PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! Pasangan ‘bersahur’ kena cekup

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCd0EXt_4xh8Nq32KsgBZ1wCKjMtnhJHv-ltwNA2owWyhPoh4FnFBbeHm3JCR9Eu8s3XmzEaF7Y847NDfSQvgknt-A72VBpec05JoOg3RxUWIL38DGtquTVDuLzqINGtDQHOGl4SgHeSw/s400/pix_gal0.jpg
Sekadar gambar hiasan

Empat remaja, termasuk dua daripadanya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa bermalam di lokap selepas dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik hotel murah di Kuah, Langkawi, awal pagi kelmarin.

Tindakan berani dua remaja lelaki berusia 15 tahun itu membawa pasangan mereka yang setahun lebih tua menyewa di hotel itu dengan alasan hanya untuk bersahur sebenarnya membongkar kegiatan maksiat mereka. Dua remaja lelaki itu adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuah, Langkawi, manakala pasangan mereka pula tidak bersekolah. 

Pegawai Penyiasat Pejabat Agama Daerah Langkawi, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan jam 3.45 pagi kelmarin, sepasukan anggotanya membuat pemeriksaan di hotel itu selepas mendapat maklumat awam. Katanya, pasangan remaja itu agak berani kerana sanggup menyewa hotel yang hanya bersebelahan dengan pejabat agama daerah.

Beliau berkata, ketika anggota penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali seorang remaja perempuan yang hanya memakai tuala dalam keadaan panik dan takut membuka pintu.

"Pemeriksaan menemui pasangannya yang hanya berseluar pendek dan pemeriksaan lanjut menemui seluar dalam mereka di tepi katil. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks," katanya.


Muhammad Hidayat berkata, hasil pemeriksaan turut menemui sepasang lagi kekasih berpakaian lengkap dan dipercayai baru bangun tidur terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa berada di bilik berkenaan.

Ketika disoal siasat kedua-dua remaja perempuan itu mengaku bekerja di sebuah kafe di Langkawi dan baru berkenalan dengan pelajar lelaki terbabit.

"Mereka yang berasal dari Langkawi, mengaku menyewa hotel semata-mata untuk melakukan hubungan seks," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Pasangan ‘bersahur’ kena cekup

Betol-betol Insaf! Berhutang demi anak sertai tilawah!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/images/stories/quran1a.jpg

Demi untuk melihat anaknya berjaya dalam pertandingan akhir Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar pada 26 Ogos ini, Nurunnajmi Yaacob, 40, sanggup berhutang menggunakan kad kreditnya untuk membiayai perbelanjaan sepanjang berada di negara itu selama seminggu.

Perbelanjaan dianggarkan berjumlah RM6,000 itu bagi keperluan isterinya, Sauzan Ibrahim, membeli tiket penerbangan dan kos makan minum kerana Kerajaan Qatar hanya membiayai tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha, makan minum dan penginapan hotel untuk Nurunnajmi dan anaknya, Nurusyahamah Taqiah, 12, sepanjang pertandingan itu berlangsung. 

Nurunnajmi berkata, dia terpaksa membawa isteri yang juga bertindak sebagai pengurus dan jurucakap kepada Nurusyahamah Taqiah. 

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran yang menaja penerbangan pergi balik mereka tiga beranak dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, pada 23 Ogos dan 29 Ogos nanti.

“Cuma belanja makan dan minum, pengurusan diri dan tiket penerbangan untuk isteri dari Kuala Lumpur ke Doha sebanyak RM4,300 terpaksa ditanggung sendiri kerana tidak ada pihak sudi menaja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nurusyahamah Taqiah akan berlepas ke Doha bersama bapanya yang juga guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, Hulu Besut dan ibunya yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Wataniah, Jertih untuk menyertai pertandingan akhir tilawah berkenaan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV Kanak-Kanak Al-Jazeera, pada Jumaat ini.

