Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat
sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik
di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam
tadi.
Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya. Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu,
bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula
secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.
"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira
pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara
berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya
Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap. Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih. Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.