Lelaki Ini Gagal Temuduga KFC, Kini Jutawan (Kisah Benar)!

Oleh Kaki Wayang on


Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :

1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.

2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni.

3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.

Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur 12 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing.

Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya.

Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.

Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini? Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai jutawan terkaya di China.



Dua portal jualan beliau iaitu Taobao Marketplace dan Tmall.com, kini mendominasi sistem portal jualan internet di China. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Kaki Wayang said...

Waw..cerita yang penuh dengan inspirasi dn motivasi..bila lah kita nak jadi kaya gamaknya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...