PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Sentap. Show all posts
Showing posts with label Edisi Sentap. Show all posts

Edisi Sentap! Wanita Suka Selfie Dan Muat Naik Gambar Ke Laman Sosial Bukan Calon Isteri Terbaik!

Oleh Kaki Wayang on

Dewasa ini, menjadi kebiasaan sang wanita begitu suka untuk mengambil gambar diri sendiri (selfie) dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut di laman sosial seperti Facebook, Twitter, WeChat, Line mahupun Instagram. Hal ini begitu membimbangkan pelbagai pihak. 


Kadang-kadang bila dikemukakan soalan kepada sang lelaki, apakah ciri-ciri calon isteri yang menjadi idaman kamu? Sudah tentu dijawabnya yang cantik, yang berharta, beragama, dan sebagainya. Tapi tahukah kamu bahawa begitu ramai wanita yang lebih suka mengambil gambar sendiri dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke laman sosial? Adakah wanita seperti ini menjadi pilihan kamu?

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31).

Jangan ingat bila dah ada artikel seperti ini, kamu (lelaki) menghentam wanita pula. Apabila berlakunya kemungkaran, maka tegurlah. Semoga hatinya tergerak untuk berubah. Tundukkan pandangan anda. Kerana bukan sahaja calon isteri yang dicari, tetapi wanita juga perlu mencari calon suami yang terbaik yang mampu membimbing mereka ke jalan Allah SWT.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Wanita Suka Selfie Dan Muat Naik Gambar Ke Laman Sosial Bukan Calon Isteri Terbaik!

Edisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

Oleh Kaki Wayang on

Seperti yang kita maklum, pada ketika ini nama Rashid kini menjadi viral di seantero dunia. Kalau dulu nama paling top dan paling viral adalah pasal si Meran atau Amran Fans. Tahukah anda bahawa Amran sebenarnya merajuk kat Hanis Zalikha. Sape tak kenal dengan Hanis Zalikha? 

Cuba korang ingat semula kisah ni. Masa Gegar Vaganza tu laaa. Kan si Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Ramai netizen memuji keberanian Hairul Azreen dan tidak kurang yang tak bersetuju dengan cara beliau. Hanis Zalikha tergamam, terkelu ketika Hairul bertanyakan adakah Hanis Zalikha bersetuju untuk menjadi suri hatinya. Sehingga akhirnya menjawab, “InsyaAllah, thank you,” dan kemudian “Yes”. 


Patutlah si Amran ni merajuk. Meh kita tengok status-status sentap Amran apabila si Hanis Zalikha  aka Keknis ni dirampas orang. Hahahahaha.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

Edisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!

Oleh Kaki Wayang on


Sejauh mana akan kebenarannya, entahlah. Bile tengok gambar ni rasa macam pegang anak patung barbie je. Tak rasa macam pegang babi. Hahahahaha. Korang tengok dan nilai lah sendiri. Lepas ni mula lah bagi alasan ada kelas dan ada amali yang menyebabkan kena pegang babi. Tapi melihat kepada gambar macam happy gumbira dan bahagia je pegang babi tu.

Sumber: Facebook
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!

Edisi Sentap! Gambar Zahra Sadiq Persis Model Kena Halau Sebab Solekan Tebal!

Oleh Kaki Wayang on

Amboi tajuk artikel, kemain lagi Gambar Zahra Sadiq Persis Model Kena Halau Sebab Solekan Tebal. Persis model lah sangat. Tapi bila tengok gambar-gambar dia ni macam sempat pulak dia ni nak "posing". Tu yang kata persis model tu. Padahal tak pun.


Remaja Dihalau Dari Bas

Rasanya kes Zahra Sadiq ni agak viral juga sekarang ni. Dikatakan Zahra Sadiq ni telah dihalau dari bas atas sebab solekannya begitu tebal hingga menampakkan dirinya seperti wanita dewasa. Walhal Zahra Sadiq ini sebenarnya baru 15 tahun. Kejadian ini berlaku di Birmingham, London.

"Semasa konduktor memeriksa tiket, saya tak sangka akan timbul masalah. Dia bertanya umur saya dan terus menghalau saya selepas memberitahu umur," kata Zahra Sadiq
Tapi rasanya bukan sebab solekan tebal kot, tapi sebab Zahra Sadiq memegang tiket kanak-kanak dan tidak sah digunakan bagi mereka yang berumur 18 tahun. Kanak-kanak bukan sampai 12 tahun je ke? Hahahaha. Entahlah labu. Layankan jela. Meh layan gambar Zahra Sadiq ni.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Zahra Sadiq Persis Model Kena Halau Sebab Solekan Tebal!

Edisi Sentap! Biar Gambar Berbicara!

Oleh Kaki Wayang on

PRESIDEN FIFA Sepp Blatter dihamburkan wang kertas oleh pelawak Inggeris ketika sidang media di Zurich, Julai lalu.

ATLET ekuestrian Russia, Mikhail Nastenko yang menunggang kudanya Reistag terjatuh ketika Kejuaraan Eventing Eropah FEI di Balaire Castle, Scotland, September lalu.

PEMAIN ragbi Jepun, Hiroshi Yamashita (kanan) meraikan kemenangan ke atas Afrika Selatan ketika perlawanan Kumpulan B, Ragbi Piala Dunia 2015 di Brighton Community Stadium, England, September lalu.

PENGADIL cuba meleraikan Anthony Joshua (kanan) dan Dillian Whyte (kiri) ketika pertarungan di London, bulan ini.

