PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Pelik! Kita nak KURUS, dia nak GEMUK!

Oleh Kaki Wayang on

SI GEMUK & KURUS... bersama adiknya, Cassie yang membantunya menjaga anak. 
 SI GEMUK & KURUS... bersama adiknya, Cassie yang membantunya menjaga anak.

KETIKA orang lain bertungkus-lumus mahukan bentuk badan kurus, Susanne Eman memilih sebaliknya. Kini memiliki berat 330 kilogram, Susanne masih belum mencapai impiannya menjadi wanita paling gemuk di dunia. Matlamat akhir Susanne ialah mencapai berat badan 730 kilogram dengan mengambil pelbagai makanan sekurang-kurangnya 20,000 kalori sehari.

Foto

Berasal dari Arizona, Amerika Syarikat, Susanne, 32, berharap mencapai separuh daripada berat impiannya itu menjelang akhir tahun ini. Ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak itu percaya, dia kini benar-benar bersedia mengambil alih tempat Donna Simpson, 43, dari New Jersey, sebagai wanita paling gemuk di dunia. Berat Donna yang dicatat dalam rekod dunia ialah 317.5 kilogram.

Tindakan Susanne mahu terus menambah berat badannya memang mencetuskan polemik kepada peminat wanita berbadan besar. Kata Susanne, dia tertanya-tanya jika ada manusia mampu mencapai berat badan satu tan.

“Rekod wanita paling berat di dunia ialah 730 kilogram. “Untuk mencapai impian, saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya berat sama seperti itu,” katanya.

Menurut Susanne, berdasarkan perkembangan semasa, dia yakin berjaya mencapai berat 730 kilogram ketika berusia 41 atau 42 tahun kelak.

Foto

Disebabkan keadaan tubuhnya itu, Susanne hanya keluar ke pasar raya membeli barang keperluan rumah sekali sebulan. Itu pun, ditemani anak lelakinya, Gabriel, 16, dan Brendin, 12. Mereka biasanya menghabiskan masa sehingga lapan jam di sesebuah pasar raya bagi memenuhkan enam troli yang dibawa.

“Ia memang penat - seperti bekerja seharian,” katanya.

Di sebalik tubuh badannya yang besar itu, Susanne percaya dia mampu kekal sihat walaupun mengambil makanan berkalori tinggi.

“Semakin saya gemuk, semakin saya rasa yakin dan seksi. “Mengapa tidak saya mencuba ke tahap maksimum dan melihat sejauh mana saya mampu pergi dan kekal sihat,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Susanne berkata, dia mula memikirkan impian menjadi wanita paling gemuk di dunia selepas gagal mengawal dirinya daripada terus membesar secara semula jadi.

“Dua tahun lalu saya mencapai berat 222 kilogram selepas gagal dalam usaha menguruskan badan. “Sejak itu, saya mula perasan - dengan berat badan begitu, semakin ramai lelaki tertarik dan ia memang menyeronokkan,” katanya.

Kini menganggur disebabkan berat badannya, Susanne mendakwa, dia kekal aktif dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan kerap menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Otot perlu dikuatkan bagi menampung berat badan,” katanya.

Setiap minggu, kata Susanne, dia memeriksa tekanan darahnya, manakala setiap hari selepas bersenam, dia meluangkan masa membaca. Dia juga menggunakan alat tertentu bagi menyukat kadar oksigen dalam darahnya.

“Saya juga memeriksa kadar gula dalam darah seperti seorang penghidap diabetes. “Jika ada bacaan mencatatkan kadar tinggi, serta-merta saya menghubungi doktor untuk mendapatkan nasihat,” katanya.

Pada ketika tertentu, Susanne berkata, dia memang mengalami masalah kesihatan. Ketika itu, katanya, dia meminta bantuan adik-beradiknya bagi menjaga dua anaknya. Walaupun menerima amaran demi amaran daripada doktor supaya memikirkan kesan tindakannya menaikkan berat badan melampau, Susanne tetap bertegas mahu memecahkan rekod dunia. Menurut Dr Patrick Flite, Susanne mengambil risiko sangat besar apabila menetapkan matlamat mahu mendapatkan berat badan lebih 700 kilogram.

“Ada banyak bukti menunjukkan obesiti membawa pelbagai komplikasi kepada seseorang,” katanya.

Doktor peribadi Susanne itu berkata, setakat ini memang wanita terbabit tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Susanne boleh berfikir sendiri untuk masa depannya dan dia tidak menghadapi masalah psikologi,” katanya.

Menyedari ada risiko yang dihadapi, Susanne berkata, dia mengambil langkah perlu untuk masa depan dua anak lelakinya.

