Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam di sini Khamis lalu
bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau
lebih dikenali sebagai Dirang merupakan bapa kandung kepada kanak-kanak
tersebut.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, mendakwa, dia mengetahui mengenai penahanan
bekas suaminya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada
hari yang sama.
"Kami berpisah secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun. "Dia seorang bapa yang baik dan sering menghubungi kami, terutamanya Dirang," katanya