harta kamu..

Lagi cerita di sini: Tabung Kemanusiaan Somalia

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?

Betol-betol Sengal! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Oleh Kaki Wayang on

Minggu lepas dah hantar dah kad raya kepada semua yang join SEGMEN: Saya Nak Kad Raya dari Kaki Wayang..sekali pas balik je dari pejabat post..tengok kat meja..terlupa lagi satu KAD RAYA..arghhhhhhhhhhh!!! nak jugak aku hantuk-hantuk kan kepala ke dinding...


Kepada Natasha Ereena..mintak maaf KAD RAYA awak rasanya akn sampai lewat ke peti surat rumah awak..minta maaf sesangat..tak sengaja..ari ni Kaki Wayang post kan yerrr..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Betol-betol Hangat! Dunia blog semakin sunyi!

Oleh Kaki Wayang on

http://blog.openviewpartners.com/files/compendium/alone_by_hidden_target.jpg

Hari ini merupakan hari terakhir berpuasa..bagi orang yang beriman sudah tentu berlalunya Bulan PUASA yang penuh barakah ini merupakan suatu kehilangan yang amat besar..Para anbia', Para Syuhada' sudah tentu menangisi akan pemergian bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan ini..

Namun bagi orang yang hipokrit..dia akan letak kat STATUS FB dia macam ni..sedihnya bulan puasa dah nak habis..dah tak dapat nak puasa dah..sedihlaaa..mesti i rindu kan bulan puasa ni..rindu nak bangun sahur nak berbuka dengan "boipreng" dan "gelpreng"..padahal dalam hatinya..yayyyy dah nak habis puasa dah..tak de dah seksaan tak leh nak makan waktu siang..dah tak payah dah bangun pagi dan kacau tidur ku..dah tak perlulah nak bercinta tapi tak pegang tangan atau pegang-pegang siang-siang..keji tak? pada yang terasa dengan apa yang aku tulis ni minta maaf yerr..siapa makan lada dia akan....? Fikir-fikirkanlah..

Berbalik kepada tajuk..memang dunia blog sekarang dah semakin sunyi bukan sebab semua tak nak berblog sebab Nuffnang tak bagi BE atau dalam akaun masih lagi RM0.25 sen..tapi sebab esok dah nak raya dah..mood nak berblog dah hilang dah..tu sebab sunyi tu..semalam aku rasa macam payah je nak sampai 1000PV..sebab dah masuk kul 2.00pm pun PV baru masuk 200PV..sekali tengok balik statistik..rupa-rupanya sampai jugak 1200PV..hahahaha..Tjanks kengkawan support blog ni yer..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Dunia blog semakin sunyi!

Betol-betol Tazkirah dan Ucapan Gempak Aidilfitri!

Oleh Kaki Wayang on

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/307892_2393553760476_1299872792_32887024_3699385_n.jpg 

Khas dari Kaki Wayang..Selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..ramai orang ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir..Batin tak de eh..kenapa batin eh? ada sesetengah dari kita menganggap batin tu hanya untuk suami isteri atau hal-hal dalam bilik atau yang sewaktu dengannya..
Cuba anda fikir situasi ini pula:
  • Dengki kat seseorang
  • Wat khianat kat seseorang
  • Memikirkan sesuatu yang tak elok supaya terjadi kat orang yang dibenci
  • Mengumpat orang even dalam hati
Dan semua itu dibuat tanpa luahan kepada orang lain..tapi dibuat dalam hati je tanpa diluahkan dan dilepaskan kepada yang berkenaan (mangsa/ kawan)..bukankah perkara dalaman (dalam hati) itu merupakan perkara BATIN? perkara yang kita tak nampak melainkan orang itu sendiri tahu akan dirinya? Maka di sinilah kita perlulah memohon keampunan Maaf Zahir dan Batin..

Meh baca sesuatu mengenai Sunnah Rasulullah dalam gembira berhari raya:

Mengikut sunnah Nabi, apabila para sahabat bertemu, mereka akan mengucapkan "Taqabbalullah Minna Waminka" yang bermaksud, "semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu". 

Tidak kah dengan mengucapkan kalimah itu lebih baik daripada memikirkan, melakukan dan mengucapkan serta mengungkapkan sesuatu yang sia-sia? Fikir-fikirkanlah..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN khas kepada semua Bloggers, pembaca dan pengunjung serta semua FOLLOWER-FOLLOWER setia Blog Betol-betol Hangat! Sayang kamu laju-laju..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Tazkirah dan Ucapan Gempak Aidilfitri!

Betol-betol Sengal! Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun !

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnbeMLT-boD-uFEZSqhXtdGSWKPID-o4sBAt5qCCAqEPTdedEi5oSvVTg_szw68Q6nAlSyqRjqGsYaGpuA8xNHpaudF5N5P34jVdpsOUd7tCpqjEJ-CCEXLuSpJUwmxgBWv1fvpBcWfUxW/s1600/Zarina+Wahab+mangsa+simbah+asid.jpg
Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini. 

Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut. 

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar. "Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak. Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti. Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil. Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya. Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

Sumber: Bharian Online

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...