“Saya memberitahu Gabriel, dan Brendin, setiap seorang sukakan sesuatu yang berbeza. “Jika saya memasak makanan yang berlemak dan mereka mahukan hidangan lebih sihat, saya menyiapkan masakan khas untuk mereka,” katanya.

Pada masa sama, Susanne berkata, dia mahu mengubah tanggapan masyarakat bahawa gemuk adalah sesuatu yang buruk.

“Mesej yang mahu saya sampaikan ialah - tidak ada salahnya jika berbadan besar dan kita perlu menerima keadaan orang lain seadanya,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Pelik! Kita nak KURUS, dia nak GEMUK!

Betol-betol Insaf! Kembar Super! Balas jasa ibu!

Oleh Kaki Wayang on

BERSATU... pasangan kembar siam Ahmad (tiga kiri) dan Muhammad bersama ibu mereka Aisah dan ayah mereka Rosli serta adik beradik. 
BERSATU... pasangan kembar siam Ahmad (tiga kiri) dan Muhammad bersama ibu mereka Aisah dan ayah mereka Rosli serta adik beradik.


“Jika dulu ibu dan ayah berjaga siang malam kerana bimbangkan kesihatan kami, sekarang giliran kami pula menggalas tanggungjawab menjaga ibu yang menderita penyakit barah payudara,” kata pasangan kembar siam popular negara, Ahmad dan Muhammad Rosli, 13. Kedua-duanya yang ditemui di kediaman mereka di Puchong, dekat sini, Khamis lalu, melayan ibu mereka yang terbaring di atas katil di ruang tamu rumah.



Pasangan kembar itu yang juga anak sulung pasangan Rosli Abdul Rahim, 40, dan Aisah Kanda, 35, mengakui sedih melihat keadaan ibu, yang dulu aktif bergerak, kini tidak mampu melakukan kerja rumah. Menurut Ahmad, bagi meringankan penderitaan ditanggung ibunya, dia sebagai abang paling tua sentiasa memantau aktiviti empat lagi adiknya berusia tiga hingga sembilan tahun.

Memiliki adik perempuan bongsu yang sangat rapat dengan ibunya, Ahmad yang mesra dengan panggilan Along terpaksa menjaga Nur Batrisia, 3, dan memantau pergerakan aktifnya bagi menghalang mendekati ibu yang sakit.

“Kami kasihankan emak kerana dia hanya mampu duduk di tilam. Ayah pula sibuk menyiapkan kerja di bengkel serta menumpukan perhatian dengan kerja rumah, termasuk memasak dan mengemas, di samping memastikan persekolahan saya dan adik berjalan lancar. “Saya tidak tahu apa hendak dilakukan untuk mengurangkan penderitaan emak. “Selepas balik dari sekolah dan berbuka, saya memicit badan emak bila dia mengadu lenguh atau sakit,” katanya yang bercita-cita menjadi pelukis.

Sementara itu, Muhammad atau lebih mesra disapa Angah turut mengakui sedih melihat penderitaan ditanggung ibunya. Mengerti kesukaran dialami ibu bapanya dan menggalas tanggungjawab terhadap adiknya, Ahmad dan Muhammad turut ringan tulang membantu menyediakan sajian berbuka puasa, termasuk pinggan mangkuk serta gelas minuman untuk kegunaan bersama.

Mengimbau kenangan ketika menjalani rawatan pemisahan kembar siam di Hospital King Fahd National Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyadh, Arab Saudi pada September 2002, Muhammad berkata, walaupun masih kecil, dia mampu mengingati peristiwa bersejarah itu.

“Kalau dulu, ibu dan ayah sentiasa di sisi dan memberi harapan kepada kami berdua yang dirawat selama 23 jam, kini sampai masa kami pula menjaga emak pada saat dia sakit,” katanya.

Muhammad yang petah bersama kembarnya belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ23, Puchong, Selangor selepas menerima keputusan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu, mengakui kesihatan mereka kini beransur pulih.

Bercita-cita bergelar arkitek, dia mengakui terpaksa ponteng sekolah apabila ke hospital bagi merawati masalah ususnya, terutama lubang najis yang ditebuk di bahagian perut memerlukan penjagaan rapi.

Menurut Muhammad, selain ayahnya yang bertanggungjawab menukarkan beg najis, kembarnya turut membantu.

Ditanya mengenai kaki palsu yang sering dipakai sebelum ini, dia berkata, kurang selesa memakainya kerana pernah terjatuh hingga mendatangkan kesakitan fizikal, manakala Ahmad pula pernah tersadung hingga menyebabkan giginya patah akibat terlalu pantas berjalan.