USAIN Bolt dilanggar jurukamera yang menaiki Segway selepas menjuarai acara 200m pada Kejuaraan Dunia di Beijing, China, Ogos lalu.

BEKAS pengurus Chelsea Jose Mourinho kelihatan terlalu gembira di padang pada sesi penyampaian trofi selepas Chelsea menjuarai Piala Liga menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Stadium Wembley, London, Mac lalu.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Biar Gambar Berbicara!

Edisi Sentap! Fakta Mengejutkan Ini Menunjukkan Hutang Malaysia Yang Sebenar!

Oleh Kaki Wayang on

Kadar Hutang Negara. Agak-agak berapa hutang Malaysia? Hutang keseluruhan? Melibatkan hutang pekerja, hutang negara, kadar faedah dan macam-macam lagi. Fakta ini pasti akan mengejutkan ramai pihak. Berikut merupakan gambar screenshot yang diambil di laman www.nationaldebtclocks.org. Buat pengetahuan semua setiap saat kadar hutang di Malaysia meningkat dengan begitu ketara.

National Debt Clocks. Anda boleh ke laman yang saya maksudkan di atas dan anda boleh membandingkan kadar hutang setiap negara. Setakat yang diketahui hutang Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak RM708,140,232,126.00. Amaun yang amat "sedikit" ini sentiasa menokok selang sesaat.  Agak-agak cam mana nak sebut tu? Hahahahahaha.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Fakta Mengejutkan Ini Menunjukkan Hutang Malaysia Yang Sebenar!

Edisi Sentap! Kini Tambang ERL Pula Naik, Sehala RM55 Mulai Januari 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Dengan penurunan kadar RM/ Liter minyak pada bulan Disember nampaknya seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Turun harga ni, naik pula harga ni. Rasanya dulu RM35 je sehala kan? Sekarang dah RM55.00. Kalau orang kaya boleh kot. Tapi rakyat macam Kaki Wayang yang comel dan ensem ni tapi tak berapa nak berduit ni macam tak padan pula naik ERL ke KLIA. 

Dengan kenaikan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam sudah pasti memberi sedikit kelegaan bagi mereka yang ingin membawa keluarga bercuti. Ditambah pula dengan bayaran khas yang bakal diterima januari nanti sudah pasti meringankan beban kakitangan awam yang ingin bercuti bersama keluarga. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tak nak lalui perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur ditambah pula dengan perjalanan yang sesak mungkin perlu mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan ERL ini beerbanding menaiki BAS mahupun TEKSI.

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) hari ini mengumumkan struktur tambang baharu bagi perkhidmatan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang akan bermula dari 1 Januari depan. Ketua Pegawai Operasinya, Noormah Mohd Noor, berkata melalui penstrukturan kadar baharu itu, tambang bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit naik kepada RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2. 

Katanya, penstrukturan itu adalah yang pertama dilakukan selepas beroperasi selama 14 tahun dan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kini Tambang ERL Pula Naik, Sehala RM55 Mulai Januari 2016!

Edisi Sentap! ISIS Lupa Tutup Logo USA Dalam Video Latihan Ketenteraan Mereka!

Oleh Kaki Wayang on


ISIS ataupun Islamic State of Iraq and the Levant kini antara objek paling berpenagaruh di dunia. Pelbagai keganasan melibatkan ISIS terpampang di seluruh media massa. Namun begitu siapakah dan apakah ISIS yang sebenarnya? Meh pegi kat SINI kalau nak tau hal mengenai ISIS.

 

Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, siapa mereka? Tujuan mereka dan siapa yang membiayai segala perbelanjaan mereka. Di dalam satu video yang telah dikeluarkan dipercayai dari ISIS, di dalam video tersebut menunjukkan mereka sedang berlatih ketenteraan. Namun begitu, mereka terlupa untuk menutup logo "US" (United States) pada khemah mereka. Apakah ISIS dibiayai oleh kerajaan US?

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! ISIS Lupa Tutup Logo USA Dalam Video Latihan Ketenteraan Mereka!

Edisi Sentap! Rahsia Gelaran "Datuk" Lee Chong Wei Yang Korang Tak Tahu!

Oleh Kaki Wayang on

Rahsia gelaran Datuk Lee Chong Wei. Umum mengetahui, Lee Chong Wei kini sudah menemui kembali sentuhan pemusnah dalam arena badminton. Sekembalinya dari penggantungan akibat penggunaan bahan terlarang yang lalu menerbitkan semula keyakinan dan harapan rakyat Malaysia untuk menatap pemain Malaysia pertama memiliki pingat emas Olimpik pada Sukan Olimpik Brazil 2016 nanti.

Pada ketika ini, Lee Chong Wei kini berada di tangga ke 6 dalam rangking badminton dunia bagi kategori lelaki. Permainannya kini begitu berbeza apabila berjaya mengalahkan Chen Long pada dua kejohanan berturut-turut iaitu pada Terbuka China dan Terbuka Hong Kong. Di samping menewaskan musuh ketatnya Lin Dan pada separuh akhir Terbuka China tempohari.

Rahsia Gelaran Datuk

Namun begitu, tak ramai yang mengetahui rahsia gelaran "Datuk" yang di miliki oleh Lee Chong Wei. Meh kita tengok dan baca dan fahami kenapa Lee Chong Wei memperolehi gelaran "Datuk"


Hahahahahaha. Percaya atau tidak? Ada juga eh macam ni? Miahahahahahaha. Bomoh tak leh tahan tu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Rahsia Gelaran "Datuk" Lee Chong Wei Yang Korang Tak Tahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...