PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Terkini! Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Bagi Penduduk Sabah & Sarawak!

Oleh Kaki Wayang on

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Baru-baru ini berlaku Majlis Daerah Putatan telah mengeluarkan iklan mengenai Projek Perumahan Rakyat yang menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini berlaku. Pelbagai reaksi diutarakan penduduk di kawasan berkenaan. Antaranya penduduk tidak berpuashati dengan kawalan dan situasi di dalam dewan berkenaan. Selain kawalan yang kurang bermutu dari pihak berwajib, terdapat juga penduduk yang merusuh dan kemudiannya merosakkan pintu dewan. 

Penduduk juga beranggapan Majlis Daerah Putatan tidak perlu mengenakan bayaran sebanyak RM5 untuk mendapatkan borang. Diharapkan agar masalah yang dihadapi oleh penduduk yang ingin mendapatkan rumah PPR dapat diselesaikan dengan segera.


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Dengan permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk khususnya penduduk dari Sabah dan Sarawak kerajaan telah mengeluarkan iklan kepada semua rakyat yang berminat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Berita baik kepada semua penduduk bahawa Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah percuma dan tidak boleh dijual beli.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) (Syarat Asas)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mesti berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
  3. Pendapatan kasar isi rumah RM750 – RM3,000 sebulan
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usang/tidak sempurna
  5. Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya
  6. Tapak berkeluasan minimum 3,700 kps (Semenanjung Malaysia) & 2,600 kps (Sabah & Sarawak)
  7. Tertakluk kepada kelulusan bank
Bagi mereka yang ingin memohon melalui online perlulah meneliti Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M agar proses semasa memohon melalui online itu mudah.


Difahamkan pada permohonan yang diterima setakat Februari 2014 telah diterima sebanyak 67,341 permohonan.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Sabah & Sarawak (RMR1M)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18-60 tahun.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah dari RM750 hingga RM3000 sebulan.
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sedia ada usang atau tidak selesai bina
  5. Punyai tanah yang sesuai dan tidak mempunyai sebarang sekatan/cagaran ke atas tanah tersebut.
  6. Tapak keluasan minima 2,600 kps.
Kriteria Rumah Sabah & Sarawak SPNB RMR1M
  1. Rumah yang akan dibina oleh SPNB menerusi RMR1M adalah memenuhi kriteria berikut:
  2. Rumah dibina adalah dengan keluasan 700kps (3 bilik tidur, 2 bili air)
  3. Harga rumah dari RM68,000 - RM79,000
  4. 1/3 pinjaman rumah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia
  5. Baki pinjaman adalah pembiayaan tanpa faedah
  6. Tertakluk kepada perubahan SPNB
Apa itu 1/3 Pinjaman Disubsidikan Kerajaan?

Bagi mereka yang kurang faham dan tidak memahami 1/3 Pinjaman disubsidikan kerajaan boleh lah melihat gambar di bawah.


Buat semua yang berminat untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) boleh memuat turun/ download BORANG PERMOHONAN RMR1M Sabah dan Sarawak sekarang. Bah apa lagi orang-orang Sabah dan Sarawak. Borang free. Dapatkan sekarang! Isi Sekarang dan hantar. Mudah-mudahan dapatlah kemurang tu Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).


Sekali lagi diingatkan:

Cara Memohon dan Menghantar Borang RMR1M
  1. Dapatkan Borang Permohonan RMR1M percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  2. Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit.
  3. Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:-

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 1300-80-3838
Faks: 603 – 2681 0170

Talian Rumah Mesra Rakyat & Rumah Yang Sedia Dijual: 1300-80-3838
Email: info@spnb.com.my
E-mail Aduan

aduan@spnb.com.my

Seksyen Jualan

603-26185519 (Ketua Unit Jualan Semenanjung)
6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)
6082-230032 (Ketua Unit, Jualan Sarawak)

Tulung-tulung urang Sabah dan Sarawak kio. Saya urang Sabah juga. Bila lagi mau tulung bangsa sendiri bah kan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Bagi Penduduk Sabah & Sarawak!

Edisi Terkini! Inilah Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Al Burj Khalifa, Dubai

Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia. Tahun demi tahun, pelbagai rekod dunia dicipta. Dari rekod dunia yang tak berapa nak logic pun ada hinggalah ke rekod bangunan tertinggi di dunia. Menurut Shanghailist, Burj Khalifah masih lagi memegang rekod sebagai bangunan paling tinggi di dunia denan ketinggian 828 meter. Perghhhh memang tinggi. Kalau jatuh dari ketinggian ini rasanya tak sampai tanah lagi dah mati dah. Hahahahaha. Difahamkan Burj Khalifah juga memegang rekod mempunyai kolam renang tertinggi di dunia. Hebat tak hebat kawe nok kabo. Tetiba tukar loghat.

 
Shanghai Tower, China


Shanghai Tower China memegang rekod bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter. Kemudian diikuti oleh Makkah Royal Clock Tower Hotel dengan ketinggian 601 meter. Menara Petronas Twin Tower pula berada di kedudukan ke-8 dengan catatan ketinggian yang direkodkan adalah 452 meter.

