PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Sengal! "Bersahur" di ranjang!

Oleh Kaki Wayang on

Perghhhh entri yang sangat sengal dan menguji keimanan anda di bulan puasa ini..meh baca kisahnya..itulah tajuk tak hengat dari Harian Metro untuk suratkhabar hari ini..

DIULIT... pelayan muda beri layanan istimewa kepada lelaki hidung belang. 

Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.

Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! "Bersahur" di ranjang!

Edisi Khas Tips Blog! Apa yang pembaca nak sebenarnya?!

Oleh Kaki Wayang on

http://jomblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/blog-reader2.jpg

Kalau dulu aku selalu mengetepikan soal ini..setiap blog kenalah ada temanya sendiri..ada pendirian apa yang perlu blogger itu tuliskan..apa yang nak di update kan..entri apa yang perlu dimasukkan..dan semua itu haruslah diambil kira..

Pembaca kita datangnya dari pelbagai golongan..keyword, labels, taging dan tajuk yang kita letak dalam setiap entri sebenarnya menjadi kunci untuk pembaca datang ke blog kita..wnjin carian Google merupakan enjin carian yang sangat popular di dunia..semua orang menggunakannya..di samping enjin carian seperti Bing dan Yahoo..

Now, katakan pembaca kita dari golongan bijak pandai, doktor, pelajar, pegawai, marin, saintis dan macam-macam lagi..macam mana eh nak tarik mereka? Mudah sangat..buatlah entri mengenai apa yang memungkinkan mereka untuk cari..betul tak? So, kalau maklumat itu ada dalam blog anda dah tentu lepas ni mereka akan datang lagi sebagai returning visitor..tu sebab entri kena power..

Selain itu, masukkan pelbagai maklumat dan entri menarik..jangan hanya bersandarkan satu tema sahaja..kadang-kadang ada blogger yang memasukkan entri sal..kisah percintaan mereka...(meluatnya) pastu banyak pula gambar berpeluk sana sini..(lagi meluat aku)..anda boleh meletakkan kisah peribadi sebagai tema..tapi janganlah sal cintan cintun jew..nanti orang menyampah pulak kan..kekadang ada pembaca yang sukakan berita terkini dunia..dunia politik, jenayah, crime scena, cerita lawak, pendidikan, dan macam-macam lagi..pelbagaikan isu-isu anda ok..jangan asyik itu je..dan yang paling penting update blog anda..

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Tips Blog! Apa yang pembaca nak sebenarnya?!

Betol-betol Insaf! Apabila Duit RM50 bertemu dengan duit RM1

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY_qpvKS5jf_IZc9Gfazv5BCohMJUos5zesxL_HJgAvp4muXu2Rr0Aoc0hG2NOaH7cj4SOCjN-NfJxTIBk-x_elGSg2vNnp0eTW74oT6pEaqzvT-RtSTXsjGh7zrct7X0ua5JNUhNpuIk/s1600/rm50.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6h2XrPkTYi65P7Pg7WSyxbPL8k93rEVTtcEmiGmz0c-0Z-wZB1L4Ry7i63Gb-eickV8ueFeiAw41aAHtMUYZ3ksy2wSfEcZVMi_domSAagHfiiRM0kh7GSL7z_ICLFYBCLhWW1tZvs84/s1600/ali+abul+rm1+for+sale+depan.jpg
Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya,
RM1: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" 
RM50: "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, Naik Star Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak Pavillion, konsert AF dan banyak lagi. Tempat macam tulah. Eh, ko camner lak?" 
RM1: "Hmm... Biasalah. Balik-balik tempat sama. Surau, masjid, surau...."
P/s: Sekian kisah teladan hari ini.. selamat berpuasa..dan kejap lagi nak berbuka kan?jangan pula membazir sangat yer kat BAZIR RAMADHAN..hehehe
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Apabila Duit RM50 bertemu dengan duit RM1

Betol-betol Sengal! Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.asianbite.com/photos/mamat-exists_22106.jpg

Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc. Terdahulu dalam rayuannya, Mamat yang tidak diwakili peguam bela memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan dia tidak berkemampuan kerana tidak bekerja selain menanggung anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mohd. Afif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Mamat Exist didenda RM1,000 ambil dadah!

Betol-betol Sengal! Kerana kucing sanggup bunuh ayah, cederakan mak!

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Seman Siron, 60, (gambar) meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, kedua-dua belah tangan dan putus pergelangan kaki kanan akibat tetakan tanpa belas kasihan oleh anak ketiga daripada enam beradik itu.

Isteri mangsa, Hasnah Abdul Majid, 58, pula terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala yang cedera sepanjang 10 sentimeter, namun keadaannya dilaporkan stabil. Kejadian dikatakan bermula apabila suspek naik angin setelah tindakannya memarahi anak buahnya kerana membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa dan berang dengan kehadiran kucing yang berkeliaran setelah ditegur adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainon, 32.

Pemuda berusia 33 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang penebas sepanjang 40 sentimeter di luar rumah sebelum menyerang adik iparnya itu, bagaimanapun Mohd. Nazrin sempat menyelamat dan melarikan diri bersama tiga anaknya berusia enam hingga 11 tahun. Seman yang cuba mententeramkan keadaan turut ditetak suspek yang kemudian menyerang ibunya, Hasnah yang cuba menghalang anaknya itu daripada terus menetak suaminya.

Suspek yang masih bujang melarikan diri dengan membawa bersama bahagian kaki bapanya yang terputus itu setelah seorang jiran mengarahkannya berhenti daripada terus mengamuk di samping bertindak memukul tangan suspek dengan sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kedua-dua mangsa yang cedera segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang oleh ahli keluarga mereka tetapi Seman disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas kejadian sementara Hasmah yang dilaporkan stabil dibenarkan pulang tengah hari ini.

Katanya, mayat Seman dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut oleh waris bagi urusan pengkebumian. Menurut Ku Yaacob, pihaknya menemui bahagian kaki mangsa yang dilarikan suspek kira-kira lima meter dari bahagian luar dapur rumahnya.

Menurut beliau, polis dengan bantuan penduduk kampung sedang giat mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam hutan di Puncak Janing dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, semakan polis mendapati suspek yang masih bujang dan bekerja kampung tidak mempunyai rekod gangguan mental di hospital, bagaimanapun difahamkan pemuda itu pernah mendapatkan rawatan secara tradisional akibat tekanan jiwa.

Sumber: Utusan Malaysia

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Kerana kucing sanggup bunuh ayah, cederakan mak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...