PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label edisi khas. Show all posts
Showing posts with label edisi khas. Show all posts

Edisi Khas Puasa! Selamat Berbuka Puasa semua!

Oleh Kaki Wayang on

http://2.bp.blogspot.com/_CVG7pGUPNJQ/THNY_jeu2lI/AAAAAAAABnk/Mps2I42ndAA/s400/selamat+berbuka.jpg

Alhamdulillah sempurna sudah puasa heri ketujuh..segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam..syukur atas nikmat yang Engkau berikan..dengan nikmat kesihatan, tubuh badan dapatlah hambaMu ini menjalankan kewajipan sempena dengan bulan yang penuh mulia ini..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-5wzN3VYg5NCjXraK-8fHzN-t2_Gp9Z1GSQ7EZyyASWxZlcZ87RlYqDocWHiPRtJec5_5PlPxtTM7WOgZYyFJeo1if_es1Gq8Wm7XK3PvHGpuL8Y2_JdC0gOlwJPjonGKfvbZpWW96Uk7/s1600/060613_kfc_fat_hmed_9a.hmedium.jpg

Alhamdulillah hari ni dapat berbuka dengan rezeki-rezeki yang Engkau kurniakan..sume sedap-sedap..bukan makan ikut nafsu..tapi itulah hakikatnya..bulan Ramadhan ini..penuh dengan rezeki melimpah ruah..makanan bukan main banyak lagi dijual..Hari ni makan ayam KFC, Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Ayam Kukus dan macam-macam lagi..

http://farm5.static.flickr.com/4094/4892765874_470276d46a.jpg

Diketika ini aku berehat sebentar sambil mencoretkan sesuatu agar ianya boleh dijadikan satu perkongsian pengalaman dengan para pembaca semua..anda puasa tak hari ni?bukan bersikap syak wasangka..tapi itulah hakikatnya..kekadang tengok muka je macam puasa tapi hakikatnya tak puasa..tepuk dada tanya iman..tahun ini sahaja dari statistik yang didapati dari Berita Harian..seramai 25 orang sudah ditangkap atas sebab-sebab tak berpuasa dan makan dikhalayak ramai..sentap mak nokss..dah akil baligh (tua-tua) pun masih tak berpuasa lagi..lebih teruk lagi yang dah boleh dianggap atok atau yang sewaktu dengannya boleh pula g kat kedai 4D nak cepat kaya lah katakan..sekali lagi menyentap mak..hehehehe..

http://1.bp.blogspot.com/_68Fc2BzWvas/SeotH7RBOMI/AAAAAAAAAB8/d4DCfzzvMbk/s400/P5160001.JPG

Bagi mereka yang berpuasa..Alhamdulillah..setiap kali anda berjaya menyelesaikan dan menyempurnakan puasa sehari..anda sebenarnya sudah mencapai kejayaan yang begitu besar disisi Allah SWT..tahniah BBH ucapkan yerr..dan selamat berbuka puasa..esok jangan pula tak puasa yer..dan jangan lupa g tarawih malam ni...

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Selamat Berbuka Puasa semua!

Edisi Khas Puasa! Soal Jawab Mengenai Puasa Ramadhan!

Oleh Kaki Wayang on

http://wanwma.com/wp-content/uploads/2011/08/ramadhan-400x272.jpg

Sebagai satu perkongsian maklumat..Blog Betol-betol Hangat! akan menyediakan satu ruangan khas iaitu Edisi Khas Puasa! Soal Jawab! bagi membincangkan dan bekongsi maklumat mengenai puasa agar setiap persoalan yang timbul dapat menjawab keraguan dihati anda semua..

Berikut merupakan tajuk-tajuk yang ada dalam Edisi Khas ini adalah:









Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Soal Jawab Mengenai Puasa Ramadhan!

Edisi Khas Puasa! Puasa Qada' dan bayar Fidyah

Oleh Kaki Wayang on

http://soleh.net/wp-content/uploads/2008/09/beras.jpg

Saya ingin mengqada'kan puasa saya yang lepas iaitu sebanyak 50 hari untuk 5 tahun yang berturut-turut. Saya ingin tahu bagaimana untuk saya membayar fidyah bagi tahun yang berasingan. Katakan saya ingin memulakan puasa Qada' iaitu dengan membayar fidyah dan mengqada' puasa untuk tahun lepas sahaja iaitu tahun 2005, adakah ia akan dikira fidyah untuk tahun 2004 atau sebelumnya?

Bagaimana cara membayar fidyah? jika saya ingin membayar fidyah kepada fakir miskin, perlukah saya menyebutnya pada si fakir miskin bahawa saya memberinya wang kerana ingin membayar fidyah ataupun saya hanya memberikannya dengan niat untuk membayar fidyah?

Jawapan.

