PEMAIN tengah Tottenham, Scott Parker akan memainkan peranan sebagai
kapten pasukan England ketika perlawanan persahabatan menentang Belanda
di Wembley pada Rabu, lapor BBC.
Pengurus sementara skuad, Stuart Pearce memilih Parker berbanding
Steven Gerrard dari Liverpool dan pemain Manchester, James Milner dan
Joe Hart.
Parker, 31, telah memperoleh 10 kep sejak kemunculan buat pertama kali
pada November 2003 dan telah bermain tujuh daripada sembilan permainan
melibatkan skuad England pada 2011. Dia juga dipilih sebagai England Player of the Year oleh peminatnya semalam.
Parker menggantikan John Terry yang digugurkan sebagai kapten ekoran
kes berhubung kenyataan berbaur rasis terhadap pemain QPR, Anton
Ferdinand.
Berikutan keputusan ke atas Terry itu, Fabio Capello meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan England pertengahan Februari.