
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Edisi Khas Mutiara Kata! Bagaimana mahu bahagia?
Oleh Kaki Wayang on

Sekadar gambar hiasan
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
Betol-betol Hangat! Politeknik Nilai kini dibuka!
Oleh Kaki Wayang on
Peluang bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional di negeri ini
terbuka luas apabila sebuah lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
akan dibuka di Kampung LBJ, Labu, dekat sini.
Pembukaan Politeknik Nilai itu membantu merealisasikan matlamat
kerajaan untuk meningkatkan komposisi pekerja berkemahiran tinggi kepada
sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015 untuk menjadi sebuah
negara maju.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Abd Rahim Md Noor berkata, pembinaan IPTA itu dianggap sebagai alat atau mekanisme kerajaan untuk mencapai harapan yang diaspirasikan.
“Saya berharap politeknik ini akan melahirkan modal insan
berkualiti, berdaya saing, kreatif dan inovatif supaya dapat
merealisasikan hasrat negara menjadi sebuah negara maju,” katanya.
Betol-betol Sengal! Kondom dalam beg sekolah anak
Oleh Kaki Wayang on

Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak
gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada
melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di
daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada
ibu bapanya.
Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan. Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.
“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.
“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah
kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan
di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel
Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut
dilakukan.
Betol-betol Gempak! Audition Kelab Kebudayaan PMS!
Oleh Kaki Wayang on
Hari demi hari pelbagai kisah
baru dinukilkan dalam diari Sejarah Politeknik Muadzam Shah..dari satu
peristiwa ke satu peristiwa yang membawa seribu kenangan dan iktibar..dari satu
pencapaian ke satu pencapaian mampu digapai segelintir umat manusia PMS..dari
satu AUDITION ke satu AUDITION dilaksanakan..semuanya atas satu tujuan dan
sebab musabab untuk mencungkil bakat-bakat baru di Politeknik Muadzam Shah
ini..
Beberapa bulan yang lalu Audition
untuk mencari bakat-bakat baru Nasyid dilangsungkan bagi mengetengahkan mereka
ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Zon Timur..Nampaknya niat
murni itu sudah tertunai apabila kumpulan Nasyid Wirama Zirbad dan Kastara
dihantar bagi melaksanakan tanggungjawab menyampaikan dakwah mereka melalui
Nasyid..Alhamdulillah walaupun tak menang..mereka masih mampu untuk menghela
nafas lega apabila berjaya mengutip pengalaman dari Politeknik-politeknik yang
lebih lebat daripada mereka..Natijahnya, pelbagai tips dapat dikumpul bagi
menghadapi pertandingan mendatang..

Melupakan sedikit memori luka
bagi kedua-dua pertandingan..kini muncul pula Audition Kelab Kebudayaan PMS
yang kini baru sahaja menamatkan siri pencarian bakat baru malam tadi (20
September 2011)..walaupun kami sebagai jurulatih mengharapkan agar ramai
muka-muka baru yang hadir untuk diujibakat..namun kami hampa apabila muka-muka
lama lebih ramai berbanding dengan muka-muka baru hadir untuk proses ini..
Secara keseluruhannya,
Alhamdulillah semua yang hadir begitu tenang menghadapi dugaan dan cabaran yang
diberikan oleh kami..semuanya mampu untuk mencabar diri sendiri untuk tampil
lebih yakin dihadapan penonton..namun begitu tidak kurang juga yang masih lagi
kelihatan gementar apabila berhadapan dengan penonton ataupun berada di atas
pentas..

Tujuan asal program ini diadakan
antara lain adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru agar PMS tidak ketandusan
bakat untuk menghadapi pertandingan akan datang..Selain itu, peserta yang
dipilih juga akan menghadiri beberapa siri pertemuan bagi memperbetulkan lagi
teknik nyanyian dan seni vocal agar mereka akan tampil lebih yakin
kelak..mereka juga antara lain akan dipilih untuk menyertai Team Nasyid, Team
Lagu-lagu Asli, Team Lagu-lagu Rakyat dan beberapa lagi siri pertandingan
lain..hal ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat mereka..di sampiang akan
dipilih untuk membuat persembahan jika sekiranya Kelab Kebudayaan dijemput
untuk membuat persembahan..
Akhir sekali..tahniah kepada
semua yang hadir untuk diujibakat..teruskan usaha anda..dan kepada para pelajar
SEM1..anda sudah seharusnya berbangga sekiranya anda dipilih..anda masih lagi
berpeluang untuk mewakili Politeknik Muadzam Shah untuk beberapa tahun yang
akan datang..kami sebagai jurulatih akan cuba untuk membantu sekadar yang boleh
agar para pelajar mampu untuk bersaing dengan Politeknik-politeknik yang lebih
major dari anda..Tahniah PMS!
P/s: Ammar Anuar perbaiki tempo anda, Azri Rafiuddin (suara mantap dan malatoppp gehtoooo), Van Azs (mantap), Ulat Beluncas (hilangkan gemuruh anda), dan yang lelain..semuanya mantap..TQ pada En. Yazid Yahya (Pengarah Seni dan Teknik Vokal gitew) atas gambar-gambar yang mantapz ini..
Betol-betol Gempak! Kejutan dari Maxis!
Oleh Kaki Wayang on
Kalau tengok dari iklan ni..memang mantap..dengan kelajuan 30Mbps..not bad kot..Free Calls dan Unlimited downloads..tapi harganya? mmmm aku tak rasa yang ni murah..kalau pakej menarik dan mampu..aku amiklah kot..ni semua sebab nak beat UNIFI lah ni..tapi kan..kat MUADZAM SHAH ni dah ada ke perkhidmatan ni..rasanya hanya untuk Lembah Klang je kot..
Nak tahu dengan lebih lanjut sila ke SINI: HOME