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada’ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada’nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada’nya sekali. Seperti contoh :

Seorang itu telah meninggalkan puasa 5 hari pada tahun pertama dan tidak mengqada’ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun kedua maka ini dikenakan :

1. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun pertama iaitu masuk tahun kedua -> Beras 5 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun kedua iaitu masuk tahun ketiga -> Beras 10 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 5 hari -> Qada’ 5 hari ini bagi tahun ketiga iaitu masuk tahun keempat -> Beras 15 cupak (3 cupak sehari)

Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada’ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada’ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada’ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Puasa Qada' dan bayar Fidyah

Edisi Khas Puasa! Memberi makan minum kepada orang bukan Islam di bulan puasa!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.ibu-anak.com/wp-content/uploads/2011/01/Anak-Jadi-Lebih-Disiplin-Bila-Makan-Sendiri.jpg

Saya ingin bertanya apakah hukum bagi orang islam yang memberi makan/minum pada orang bukan islam dalam bulan ramadan. Saya andaikan kedai makanan dan minuman Islam yang dibuka pada bulan ramadhan.

Jawapan.

Kedai makan yang dibuka pada bulan Ramadhan iaitu beroperasi untuk menjalankan perniagaan disiang hari adalah tidak menyalahi undang-undang namum begitu, Jabatan Agama Islam Negeri dibawah kuasa Bahagian Penguatkuasaan boleh mengenakan tindakan undang-undang jika didapati terdapat penjual dan pembeli makanan (makan secara terbuka di kedai makan) di dalam bulan Ramadhan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Memberi makan minum kepada orang bukan Islam di bulan puasa!

Edisi Khas! Blog Betol-betol Hangat! di mata mereka!

Oleh Kaki Wayang on

Sejak ada bermacam-macam segmen-segmen kat blog sekarang ni..segmen yang dikendalikan oleh blogger-blogger terkenal tanahair..kini ramai dah yang mengenali blog aku ini..dengan usia yang kini menjangkau 3 bulan kini sudah mampu menjadi pilihan beberapa blogger-blogger senior..bukan nak tunjuk menunjuk..tapi hasil penat lelah join segmen terutamanya segmen Abg Ben sudah cukup membuatkan blog ini sedikit sebanyak dikenali..walaupun ada yang datang bertandang sekadar memenuhi syarat membalas kunjungan..
Blog Betol-betol Hangat! di mata mereka 1!
Rasanya dah berpuluh kali dah join segmen Abg Ben..hanya satu sahaja segmen yang boleh dikatakan Blog ni terpilih walaupun dibarisi dengan blogger-blogger yang lebih hebat dari BBH..nak tau segmen apa? Segmen Giler Bola: Malaysia VS Arsenal..Blog ini termasuk dalam 18 ulasan bolasepak terbaik semasa segmen ini berlangsung..korang baca lah ulasan aku tu..kelakar sangat..aku yang tulis sendiri pun tak sangka boleh keluarkan ulasan seperti itu..

Blog Betol-betol Hangat! di mata mereka 2!
Kali pertama join segmen Mr. HasrulHassan..Alhamdulillah dah terpilih dalam segmen Aku Blogger Baru La Bang! Betol-betol tak sangka dengan pemilihan ini..macam tak percaya..sebab gitu ramai yang menyertai segmen ini..tapi blog ni jugak yang terpilih..perghhhh terbaik arrr HH..Nak tahu apa yang HH (Bangku Kosong) review untuk Blog Betol-betol Hangat ni? Korang kene baca kat sini! "Aku Blogger Baru La Bang !!" - Episod Keempat - Dia Dulunya Muncul di Cover Majalah REMAJA! Amacam terbaik tak? Hebat kan review2 yang HH ni buat..sehebat blog pilihan beliau..gagagagagaga..



Blog Betol-betol Hangat! di mata mereka 3!


Dalam part 3 ni, atas sebab-sebab aku dah memilih beliau (Mama) dalam satu segmen Abg Ben yang mensyaratkan untuk semua blogger memilih 3 blog lain sebagai pilihan..dan atas sebab itulah BABLE BABLE BLA-BLA-BLUB-BLUB menjadi pilihan BBH..wah bukan main happy dan excited lagi dia bila Blognya menjadi pilihan blogger lain (aku yang pilih)..katanya dah berjota-jota kali dah ikut segmen tapi tak pernah pown orang nak pilih blog dia..so rezeki dia terpilih..dah aku memang selalu sebenarnya menjengah dan membuat kunjungan tak rasmi kat blog mama ni..walaupun tak berapa kenal tapi orangnya sangat peramah..nampak sangat sifat keibuan dia tu..dan apa yang menariknya..blog dia ni sangat simple dan nice to see..

 

Apa eh yang dia buat untuk aku? Haaaa dia buat satu entri spesel untuk aku sebagai tanda terima kasih pada aku sebab memilih blog dia..dapat juga blog dia dipromosikan..dan sekarang hasilnya..walaupun tak ramai lagi..tapi perubahan pada angka follower tu ada..sebagai hadiah..dapat entri spesel dan Pak Cik Bear dari mama..tq mama..


JOM kita tengok apa yang spesel sangat entri yang dikhaskan untuk aku tu..!!! Terharu Lagi Haru Bila Belogku Terpilih...JAKUN!!

Apa pun thanks pada semua yang terlibat dalam mempromosikan Blog Betol-betol Hangat! ni..korang semua best!!!

 
Sila baca selanjutnyaEdisi Khas! Blog Betol-betol Hangat! di mata mereka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...