Betol-betol Hangat! Maharaja Lawak: Tiada Penyingkiran Di Pulau Pinang

Oleh Kaki Wayang on

Maharaja Lawak: Tiada Penyingkiran Di Pulau Pinang 
 
Seperti yang dijangka, tiada penyingkiran pada Maharaja Lawak yang telah diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini. Jelajah Maharaja Lawak (ML) ke Pulau Pinang nampaknya berakhir dengan tiada penyingkiran peserta Jumaat lalu.

Keputusan tiada penyingkiran ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Saiful Apek meskipun nama R2, Nabil dan Jozan disebut antara tiga peserta yang mendapat undian terendah. Selain tiga peserta ini, Maharaja Lawak minggu ke 10 ini turut menyaksikan persembahan dari Jambu dan Sepah.

Maharaja Lawak yang sepatutnya berakhir mingu ini, telah dilanjutkan kepada tiga minggu tambahan bermula dengan malam ini di Penang International Sports Arena (PISA) di Pulau Pinang, diikuti di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 10 Jun dan Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB), Johor pada 17 Jun ini sebelum final pada 24 Jun 2011.

Pengumuman tiga minggu tambahan ini dengan jelajah ini diumumkan oleh hos Maharaja Lawak, AC Mizal pada penghujung minggu ke 9 lalu untuk memberi peluang kepada negeri lain serta orang ramai merasai kehangatan program tersebut.

Selain Saiful Apek, juri tetap Maharaja Lawak lain yang bakal bersama setiap minggu adalah Mamat Khalid dan Ahmad Idham. Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

P/s: BBH kecewa sangat dengan persembahan Nabil yang sepertinya semakin lama semakin hilang serinya..Bila buat lawak macam nak jadi tapi tak jadi..punch line pon tak kene..seakan-akan penonton sudah dapat mengagak punch line yang akan diberikan oleh Nabil..Kumpulan R2 juga mengecewakan..nasib baik ada JOZAN dan kumpulan Sepah disamping kumpulan JAMBU..pastu, sound pula sangat kurang memberangsangkan.. macam jauh je suara tu dari TV..apa pun sangat sukakan persembahan JOZAN..dan wah minggu ni ML akan diadakan di Kuantan..kompom kalau BBH pegi tiket dah habis, kesesakan lalu lintas dan macam-macam lagi..so better duk umah jela..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...