Mereka bertiga akan berlepas ke Doha dengan penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.25 pagi esok.  Murid Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Lubuk Kawah, Jertih itu berjaya melepasi ujian pada peringkat separuh akhir yang diadakan pada 22 hingga 28 Jun lalu di Doha membabitkan 63 peserta yang dipilih daripada dua ujian saringan membabitkan 4,000 kanak-kanak seluruh dunia pada peringkat awal dengan 49 daripadanya dari Malaysia.

Dalam pertandingan akhir akan disiarkan TV Al-Jazeera saluran kanak-kanak secara langsung itu nanti, Nurusyahamah Taqiah akan berdepan dua pesaingnya, iaitu peserta dari Yaman dan Maghribi.

Katanya, mereka berharap Nurusyahamah Taqiah berjaya pada pertandingan peringkat akhir itu, sekali gus mengharumkan lagi nama Malaysia dan Terengganu pada peringkat antarabangsa. 
 
P/s: Terharu dengan pengorbanan seorang Ayah berjuang demi jalan Allah SWT..membelanjakan wang dan duitnya ke arah keredhaan Allah SWT..walaupun pada akhirnya dia dibantu..tapi ingat..niat baik sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pahala dan keredhaan Allah SWT..apatah lagi dalam bulan puasa..
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Berhutang demi anak sertai tilawah!

Betol-betol Hangat! Imbuhan gaji bawah RM3,000

Oleh Kaki Wayang on

http://media1-cdn.malaysiakini.com/290/cf9adfac68f239fcdadf22234ef2d020.jpg

Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan. 

“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012. 

“PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci,” katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.

Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.

Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

“Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.

“Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana,” katanya. 

P/s: Kan best kalau dapat bonus lagi..mesti raya kali ni lagi meriah..ni tak..dapat bonus untuk bayar hutang kad kredit jew..hahahahaha
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Imbuhan gaji bawah RM3,000

Betol-betol Informasi! Penting menamakan waris wang simpanan KWSP!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.abinesh.com/delirium/wp-content/uploads/2008/10/kwsp_1.jpg 
 
MENULIS wasiat mungkin tugas yang sukar bagi sesetengah individu. Ada yang menulis, ada yang tidak dan ada yang berpendapat menulis wasiat akan membawa nasib malang serta tidak penting. Walaupun ia memberi tekanan emosi, menamakan waris ada faedahnya terutama untuk meninggalkan harta pusaka kepada mereka yang tersayang sebagai jaminan untuk meneruskan kehidupan jika anda meninggal dunia.


Sekurang-kurangnya, penamaan akan memberikan ketenangan jiwa dan mengelak simpanan, hartanah dan harta pusaka yang lain daripada menjadi rebutan.  Hakikatnya, pertelingkahan keluarga, permusuhan dan perebutan harta pusaka hing–ga membawa ke mahkamah kerap berlaku dan terdapat waris terdekat tidak memperoleh walau satu sen pun atas sebab teknikal atau kelalaian si mati.


Terdapat juga kes pelik yang berlaku termasuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menamakan teman wanita sebagai penamanya dan lupa mengemaskinikan penamanya selepas mengahwini wanita lain.

Lelaki itu meninggalkan wang simpanan KWSP RM500,000 kepada bekas teman wanita dan yang menjadi mangsa ialah isteri yang dikahwini selama 30 tahun dan enam anak mereka. Anda pasti inginkan semua simpanan dan harta pusaka anda diagihkan kepada mereka yang tersayang dan bukan yang tidak layak.

Perkara ini amat penting jika anda satu-satunya pencari nafkah dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kita tidak perlu ragu kepada siapa hendak ditinggalkan harta kerana walaupun ia nampak remeh, kesannya amat serius.

Membuat penamaan kepada simpanan KWSP anda tidak banyak berbeza dengan amalan biasa ketika mengambil polisi insurans. Bagaimanapun, penamaan KWSP mengatasi wasiat bertulis. Oleh itu, jika anda ingin meninggalkan simpanan KWSP kepada tersayang, ia perlu dilakukan melalui penamaan KWSP dan bukan wasiat.