Berikut merupakan senarai bangunan tertinggi di dunia berdasarkan pemerhatian Shanghailist.

    1. Burj Khalifa, Dubai (828 meter)
    2. Shanghai Tower, China (632 meter)
    3. Makkah Royal Clock Tower Hotel (601 meter)
    4. One World Trade Center, Amerika (541 meter)
    5. Taipei 101, Taipei (508 meter)
    6. Shanghai World Financial Center, China (492 meter)
    7. International Commerce Centre, Hong Kong (484 meter)
    8. Petronas Tower 1, Malaysia (452 meter)
    9. Petronas Tower 2, Malaysia (452 meter)
    10. Zifeng Tower, Nanjing, China (452 meter)
    11. Willis Tower, Chicago, Amerika (442 meter)
    12. KK100, Shenzhen, China (442 meter)
    13. Guangzhou International Finance Center, Guangzhou, China (439 meter)
    14. 432 Park Avenue, New York City (426 meter)
    15. Trump International Hotel and Tower, Chicago, Amerika (423 meter)
    16. Jin Mao Tower, Shanghai, China (421 meter)
    17. Princess Tower, Dubai, (413 meter)
    18. Al Hamira Tower, Kuwait (413 meter)
    19. Two International Finance Centre, Hong Kong (412 meter)
    20. 23 Marina, Dubai (392 meter)
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Inilah Senarai 20 Bangunan Tertinggi Di Dunia!

Edisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

Oleh Kaki Wayang on

Seperti yang kita maklum, pada ketika ini nama Rashid kini menjadi viral di seantero dunia. Kalau dulu nama paling top dan paling viral adalah pasal si Meran atau Amran Fans. Tahukah anda bahawa Amran sebenarnya merajuk kat Hanis Zalikha. Sape tak kenal dengan Hanis Zalikha? 

Cuba korang ingat semula kisah ni. Masa Gegar Vaganza tu laaa. Kan si Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Ramai netizen memuji keberanian Hairul Azreen dan tidak kurang yang tak bersetuju dengan cara beliau. Hanis Zalikha tergamam, terkelu ketika Hairul bertanyakan adakah Hanis Zalikha bersetuju untuk menjadi suri hatinya. Sehingga akhirnya menjawab, “InsyaAllah, thank you,” dan kemudian “Yes”. 


Patutlah si Amran ni merajuk. Meh kita tengok status-status sentap Amran apabila si Hanis Zalikha  aka Keknis ni dirampas orang. Hahahahaha.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

Edisi Terkini! Kadar Pergerakan Gaji N11 - N54 Mengikut Kadar Tetap 3% Daripada Gaji Maksimum!

Oleh Kaki Wayang on

Kadar Pergerakan Gaji N11 - N36 Mengikut Kadar Tetap 3% Daripada Gaji Maksimum. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015, pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk menambah baik kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan dalam pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Pelaksanaan pergerakan gaji ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan meningkatkan produktiviti.






Pegawai Yang Layak
  • Pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dalam JGMM 2013 termasuk pegawai yang berada di gaji Khas Untuk Penyandang (KUP);
  • Pegawai yang belum mencapai gaji maksimum tetapi dalam keadaan amaun pergerakan gaji yang berikutnya sebelum mencapai gaji maksimum dalam JGMM 2013 adalah kurang daripada kadar satu (1) KGT;
  • Pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa, dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum Tarikh Pergerakan Gajinya pada tahun berkenaan;
  • Pegawai yang belum mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa, dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum Tarikh Pergerakan Gajinya pada tahun berkenaan; dan
  • Pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa, dan telah menerima pergerakan gaji berasaskan kadar tetap 3% pada tahun sebelumnya melalui kaedah yang dilaksanakan di bawah pekeliling perkhidmatan ini.
ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!
Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!
Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!
Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!
Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!
Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

Perlu difahami bahawa kadar tetapi 3% ini hanya melibatkan mereka yang telah mencapai gaji maksimum ataupun yang belum  mencapai gaji maksimum tetapi berada di tahun terakhir perkhidmatannya. Itu sebabnya kadar pergerakan gaji tidak sama walaupun dalam gred yang sama.Sebagai contoh:-

Kadar pergerakan gaji tahunan bagi N17 adalah sebanyak RM 95.00, manakala pergerakan gaji tahunan bagi yang terlibat dan layak melalui pekeliling ini, KGT adalah sebanyak RM 101.25


Artikel berkaitan dengan Gaji Baru Penjawat Awam:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kadar Pergerakan Gaji N11 - N54 Mengikut Kadar Tetap 3% Daripada Gaji Maksimum!

Edisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!

Oleh Kaki Wayang on


Sejauh mana akan kebenarannya, entahlah. Bile tengok gambar ni rasa macam pegang anak patung barbie je. Tak rasa macam pegang babi. Hahahahaha. Korang tengok dan nilai lah sendiri. Lepas ni mula lah bagi alasan ada kelas dan ada amali yang menyebabkan kena pegang babi. Tapi melihat kepada gambar macam happy gumbira dan bahagia je pegang babi tu.

Sumber: Facebook
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...