“Namun itu tidak mematahkan semangat kami berdua untuk ke sekolah biarpun terpaksa menanggung kesakitan,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Kembar Super! Balas jasa ibu!

Betol-betol Sengal! Remaja bunuh ibu kekasih, rakan!

Oleh Kaki Wayang on

RECEP bersama Shannon ketika remaja wanita itu bercuti ke Turki. 
RECEP bersama Shannon ketika remaja wanita itu bercuti ke Turki. 

Seorang pelayan remaja menikam dua wanita Britain hingga mati di Turki selepas seorang daripadanya enggan mengizinkan remaja itu mengahwini anak perempuannya yang berusia 15 tahun. Remaja lelaki itu, Recep Cetin yang berusia 17 tahun membawa dua wanita berkenaan ke kawasan hutan terpencil sebelum menikam mereka. Recep dikatakan berpacaran dengan Shannon Graham, anak kepada seorang daripada mangsa, Marion Graham sejak dua tahun lalu. Minggu lalu, Marion, 53, berbalah dengan Recep yang menggunakan nama samaran sebagai Alex kerana remaja itu didakwa menendang Shannon ketika pasangan berkenaan bertengkar.

Marion memberi amaran kepada Recep supaya tidak mengasari anak perempuannya. Bagaimanapun, pelayan terbabit mengancam untuk membunuh Marion sekiranya dia menjadi penghalang dalam perhubungannya dengan Shannon. Malam semalam, agensi berita kerajaan, Anatolia berkata, Recep mengaku membunuh Marion dan rakannya, Cathy Dinsmore, 53, yang kedua-duanya berasal dari Newry, County Down, Ireland utara. Shannon kini diletakkan di bawah penjagaan pegawai kedutaan Ireland.

“Dia benar-benar ketakutan dan kami melakukan yang terbaik untuk menenangkannya,” kata seorang pegawai konsulat di kedutaan itu.

Marion, Cathy dan Shannon adalah pengunjung tetap ke Turki, di mana keluarga Marion memiliki kediaman percutian di tepi pantai di Kusadasi. Shannon dan Recep mula berpacaran selepas gadis itu dan ibunya mengunjungi restoran tempat Recep bekerja. Sejak itu, dia selalu terbang ke Turki untuk bertemu pelayan terbabit setiap kali cuti persekolahannya. Khamis lalu, Recep menghantar Shannon menaiki bot di perairan Kusadasi sebelum menawarkan membawa Marion dan Cathy bersiar-siar ke Izmir.

Kedua-dua wanita itu dibawa menaiki kereta bapa Recep ke kawasan hutan terpencil di Buca, di mana mereka kemudian dibunuh remaja lelaki berkenaan. Sementara itu, bapa Shannon, Raymond McGuinness, berkata dia memang tidak bersetuju dengan perhubungan anaknya bersama remaja Turki berkenaan.

“Memang ada yang tidak kena dalam perhubungan mereka,” katanya.

Seorang teman Shannon juga berkata, Recep adalah seorang pemuda yang sangat cemburu dan dia begitu terdesak untuk mengahwini Shannon.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Remaja bunuh ibu kekasih, rakan!

Betol-betol Hangat! Kad Raya dah Siap Sedia untuk dihantar!!!

Oleh Kaki Wayang on

 
Alhamdulillah..sambutan yang agak menggalakkan dari kengkawan blogger semua..So, kepada yang dah join Segmen: Saya nak Kad Raya dari Kaki Wayang tempohari..anda kini sudah boleh berkira-kira untuk menunggu sampainya Kad Raya special khas dari Kaki Wayang untuk anda semua...

So, kepada yang nak join tu, sila terus ke SINI..dan ikut arahan yang telah diberikan..yang dah join tu..tunggu jelah kad raya anda yer..ketika ini BBH (Betol-betol Hangat!) kini sedang memperkemaskinikan kad raya anda semua..minggu depan Kad Raya anda akan dihantar ke alamat yang korang telah berikan..

Dan atas dasar ingin memberikan penghargaan kepada pembaca-pembaca Blog Betol-betol Hangat! Selain Kad Raya..DUIT RAYA juga akan diberikan kepada peserta yang bertuah..ingat yang BERTUAH sahaja k..dan dikalangan yang join segmen sahaja..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kad Raya dah Siap Sedia untuk dihantar!!!

Betol-betol Hangat! Mamat kahwin tahun depan?

Oleh Kaki Wayang on

 

ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan. Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.

"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat. "Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak. "Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.

"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.

Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida. Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.

Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.

P/s: Sama-samalah kita doakan kebahagian mereka yer...amin..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Mamat kahwin tahun depan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...