Walaupun anda mengambil sedikit masa untuk menentukan siapa yang perlu dinamakan dan berapa bahagian untuk diagihkan, membuat penamaan ke atas simpanan KWSP anda adalah mudah. Anda hanya perlu mengisi nama, nombor MyKad dan peratusan yang akan diterima oleh setiap penama.

Bagi bukan beragama Islam, arahan anda akan diikuti mengikut peratusan yang ditentukan. Bagaimanapun, bagi orang Islam, penama hanya bertindak sebagai pentadbir atau wasi yang bertanggungjawab untuk membahagikan simpanan itu mengikut Hukum Faraid.

Untuk membuat penamaan, ahli dikehendaki melengkapi borang KWSP 4(AHL) dan menyerahkan kepada pejabat KWSP yang berhampiran. Jika anda ingin mengemaskini atau menukar penama, isi borang baru dan secara automatik ia membatalkan penamaan sebelum ini. Oleh kerana proses penamaan KWSP amat mudah, anda boleh mengemaskini penamaan sekerap mungkin.

Oleh itu, bilakah kali terakhir anda menyemak penama simpanan KWSP anda? Adakah penama tersebut masih sesuai dan masih hidup? Paling penting, sudahkan anda membuat penamaan?

Untuk maklumat lanjut, sila layari web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi cawangan KWSP berhampiran.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Penting menamakan waris wang simpanan KWSP!

Betol-betol Sengal! Jual anak perempuan!

Oleh Kaki Wayang on

http://alkiram.net/salam/wp-content/uploads/2007/03/baby-girl.jpg
Sekadar gambar hiasan

Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Mexico melancarkan siasatan terhadap laporan berhubung laporan bahawa masih ada masyarakat Orang Asli negara itu meneruskan amalan menjual anak perempuan seperti yang dilakukan nenek moyang mereka. Suruhanjaya itu menamakan masyarakat Tanah Tinggi Mixtec di Oaxaca, negeri di selatan negara itu sebagai antara kumpulan yang menjual kanak-kanak perempuan berusia antara 11 dan 15 tahun.

“Ibu bapa mencari jalan untuk berunding dan menukar anak perempuan mereka dengan wang, sama ada dengan bakal suami mereka atau keluarga yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke bandar untuk membantu dalam kerja domestik,” menurut kenyataan suruhanjaya itu. Ia tidak menyebut sejauh mana amalan itu berleluasa.

Kanak-kanak itu dijual dengan harga sehingga 3,000 peso (RM735) atau sama harga dengan barangan seperti lembu, kekacang atau jagung.

Ibu bapa akan menyerahkan semua hak terhadap anak mereka. Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Orang Asli di Oaxaca, Hugo Aguilar Ortiz bagaimanapun berkata, dia tidak pernah mendengar laporan mengenai penjualan kanak-kanak.

Aguilar, anggota masyarakat Tanah Tinggi Mixtec berkata: “Ini bukan amalan masyarakat saya.

“Apabila anggota masyarakat kami berkahwin, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga pengantin lelaki memberi hadiah wang atau lembu dan produk lain untuk majlis perkahwinan dan membantu pasangan itu memulakan hidup baru.” Bagaimanapun, menurutnya, tradisi itu tidak termasuk kanak-kanak bawah umur dan bukan urusan jual beli.

Mixtec ialah masyarakat orang asli kedua terbesar di Oaxaca. Pejabat Hak Asasi di negeri itu berkata, ia tidak terbabit dalam siasatan itu. Siasatan itu dijalankan sendiri oleh suruhanjaya kebangsaan. Jurucakap pejabat Hak Asasi Oaxaca, Juan Pablo Ceja berkata, dia tidak pernah menerima aduan mengenai kegiatan itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Jual anak perempuan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...